PITTSBURGH, 14 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- United States Steel Corporation (NYSE: X) (“U. S. Steel”) pada hari ini mengumumkan bahawa Lembaga Pengarah syarikat tersebut telah membuat keputusan untuk memulakan proses kajian semula secara rasmi, dengan bantuan penasihat kewangan dan undang-undang luar, bagi tujuan menilai alternatif strategik untuk Syarikat. Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan komited untuk bertindak demi kepentingan terbaik Syarikat, para pemegang saham dan pemegang kepentingan syarikat tersebut. U. S. Steel telah berjaya membuat kemajuan besar untuk mengubah Syarikat menjadi pembuat keluli Best for All
® yang berteraskan pelanggan dan berdaya saing di dunia kerana syarikat terus berjaya menerajui pasaran strategik, mengalih keluk kos ke bawah dan keluk bakat ke atas.
“Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan U. S. Steel komited untuk memaksimumkan nilai para pemegang saham kami dan bagi tujuan itu, kami telah memulakan kajian semula secara menyeluruh dan terperinci terhadap alternatif strategik,” kata David B. Burritt, Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif dan ahli Lembaga Pengarah U. S. Steel. “Keputusan ini dibuat, berikutan Syarikat menerima pelbagai cadangan yang tidak diminta, terdiri daripada pemerolehan aset pengeluaran tertentu kepada pertimbangan untuk seluruh Syarikat. Lembaga Pengarah sedang mengambil pendekatan dengan berhati-hati semasa mempertimbangkan cadangan ini, termasuk mendapatkan lebih banyak maklumat untuk menilai cadangan awal dan tertakluk kepada usaha wajar dan kajian semula yang sedang dijalankan.”
Burritt menyambung lagi, “U. S. Steel telah melalui perjalanan strategik dalam melaksanakan transformasi menarik, membina keupayaan pembuatan keluli dan kemasan EAF terbaik seumpamanya, sambil mengurangkan jejak karbon kami. Kunci kira-kira kami lebih kukuh berbanding sebelum ini, serta kami menyampaikan aliran tunai yang berdaya tahan sambil mengutamakan pulangan langsung kepada para pemegang saham. Minat yang ditunjukkan oleh cadangan yang tidak diminta, serta diterima setakat ini merupakan pengesahihan strategi dan rekod pelaksanaan yang berjaya oleh U. S. Steel. Walaupun Lembaga Pengarah menjalankan kajian semula terhadap cadangan yang diterima sebelum ini dan cadangan lain yang dijangka diterima, seluruh pasukan kami terus fokus kepada pelaksanaan yang selamat dan bertanggungjawab merentasi semua operasi kami dan memajukan strategi Best for All
® kami, sambil terus memenuhi keperluan semua pihak berkepentingan.”
Tiada tarikh akhir atau jadual waktu muktamad yang ditetapkan untuk menyelesaikan proses kajian semula alternatif strategik ini dan tiada jaminan bahawa proses ini akan menyebabkan Syarikat meneruskan transaksi atau apa-apa hasil strategik lain. U. S. Steel tidak berhasrat membuat apa-apa ulasan umum yang selanjutnya berkenaan kajian semula alternatif strategik sehingga proses ini selesai atau Syarikat menentukan bahawa pendedahan dikehendaki oleh undang-undang atau sebaliknya yang dianggap wajar.
PenasihatBarclays Capital Inc. dan Goldman Sachs & Co. LLC berkhidmat sebagai penasihat kewangan untuk U. S. Steel. Milbank LLP dan Wachtell, Lipton, Rosen & Katz bertindak sebagai penasihat undang-undang.
