ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PEJABAT AMPLE SOLUTION DI SINGAPURA DIPERLUASKAN UNTUK MENDORONG PERTUMBUHAN PERNIAGAAN

Thursday 20/07/2023



Table
Ample Solution Meraikan Perluasan Pejabat di Singapura (Foto: Business Wire)
 
SINGAPURA, 20 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ample Solution dengan gembiranya mengumumkan perluasan pejabat mereka di Singapura, merangkumi ruang baharu yang lebih daripada 5,000 kaki persegi, mewakili hampir 200% pertumbuhan dalam ruang pejabat. Perluasan ini mencerminkan kejayaan Ample Solution yang teguh dan keupayaan ibu pejabat mereka yang sedang bertumbuh untuk berkhidmat kepada pelanggan syarikat dengan lebih baik dan memuatkan pasukan syarikat yang bertumbuh dengan pantas.

Pejabat yang diperluaskan memperkenalkan kemudahan baharu yang meningkatkan daya pengeluaran dan kesejahteraan. Selain daripada bilik mesyuarat dan bilik perbincangan baharu dengan sistem tempahan pintar yang terbina, ciri lain yang unggul ialah penyertaan pondok telefon yang menyediakan ruang yang peribadi dan kalis suara untuk panggilan dan mesyuarat maya yang penting. Selain itu, sudut mengurut juga telah ditambah untuk menawarkan ruang yang aman kepada pekerja untuk bersantai dan berehat, menggalakkan kesejahteraan pekerja dan keseimbangan budaya kerja. Penambahan ini mencerminkan komitmen Ample Solution untuk mencipta persekitaran kerja yang memberi sokongan dan menyeronokkan untuk ahli pasukan yang dihargai.

Selain itu, ruang yang diperluaskan dalam Singapura mencirikan penambahan kemudahan Jaminan Mutu (QA) yang ketiga, menjadi pelengkap kepada pusat QA yang sedia ada di Shenzhen dan Hong Kong. Dengan kemudahan baharu ini, pejabat Ample Solutions di Singapura menyasarkan untuk memikul tanggungjawab dalam penyeliaan langsung proses ujian pada barangan yang diterima di Singapura. Ample Solution akan mencapai tahap kawalan yang ditingkatkan berkaitan dengan urusan yang berkaitan dengan kualiti, membolehkan campur tangan segera dan pemberian maklumat yang tepat pada masanya daripada titik sentuh yang berbeza. Proses pengendalian akan diperkemaskan, membolehkan Ample Solution untuk mengekalkan standard kualiti yang terbaik merentasi semua rantaian bekalan, menjamin pelanggan syarikat dengan komponen yang boleh dipercayai dan berkualiti tinggi untuk rantaian bekalan mereka. Dengan langkah yang strategik ini, keupayaan Ample Solution akan dipertingkatkan secara lanjut untuk memenuhi keperluan perniagaan rakan kongsi global yang pelbagai, mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai pengedar komponen elektronik yang terkenal di Asia.

Perihal Ample Solutions:

Ample Solution ialah pengedar komponen elektronik bebas yang menawarkan penyelesaian rantaian bekalan global untuk pengeluar elektronik di seluruh dunia. Perkhidmatan mereka termasuk pengedaran komponen, penyumberan kekurangan bahan, pengurusan inventori berlebihan dan banyak lagi. Beribu pejabat di Singapura, Ample Solution mempunyai lapan pejabat wilayah Asia dan lebih daripada 500 pekerja di seluruh dunia. Dengan perakuan ISO 9001:2015 dan keahlian dalam ERAI, Ample Solutions juga mempunyai dua pusat jaminan mutu yang bertaraf dunia secara berasingan di Hong Kong dan Shenzhen, untuk menyediakan komponen berkualiti tinggi pada tempoh pendahuluan yang paling pendek untuk memastikan kejayaan rakan kongsi global syarikat.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53439837/en


Hubungan

Ample Solutions
Bahagian Pemasaran
marketing@ample.sg
 
Sumber: Ample Solutions 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.