ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  WIPRO DIIKTIRAF SEBAGAI 'PENERAJU' DALAM LAPORAN RANGKAIAN ISG PROVIDER LENS™ - PENYELESAIAN DAN PERKHIDMATAN PERISIAN TERTAKRIF UNTUK SINGAPURA DAN MALAYSIA

Thursday 27/07/2023



Wipro menerajui dengan pelbagai tawaran rangkaian yang luas berkaitan Perangkaian Perisian Tertakrif di Singapura & Malaysia

SINGAPURA & KUALA LUMPUR, Malaysia & BENGALURU, India, 27 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Wipro Limited (NYSE: WIT, BSE: 507685, NSE: WIPRO), syarikat perkhidmatan dan perundingan teknologi terkemuka, mengumumkan bahawa perniagaan tersebut telah dinamakan sebagai ‘Peneraju’ dalam laporan Rangkaian ISG Provider Lens™ - Penyelesaian dan Perkhidmatan Perisian Tertakrif untuk Singapura dan Malaysia.

ISG menilai 34 penyedia perkhidmatan di seluruh lima sukuan - Perkhidmatan SD-WAN Terurus, Perkhidmatan Transformasi SDN (Perundingan dan Pelaksanaan), Pembekal Teknologi dan Penyedia Perkhidmatan Rangkaian Perusahaan, Akses Selamat Perkhidmatan Pinggir (SASE), serta Teknologi dan Perkhidmatan Pinggir. Laporan itu menamakan Wipro sebagai Peneraju dalam lima sukuan, dengan menyatakan Wipro mempunyai kehadiran Perangkaian Perisian Tertakrif (SDN) yang kukuh di Singapura & Malaysia.

Tumpuan Wipro kepada inisiatif transformasi SDN, penyampaian nilai yang konsisten untuk pelanggan, disokong oleh portfolio penawaran rangkaian yang menyeluruh, kerjasama industri yang kuat dan kepakaran teknikal yang mendalam merupakan faktor utama yang menyumbang kepada pengiktirafan ini. Wipro ialah satu-satunya penyedia perkhidmatan yang akan dipaparkan sebagai ‘Peneraju’ oleh ISG untuk Penyelesaian dan Perkhidmatan Perisian Tertakrif di Singapura dan Malaysia.

Badri Srinivasan, Ketua Perniagaan – India & Asia Tenggara, Wipro Limited berkata, “Pengiktirafan yang diberikan adalah sesuatu yang istimewa kepada kami di Wipro apabila dipaparkan secara eksklusif dalam laporan ini. Pengiktirafan ini juga menunjukkan bukti penerajuan kami dalam penawaran Rangkaian dan penyampaian nilai yang konsisten kepada pelanggan kami. Perusahaan yang hiperhubung dan dipacu data akan dapat memenuhi matlamat perniagaan dan pengguna dengan lebih cekap dan selamat. Ini merupakan suatu penghormatan apabila diiktiraf untuk keupayaan SDN, strategi dan teknologi berkaitan kami yang kukuh dalam Rangkaian. Kami amat teruja untuk berkhidmat kepada industri dan mengubah operasi rangkaian perusahaan dengan memanfaatkan teknologi yang terkemuka.”

Deepraj Emmanuel, Pengarah dan Ketua Asia di ISG berkata, "Wipro telah mengambil pendekatan berbeza dalam membuka potensi sebenar nilai yang sepatutnya disampaikan oleh penyelesaian SD-WAN. Sains dan seni di sebalik penyelesaian SD-WAN yang berjaya perlu memberikan tumpuan kepada pemudahan operasi rangkaian dan keselamatan yang disokong oleh AI dan automasi, mengatasi had yang dicipta oleh ekosistem rangkaian legasi. #WANFreedom Wipro, sejajar dengan standard global, berupaya menyampaikan ini bersama tawaran nilai tambah seperti MDO, CoDNI, SDX, Insightix dan ServiceNXT dengan berkesan, sambil menjadikan pelanggan berjaya menggunakan rangka kerja pengoptimuman kitaran hayat SD-WAN menyeluruh yang tertumpu kepada Rujuk, Reka Bentuk, Rintis, Migrasi dan Operasi.”

