ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  OAG MEMPEROLEH INFARE DAN MENERIMA PELABURAN BAHARU DARIPADA VITRUVIAN PARTNERS

Thursday 03/08/2023



Perolehan ini menambah data tambang udara kepada platform kecerdasan OAG yang terkemuka dalam pasaran

LONDON, 3 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- OAG, platform data yang terkemuka di dunia untuk industri perjalanan global, telah memperoleh Infare, penyedia data perjalanan udara pesaing, daripada Ventiga Capital dalam perjanjian yang mempunyai nilai gabungan entiti yang melebihi US$500j. Bersama, OAG dan Infare akan menempuh perjalanan yang mengujakan selepas ini untuk memanfaatkan platform data hujung-ke-hujung yang terkemuka dalam pasaran untuk memenuhi keperluan kecerdasan perjalanan udara dalam misi yang kritikal di seluruh dunia.

Dengan warisan industri yang terkenal, kedua-dua perniagaan berkongsi minat yang mendalam untuk kualiti, ketepatan dan penumpuan kepada pelanggan. Bersama, OAG dan Infare mempunyai peluang yang besar untuk memberi perkhidmatan kepada rakan kongsi syarikat penerbangan dan ekosistem perjalanan yang lebih luas dengan data berkualiti tinggi dan penyelesaian inovatif.

Infare ialah rakan kongsi pilihan untuk syarikat penerbangan yang memerlukan sumber data perjalanan udara pesaing paling berkualiti untuk menyokong pertumbuhan mereka.  Gabungan penyelesaian data sedia ada OAG dengan data tambang udara mewujudkan proposisi yang menarik untuk pelanggan yang boleh mendapat gambaran yang lebih luas tentang penawaran dan permintaan.  Ini membolehkan pelanggan meramal sumber, menilai permintaan perjalanan dan persaingan, dan membina model yang lebih kompleks dan inovatif untuk memacu hasil dan pertumbuhan yang menguntungkan.

Melalui perolehan ini, OAG kini berkembang kepada lebih 300 pekerja di seluruh dunia merentasi 10 pejabat.

Phil Callow, CEO OAG, mengulas:

“Peningkatan dinasmisme dalam perjalanan global dan teknologi meningkatkan keperluan untuk data yang lebih terperinci dan canggih untuk memahami, mengurus dan berkembang dalam industri perjalanan udara.  Perolehan Infare memantapkan keupayaan kami untuk memberikan maklumat yang konsisten dan tepat merentasi rantaian nilai penawaran dan permintaan yang lebih luas.  Bersama, kami mendayakan pelanggan baharu dan sedia ada untuk berkembang maju dan berinovasi dan mendahului rakan sejawat mereka.  Saya teruja untuk mengalu-alukan rakan sekerja Infare ke dalam keluarga OAG.”

Nils Gelbjerg-Hansen, CEO Infare, mengulas:

“Akses kepada data yang menyeluruh dan tepat adalah penting untuk membuat keputusan perniagaan yang bijak.  Syarikat penerbangan bergantung kepada data untuk mendapat gambaran yang berguna tentang tingkah laku pelanggan, arah aliran pasaran dan kecekapan operasi.  Platform teknologi. set data dan perisian kecerdasan kami melengkapi platform OAG dan akan memberi manfaat besar kepada pelanggan kami di seluruh dunia. Kami melihat ini sebagai peluang unik untuk mengembangkan perkhidmatan kami dan memperkenalkan produk inovatif baharu untuk pelanggan kami, kami teruja tentang perjalanan kami bersama pada masa hadapan.”

Kedua-dua pasukan pengurusan akan terus berada dalam Kumpulan ini dan akan mengekalkan pegangan saham, dengan sandaran baharu yang diberikan oleh Vitruvian Partners.

Ben Johnson, Rakan Kongsi di Vitruvian, mengulas:

“OAG dan Infare jelas merupakan peneraju dalam pasaran global mereka masing-masing.  Gabungan ini mewujudkan peluang pertumbuhan tambahan untuk kedua-dua pasukan.  Vitruvian bersedia untuk menyokong syarikat teknologi yang bercita-cita tinggi dan memperbaharui hubungan kami dengan mereka untuk tahun-tahun yang mendatang.”

