ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  ​UNIDO DAN HUAWEI MELANCARKAN GABUNGAN GLOBAL DALAM KECERDASAN BUATAN UNTUK INDUSTRI DAN PEMBUATAN (AIM GLOBAL) PADA PERSIDANGAN AI DUNIA DI SHANGHAI

Tuesday 11/07/2023



Table

Encik Ciyong Zou, Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah Urusan UNIDO, Vicky Zhang, Naib Presiden, Komunikasi Korporat di Huawei dan rakan niaga lain semasa pelancaran rasmi AIM Global (Foto: Huawei)


SHANGHAI, 11 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Semasa Persidangan Kecerdasan Buatan Dunia (WAIC) keenam, UNIDO, Huawei dan rakan niaga lain secara rasmi melancarkan “Gabungan Global dalam Kecerdasan Buatan untuk Industri dan Pembuatan” (AIM Global) pada 6 Julai 2023. Diterajui oleh UNIDO, AIM Global akan mengintegrasikan rakan niaga awam dan swasta bagi memupuk penggunaan dan inovasi sekitar AI dalam industri dan pembuatan.

Berucap kepada hadirin WAIC semasa majlis perasmian, Encik Gerd Müller Ketua Pengarah UNIDO, berkata: “Ini menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan bahawa kemajuan dalam bidang AI dibuat dengan cara yang selamat, beretika, mampan dan terangkum. AIM Global mengiktiraf kepentingan untuk merapatkan jurang digital antara negara dan industri, serta memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan dalam revolusi AI. AIM Global akan berada di barisan hadapan dalam membentuk landskap AI. Mari kita bekerjasama untuk membina masa depan yang AI merupakan kuasa untuk kebaikan, serta manfaat revolusi ini boleh diakses oleh semua dan inovasi berkembang maju selaras dengan nilai bersama kita.”

“Kami berbangga menjadi rakan niaga strategik AIM Global. Bekerjasama rapat dengan UNIDO dan rakan Gabungan lain, Huawei akan menggunakan AI untuk membawa momentum baharu kepada pembangunan industri,” kata Vicky Zhang, Naib Presiden, Komunikasi Korporat di Huawei. Beliau menambah: “Huawei sedang membina asas yang kukuh dalam keupayaan pengkomputeran dan melancarkan pelbagai model besar yang direka bentuk untuk industri tertentu. Matlamat kami ialah untuk membangunkan penyelesaian AI yang memberikan perkhidmatan lebih berkesan kepada semua industri – dan menyokong penyelidikan saintifik dengan lebih baik.”

Gabungan ini akan memperoleh manfaat daripada rangkaian tempatan dan cerapan pejabat pelaburan dan promosi teknologi UNIDO yang menawarkan sokongan kepada PKS di seluruh dunia. Pemahaman mendalam yang terhasil tentang cabaran sebenar PKS di seluruh sektor akan memaklumkan strategi AIM Global dalam usaha memaksimumkan impak gabungan tersebut. UNIDO komited untuk menyokong usaha rintis bagi meningkatkan daya saing industri dan pembangunan mampan melalui AI.

AIM Global akan berfungsi sebagai platform untuk kerjasama, perkongsian pengetahuan dan pembangunan amalan terbaik. Inisiatif ini akan memberikan tumpuan kepada empat bidang utama. Pertama, AIM Global akan memudahkan penyelidikan dan pembangunan teknologi AI khusus untuk industri dan pembuatan. Kedua, Gabungan dan rakan niaga akan terlibat untuk membangunkan dan mempromosikan garis panduan beretika bagi penggunaan AI dalam industri dan pembuatan. Garis panduan tersebut akan merangkumi kriteria alam sekitar, serta masyarakat. Ketiga, dengan bantuan Gabungan, UNIDO berusaha menyampaikan cadangan dasar kepada kerajaan dan organisasi antarabangsa mengenai penggunaan AI dalam industri dan pembuatan. Ini akan memacu pembangunan strategi AI kebangsaan. Akhir sekali, AIM Global akan mempromosikan penerimaan amalan terbaik untuk penggunaan AI dalam industri dan pembuatan.

Huawei akan menyokong AIM Global secara aktif dengan kajian kes mengenai pelaksanaan AI industri, cerapan daripada penyelidikan dan pembangunan intensif yang dijalankan, serta menyediakan rangkaian pakar global syarikat tersebut.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53443591/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Bahagian untuk Dihubungi
corporate.comms@huawei.com
 
Sumber: Huawei

--BERNAMA



 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.