Laporan itu selanjutnya menyatakan bahawa terdapat trend yang semakin meningkat terhadap penawaran pinggir seperti IoT dan SASE di Asia. Ini memacu keperluan untuk pengkomputeran pinggir bertujuan menganalisis data dalam rangkaian sebelum memindahkan data tersebut ke pusat data atau awan utama. Wipro telah berada di Asia Tenggara selama lebih dua dekad, serta telah bekerjasama dengan perusahaan sektor awam dan swasta yang terkemuka merentasi pelbagai industri menegak dalam transformasi perniagaan dan perjalanan digital masing-masing. Wipro juga menunjukkan kehadiran perniagaan tersebut di rantau ini melalui entiti yang diambil alih – Capco, Designit, Topcoder dan Rizing.

Maklumat Tentang Wipro Limited
 
Wipro Limited (NYSE: WIT, BSE: 507685, NSE: WIPRO) ialah syarikat perkhidmatan dan perundingan teknologi terkemuka yang memberikan tumpuan kepada pembinaan penyelesaian berinovatif bertujuan menangani keperluan transformasi digital pelanggan yang paling kompleks. Memanfaatkan portfolio keupayaan kami yang holistik dalam perundingan, reka bentuk, kejuruteraan dan operasi, kami membantu pelanggan merealisasikan cita-cita masing-masing yang paling berani, serta membina perniagaan yang bersedia untuk masa depan dan mampan. Bersama 250,000 pekerja dan rakan kongsi perniagaan merentasi lebih daripada 60 negara, kami menunaikan janji untuk membantu pelanggan, rakan sekerja dan komuniti kami berkembang maju dalam dunia yang sentiasa berubah-ubah. Untuk maklumat tambahan, sila kunjungi di www.wipro.com.

Maklumat Tentang Penyelidikan ISG Provider Lens™

Siri penyelidikan Sukuan ISG Provider Lens™ ialah satu-satunya penilaian penyedia perkhidmatan seumpamanya yang menggabungkan penyelidikan empirikal, serta dipacu data dan analisis pasaran dengan pengalaman dunia sebenar dan pemerhatian pasukan penasihat global ISG. Perusahaan akan menemui banyak data terperinci dan analisis pasaran untuk membantu membimbing pemilihan rakan kongsi penyumberan yang sesuai, manakala penasihat ISG menggunakan laporan untuk mengesahkan pengetahuan pasaran mereka sendiri dan membuat saranan kepada pelanggan perusahaan ISG. Pada masa ini, penyelidikan meliputi penyedia perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan masing-masing secara global, di seluruh Eropah, serta di Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, United Kingdom, Perancis, Benelux, Jerman, Switzerland, negara Nordik, Australia dan Singapura/Malaysia, dengan pasaran tambahan akan dimasukkan pada masa akan datang.
 
Untuk maklumat lanjut tentang penyelidikan ISG Provider Lens, sila kunjungi https://isgone.com/research/isg-provider-lens


Laporan Arketip siri penyelidikan seiring, ISG Provider Lens, menawarkan penilaian pertama seumpamanya bagi pembekal dari perspektif jenis pembeli tertentu.