Niclas Gabrán, Rakan Kongsi Pengurusan di Ventiga Capital Partners, mengulas:

“Kami gembira bekerjasama dengan Nils dan pasukannya untuk membina Infare untuk menjadi penyedia data perjalanan yang terkemuka melalui pertumbuhan organik dan perolehan.  Bab Infare yang seterusnya sebagai sebahagian daripada keluarga OAG tentunya akan mewujudkan peluang pertumbuhan selanjutnya di dalam dan di luar sektor perjalanan udara.”

Tentang OAG

OAG ialah platform data yang terkemuka untuk industri perjalanan global, memperkasakan pertumbuhan dan inovasi dalam ekosistem perjalanan udara sejak 1929.  Ia mempunyai rangkaian maklumat penerbangan yang terbesar di dunia, meliputi seluruh perjalanan daripada perancangan hingga pengalaman pelanggan.  Pelanggan merangkumi syarikat penerbangan, lapangan terbang, pemain teknologi perjalanan, penyedia perkhidmatan penerbangan, agensi kerajaan, institusi kewangan dan perunding.  Beribu pejabat di UK, OAG mempunyai operasi di USA, Singapura, Jepun, China dan Lithuania.  Untuk maklumat lanjut, lawati: www.oag.com dan ikut kami di Twitter @OAG Aviation.

Tentang Infare

Infare ialah penyedia data perjalanan udara pesaing yang terkemuka, memperkasakan syarikat penerbangan untuk membuat keputusan penentuan harga yang berkesan.  Misi Infare adalah untuk menyokong sistem syarikat penerbangan dengan data perjalanan udara pesaing berkualiti tinggi yang dihantar setiap hari, beberapa kali sehari atau secara langsung.  Ditubuhkan dalam tahun 2000 dan beribu pejabat di Copenhagen, Denmark, syarikat ini mempunyai jangkauan global dan beroperasi di seluruh dunia.  Untuk maklumat lanjut, lawati www.infare.com dan ikut kami di LinkedIn.

Tentang Vitruvian Partners

Vitruvian ialah syarikat modal pertumbuhan bebas yang beribu pejabat di London dan beroperasi di seluruh dunia.  Vitruvian menumpukan kepada situasi dinamik yang bercirikan pertumbuhan pesat dan perubahan merentasi industri yang merangkumi teknologi, perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan perniagaan dan pengguna.  Vitruvian adalah antara kumpulan modal terbesar di Eropah yang menyokong syarikat inovatif dengan pertumbuhan yang lebih tinggi.  Vitruvian Funds telah menyokong lebih 90 syarikat dan mempunyai aset di bawah pengurusan €15+ billion.  Pelaburan yang menarik perhatian sehingga kini termasuk peneraju dan inovator pasaran global dalam bidang mereka seperti Skyscanner, Sykes Holiday Cottages, CFC Underwriting, CallCredit, Travel Counsellors, Trustpilot, Farfetch, Just Eat, dan Wise.

Tentang Ventiga Capital Partners

Ventiga ialah pelabur keusahawanan yang berfokuskan pertumbuhan dan bekerja sama dengan usahawan dan pasukan pengurusan yang luar biasa untuk mencapai pertumbuhan yang lestari, menguntungkan dan nilai transformasi melalui pemilikan aktif, berfokus dan bertanggungjawab.  Ventiga melabur dalam syarikat pertumbuhan menguntungkan dengan potensi perkembangan perniagaan yang lebih tinggi, terutamanya dalam bidang perkhidmatan B2B.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Maklumat Hubungan
Pertanyaan Media
pressoffice@oag.com

UK/EMEA /ASPAC
Dom Conolly/ Harvard PR

Amerika Utara
Chrissy Azevedo
Corporate Ink untuk OAG
 
Sumber: OAG

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.