ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  PUSAT DATA BAHARU MENYALURKAN PERMINTAAN AWAN YANG SEMAKIN MENINGKAT DI ASIA

Tuesday 25/07/2023



Perusahaan di Singapura dan Malaysia memanfaatkan pilihan perkhidmatan baharu yang menggunakan awan untuk pengurangan kos, kelestarian dan matlamat lain, mengikut laporan ISG Provider Lens™

SINGAPURA & KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pasaran untuk perkhidmatan awan persendirian dan hibrid di Singapura dan Malaysia terus berkembang memandangkan penyedia perkhidmatan meningkatkan pelaburan dalam pusat data di seluruh rantau ini, menurut laporan penyelidikan baharu yang diterbitkan pada hari ini oleh Information Services Group (ISG) (Nasdaq: III), firma penyelidikan dan penasihat teknologi global yang terkemuka.

Laporan Awan Persendirian/Hibrid — Perkhidmatan Pusat Data ISG Provider Lens™ 2023 untuk Singapura dan Malaysia mendapati bahawa peningkatan permintaan perusahaan untuk sumber pengkomputeran yang luar biasa, terutamanya pusat data hijau dan keupayaan penyedia perkhidmatan awan yang besar, memacu pengembangan dan pemodenan pusat data. Syarikat mempunyai semakin banyak perkhidmatan terurus, pengehosan terurus dan pilihan kolokasi untuk dipilih.

“Pelaburan yang kukuh menjadikan Singapura dan Malaysia kepada pasaran perkhidmatan pusat data bertaraf dunia,” kata Ben Rossiter, perunding utama, Pemodenan Teknologi, di ISG. “Kami menjangkakan penyedia perkhidmatan akan terus mengembangkan kapasiti pengehosan terurus.”

Perusahaan di rantau ini berusaha mencari perkhidmatan pusat data bagi memenuhi keperluan untuk keselamatan, kelestarian, pengkomputeran tepi, penyesuaian dan pematuhan yang semakin meningkat, menurut laporan tersebut. Ramai beralih kepada perkhidmatan yang menggunakan AI, ML dan automasi untuk menangani cabaran berkaitan dengan peningkatan kos dan kekurangan buruh mahir, yang dijangkakan akan berterusan melangkaui akhir dekad ini.

Singapura dan Malaysia merupakan pasaran berasingan, disebabkan oleh faktor kawal selia, geopolitik dan budaya, namun teknologi yang sama berjaya memenuhi keperluan pelanggan biasa di kedua-dua negara, kata ISG. Penyedia perkhidmatan global menawarkan keupayaan di tempat kerja di kedua-dua pasaran, lebih-lebih lagi di Singapura berbanding Malaysia. Walau bagaimanapun, Malaysia sudah hampir menyamai keupayaan tersebut hasil pelaburan pusat data yang stabil di Kuala Lumpur dan Johor Bahru, yang bersempadan secara strategik dengan Singapura.

Penggunaan aplikasi pengkomputeran tepi semakin berkembang di rantau ini terutamanya dalam industri yang kaya dengan aset seperti runcit dan utiliti, walaupun lebih perlahan daripada yang dijangkakan, menurut laporan itu. Penggunaan aplikasi dan peranti IoT yang bertujuan mengurangkan kependaman dan mencapai pemprosesan data masa nyata ini, berjaya mewujudkan permintaan tambahan untuk sumber awan persendirian dan hibrid.

Perusahaan juga mempercepat usaha kelestarian sebagai respons kepada inisiatif kerajaan dan sektor swasta, terutamanya di Singapura, kata ISG. Sering kali strategi pusat data menjadi teras kepada usaha ini, dengan syarikat beralih ke lokasi yang lebih hijau, malah sumber tenaga dan sistem pengurusan lebih pantas daripada yang dijangkakan pada tahun 2022.

Walaupun awan awam berkembang lebih pantas, awan persendirian masih mempunyai utiliti untuk sesetengah perusahaan disebabkan faktor seperti kedaulatan data, secara khususnya di Malaysia, kata ISG.

“Pilihan antara awan awam dan persendirian bergantung pada sikap dan budaya serta teknologi,” kata Jan Erik Aase, rakan kongsi dan pemimpin global, Penyelidikan ISG Provider Lens. “Bagi kebanyakan organisasi, pendekatan hibrid menawarkan gabungan yang sesuai.”