Maklumat Tentang ISG

ISG (Information Services Group) (Nasdaq: III) ialah firma penyelidikan dan penasihat teknologi global yang terkemuka. Rakan kongsi perniagaan yang dipercayai kepada lebih daripada 800 pelanggan, termasuk lebih daripada 75 daripada 100 perusahaan terbaik di dunia, ISG komited untuk membantu syarikat, organisasi sektor awam dan penyedia perkhidmatan dan teknologi mencapai kecemerlangan operasi dan pertumbuhan lebih pantas. Firma tersebut pakar dalam perkhidmatan transformasi digital, termasuk automasi, awan dan analisis data; penasihat penyumberan; perkhidmatan tadbir urus dan risiko terurus; perkhidmatan pembawa rangkaian; reka bentuk strategi dan operasi; pengurusan perubahan; risikan pasaran dan penyelidikan dan analisis teknologi. Diasaskan pada tahun 2006 dan berpangkalan di Stamford, Conn., ISG mempunyai lebih daripada 1,300 profesional sedia digital yang beroperasi di lebih 20 negara—pasukan global yang terkenal dengan pemikiran berinovatif, mempengaruhi pasaran, kepakaran industri dan teknologi yang mendalam, serta keupayaan penyelidikan dan beranalisis bertaraf dunia berdasarkan data pasaran industri yang paling menyeluruh.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.isg-one.com.

Pernyataan Pandang ke Hadapan

Pernyataan pandang ke hadapan yang terkandung di sini mewakili kepercayaan Wipro berkenaan peristiwa pada masa akan datang, yang kebanyakannya mengikut sifat masing-masing, sememangnya masih belum pasti dan di luar kawalan Wipro. Pernyataan tersebut termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pernyataan berkenaan prospek pertumbuhan, pencapaian operasi kewangan pada masa akan datang dan rancangan, jangkaan dan hasrat Wipro. Wipro memberi amaran kepada pembaca bahawa pernyataan pandang ke hadapan yang terkandung di sini adalah tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan yang boleh menyebabkan pencapaian sebenar berbeza dengan banyak berbanding keputusan yang dijangkakan oleh pernyataan tersebut. Risiko dan ketidaktentuan tersebut termasuk, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidaktentuan berkenaan turun naik dalam perolehan, hasil dan keuntungan kami, keupayaan kami menjana dan mengurus pertumbuhan, menyelesaikan tindakan korporat yang dicadangkan, persaingan sengit dalam perkhidmatan IT, keupayaan kami mengekalkan kelebihan kos kami, kenaikan upah di India, keupayaan kami menarik minat dan mengekalkan pekerja profesional berkemahiran tinggi, masa dan kos berlebihan ke atas harga tetap, kontrak jangka masa tetap, tumpuan pelanggan, sekatan ke atas imigresen, keupayaan kami menguruskan operasi antarabangsa, mengurangkan permintaan untuk teknologi dalam bidang tumpuan utama kami, gangguan dalam rangkaian telekomunikasi, keupayaan kami untuk berjaya melengkapkan dan mengintegrasikan potensi pengambilalihan, liabiliti untuk ganti rugi dalam kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat daripada pelaburan strategik yang dibuat oleh kami, penarikan balik insentif fiskal kerajaan, ketidakstabilan politik, peperangan, sekatan undang-undang ke atas pengumpulan modal atau pengambilalihan syarikat di luar India, penggunaan harta intelek kami secara tidak sah dan keadaan ekonomi secara am yang menjejaskan perniagaan dan industri kami.

Risiko tambahan yang boleh menjejaskan pencapaian operasi kami pada masa akan datang dihuraikan dengan lebih lengkap dalam pemfailan kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (United States Securities and Exchange Commission), termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Laporan Tahunan dalam Borang 20-F. Pemfailan ini tersedia di www.sec.gov. Kami boleh, dari masa ke masa, membuat pernyataan pandang ke hadapan tambahan secara bertulis dan lisan, termasuk pernyataan yang terkandung dalam pemfailan syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, serta laporan kami kepada para pemegang saham. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini apa-apa pernyataan pandang ke hadapan yang mungkin dibuat dari masa ke masa oleh kami atau bagi pihak kami.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Individu untuk Dihubungi
Hubungan Media:
Shilpi Agarwal
Wipro Limited
Shilpi.agarwal7@wipro.com
 
Sumber: Wipro Limited 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.