ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  ​CYBLE BERJAYA MEMPEROLEH $24 JUTA DALAM PEMBIAYAAN SIRI B UNTUK MEMAJUKAN LAGI PENYELESAIAN PERISIKAN ANCAMAN DIKUASAKAN OLEH KECERDASAN BUATAN (AI)

Friday 04/08/2023



Table

Beenu Arora (Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama, Cyble) dengan Manish Chachada (Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas Bersama, Cyble) (Grafik: Business Wire)


ATLANTA, 4 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Cyble, penyedia perkhidmatan perisikan ancaman paling pesat berkembang yang menggabungkan keselamatan siber dan kecerdasan buatan untuk membangunkan penyelesaian perisikan ancaman canggih, mengumumkan suntikan modal sebanyak $24 juta melalui pembiayaan Siri B.

Cyble telah mendapat pengiktirafan secara berterusan sebagai penyelesaian pilihan untuk Web Tertutup dan Perisikan Ancaman dalam kalangan pakar keselamatan siber, berjaya mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju masa depan digital yang selamat dengan teknologi AI termaju.

Pusingan pembiayaan, diterajui bersama oleh Blackbird Ventures dan King River Capital dengan penyertaan daripada Spider Capital, January Capital, Summit Peak Ventures dan lain-lain, akan memacu hala tuju teknikal Cyble, terutamanya dalam meningkatkan penyelesaian keselamatan yang dipacu AI dan memajukan pengembangan global syarikat tersebut.

Pelabur baharu Zeb Rice, pengasas bersama di King River Capital dan ahli lembaga Cyble yang terkini, mengulas, “Daripada usaha meluas kami dalam AI sepanjang 15 tahun yang lalu, sememangnya terbukti bahawa Cyble menggunakan teknologi rintisan ini dengan cara yang merevolusikan keselamatan siber. Platform Cyble boleh mengenal pasti dan melindungi daripada pelbagai ancaman yang datang dari seluruh web pada skala yang belum pernah berlaku sebelum ini. Serta tahap pertumbuhan dan kaliber pangkalan asas pelanggan membuktikan pengiktirafan global daripada syarikat yang memerlukan perlindungan terbaik seumpamanya dalam landskap digital yang sentiasa berkembang dan rumit. Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Cyble pada detik yang amat penting ini.”

Pelabur tetap, Tom Humphrey dari Blackbird Ventures, berkata, “Pertumbuhan Cyble cukup luar biasa untuk diperhatikan. Hanya dalam masa setahun, syarikat tersebut telah menyaksikan pertambahan saiz pasukan kepada dua kali ganda, pangkalan pelanggan pula melonjak hampir empat kali ganda dan jejak syarikat terus berkembang ke Timur Tengah, Eropah dan Amerika Latin. Beenu dan Manish telah muncul sebagai pemimpin dan berjaya membina pasukan kepimpinan yang kuat di sekeliling mereka.”

Bersama pekerja yang berpangkalan di 11 negara, pengaruh global Cyble berkembang merentasi pasaran maju dan baharu muncul. Cyble telah membina pelbagai penyelesaian perisikan ancaman tersuai daripada entiti kerajaan kepada syarikat Fortune 50 dan syarikat permulaan yang tangkas.

Apabila bercakap tentang pembiayaan Siri B, pengasas syarikat, yang merupakan alumni Columbia Business School dan London Business School, menyatakan pandangan mereka. Beenu Arora, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Cyble, berkata, “Pelaburan ini merupakan bukti kerja keras yang pasukan kami telah laburkan untuk melaksanakan visi kami. Di Cyble, misi kami cukup berani: untuk mendemokrasikan keselamatan siber. Melalui penyelesaian berinovatif seperti Cyble VisionCyble HawkAmIBreachedCyble Odin dan The Cyber Express, kami menyasar bagi memastikan laluan menuju keselamatan digital boleh diakses oleh semua. Apabila Kecerdasan Buatan terus berkembang, kepentingan pertahanan siber juga mengalami perubahan yang sama. Di Cyble, kami komited dalam menyediakan cerapan termaju dan alatan AI yang diperlukan kepada perniagaan dan individu untuk menjamin keselamatan wilayah digital masing-masing.

Manish Chachada, Ketua Pegawai Operasi (COO) dan Pengasas Bersama Cyble, menambah, “Lonjakan dalam peperangan siber global telah menekankan keperluan kritikal bagi syarikat untuk meningkatkan langkah keselamatan masing-masing dan memantau aktiviti web tertutup. Perisikan ancaman menjadi semakin penting berbanding sebelum ini”

Maklumat Tentang Cyble

Cyble (YC W21) ialah peneraju global yang terkemuka dalam perisikan ancaman siber dikuasakan AI, secara khususnya dalam Web Terkawal, Web Tertutup dan Web Terbuka. Komitmen Cyble terhadap kecemerlangan dan inovasi telah berjaya memperoleh penghormatan berprestij, termasuk pengiktirafan dalam kalangan Majikan Syarikat Permulaan Terbaik Amerika oleh Forbes dan pelbagai kemenangan di Majlis Anugerah InfoSec Global 2023. Cyble juga telah diberi penghormatan sebagai satu daripada Syarikat Keselamatan Siber Paling Pesat Berkembang-2023 di Amerika Utara oleh Anugerah Kecemerlangan Keselamatan Siber. Bersama penekanan yang kuat terhadap kepuasan di tempat kerja, Cyble telah dinamakan sebagai satu daripada Tempat Kerja Paling Digemari pada tahun 2023 oleh Team Marksmen.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Cyble, sila kunjungi: www.cyble.com/request-demo

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53487988/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Bahagian untuk Dihubungi
Hubungan Media:
Cyble Inc
enquiries@cyble.com
Tel: +1 678 379 3241
 
Sumber: Cyble

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.