Laporan itu juga meneroka trend awan lain di Singapura dan Malaysia, termasuk keperluan untuk pembangunan kemahiran di seluruh rantau dan peningkatan populariti tawaran pusat data dalam kotak.

Laporan Awan Persendirian/Hibrid — Perkhidmatan Pusat Data ISG Provider Lens™ 2023 untuk Singapura dan Malaysia menilai keupayaan 35 penyedia perkhidmatan di seluruh tiga sukuan: Perkhidmatan Terurus, Pengehosan Terurus dan Perkhidmatan Kolokasi.

Laporan tersebut menamakan Singtel dan Telekom Malaysia sebagai Peneraju dalam semua tiga sukuan. Laporan itu menamakan Fujitsu dan Kyndryl masing-masing sebagai Peneraju dalam dua sukuan. Accenture, DXC Technology, HCLTech, Infosys, NTT DATA, NTT GDC, Starhub, TCS, Telstra dan Wipro masing-masing dinamakan sebagai Peneraju dalam satu sukuan.

Selain itu, Equinix dinamakan sebagai Bintang yang Sedang Meningkat Naik (Rising Star) — syarikat dengan “portfolio yang memberangsangkan” dan “potensi masa depan yang tinggi” mengikut takrifan ISG — dalam satu sukuan.

Laporan Awan Persendirian/Hibrid — Perkhidmatan Pusat Data ISG Provider Lens™ 2023 untuk Singapura dan Malaysia tersedia kepada pelanggan atau untuk pembelian sekali sahaja di laman web ini.

Maklumat Tentang Penyelidikan ISG Provider Lens™

Siri penyelidikan Sukuan ISG Provider Lens™ ialah satu-satunya penilaian penyedia perkhidmatan seumpamanya yang menggabungkan penyelidikan empirikal, serta dipacu data dan analisis pasaran dengan pengalaman dunia sebenar dan pemerhatian pasukan penasihat global ISG. Perusahaan akan menemui banyak data terperinci dan analisis pasaran untuk membantu membimbing pemilihan rakan kongsi penyumberan yang sesuai, manakala penasihat ISG menggunakan laporan untuk mengesahkan pengetahuan pasaran mereka sendiri dan membuat saranan kepada pelanggan perusahaan ISG. Pada masa ini, penyelidikan meliputi penyedia perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan masing-masing secara global, di seluruh Eropah, serta di Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, United Kingdom, Perancis, Benelux, Jerman, Switzerland, negara Nordik, Australia dan Singapura/Malaysia, dengan pasaran tambahan akan dimasukkan pada masa akan datang. Untuk maklumat lanjut tentang penyelidikan ISG Provider Lens, sila kunjungi laman web ini.

Laporan Arketip siri penyelidikan seiring, ISG Provider Lens, menawarkan penilaian pertama seumpamanya bagi pembekal dari perspektif jenis pembeli tertentu.

Maklumat Tentang ISG

ISG (Information Services Group) (Nasdaq: III) ialah firma penyelidikan dan penasihat teknologi global yang terkemuka. Rakan kongsi perniagaan yang dipercayai kepada lebih daripada 900 pelanggan, termasuk lebih daripada 75 daripada 100 perusahaan terbaik di dunia, ISG komited untuk membantu syarikat, organisasi sektor awam dan penyedia perkhidmatan dan teknologi mencapai kecemerlangan operasi dan pertumbuhan lebih pantas. Firma tersebut pakar dalam perkhidmatan transformasi digital, termasuk automasi, awan dan analisis data; penasihat penyumberan; perkhidmatan tadbir urus dan risiko terurus; perkhidmatan pembawa rangkaian; reka bentuk strategi dan operasi; pengurusan perubahan; risikan pasaran dan penyelidikan dan analisis teknologi. Diasaskan pada tahun 2006 dan berpangkalan di Stamford, Conn., ISG mempunyai lebih daripada 1,600 profesional sedia digital yang beroperasi di lebih 20 negara—pasukan global yang terkenal dengan pemikiran berinovatif, mempengaruhi pasaran, kepakaran industri dan teknologi yang mendalam, serta keupayaan penyelidikan dan beranalisis bertaraf dunia berdasarkan data pasaran industri yang paling menyeluruh. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.isg-one.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Will Thoretz, ISG
+1 203 517 3119
will.thoretz@isg-one.com

Julianna Sheridan, Matter Communications untuk ISG
+1 978-518-4520
isg@matternow.com
 
Sumber: Information Services Group, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.