Diasaskan pada tahun 1901, United States Steel Corporation ialah pengeluar keluli terkemuka. Bersama tumpuan yang tidak berbelah bahagi kepada keselamatan, strategi Best for All® yang berteraskan pelanggan Syarikat sedang memajukan masa depan yang lebih selamat dan mampan untuk U. S. Steel dan para pemegang kepentingan. Bersama penekanan yang diperbaharui mengenai inovasi, U. S. Steel berjaya memenuhi keperluan industri automotif, pembinaan, perkakas, tenaga, kontena dan pembungkusan dengan produk keluli nilai tambah yang tinggi seperti keluli berkekuatan tinggi termaju XG3® proprietari U. S. Steel. Syarikat tersebut juga mengekalkan pengeluaran bijih besi yang memperoleh kelebihan berdaya saing dan mempunyai keupayaan pembuatan keluli mentah tahunan sebanyak 22.4 juta tan bersih. U. S. Steel beribu pejabat di Pittsburgh, Pennsylvania, dengan operasi bertaraf dunia di seluruh Amerika Syarikat dan di Eropah Tengah. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi
www.ussteel.com.
NOTA AMARAN BERKENAAN PERNYATAAN PANDANG KE HADAPANPenerbitan ini mengandungi maklumat yang boleh membentuk “pernyataan pandang ke hadapan” dalam pengertian Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933, sebagaimana yang dipinda dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, sebagaimana yang dipinda. Kami berhasrat supaya pernyataan pandang ke hadapan dilindungi oleh peruntukan perlindungan selamat untuk pernyataan pandang ke hadapan dalam bahagian tersebut. Secara amnya, kami telah mengenal pasti pernyataan pandang ke hadapan tersebut dengan menggunakan perkataan “percaya,” “harap,” “hasrat,” “anggar,” “jangka,” “unjur,” “sasar,” “ramal,” “tujuan,” “sepatutnya,” “rancangan,” “matlamat,” “masa hadapan,” “akan,” “boleh” dan ungkapan yang serupa atau dengan menggunakan tarikh pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, ketiadaan perkataan ini atau ungkapan yang serupa tidak bermakna bahawa sesuatu pernyataan bukan pandang ke hadapan. Pernyataan pandang ke hadapan bukan fakta sejarah, tetapi sebaliknya hanya mewakili kepercayaan Syarikat berkenaan peristiwa pada masa akan datang, yang kebanyakannya mengikut sifat masing-masing, sememangnya masih belum pasti dan di luar kawalan Syarikat. Ada kemungkinan bahawa pencapaian sebenar, keadaan kewangan dan perkembangan Syarikat berbeza, mungkin dengan banyak, berbanding pencapaian yang dijangkakan, perkembangan dan keadaan kewangan yang ditunjukkan dalam pernyataan pandang ke hadapan ini. Pihak pengurusan percaya bahawa pernyataan pandang ke hadapan ini adalah cukup munasabah pada masa dibuat. Walau bagaimanapun, langkah berjaga-jaga perlu diambil supaya tidak meletakkan pergantungan yang tidak wajar pada mana-mana pernyataan pandang ke hadapan kerana pernyataan tersebut hanya menunjukkan setakat tarikh penerbitan dibuat. Syarikat kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau meminda mana-mana pernyataan pandang ke hadapan secara terbuka, sama ada disebabkan oleh maklumat baharu, peristiwa pada masa akan datang atau sebaliknya, kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Selain itu, pernyataan pandang ke hadapan adalah tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian tertentu yang boleh menyebabkan pencapaian sebenar berbeza dengan besar berbanding pengalaman sejarah Syarikat kami dan jangkaan atau unjuran semasa kami. Risiko dan ketidakpastian ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sama ada objektif proses kajian semula alternatif strategik akan tercapai; terma, struktur, manfaat dan kos mana-mana transaksi strategik; masa bagi mana-mana transaksi dan sama ada apa-apa transaksi akan disempurnakan sama sekali; risiko bahawa kajian semula alternatif strategik dan pengumuman berkaitan boleh memberikan kesan buruk ke atas keupayaan Syarikat untuk mengekalkan pelanggan, serta mengekalkan dan mengambil kakitangan penting dan menjaga hubungan dengan pelanggan, pembekal, pekerja, pemegang saham dan hubungan perniagaan lain serta pencapaian operasi dan perniagaan secara amnya; risiko kajian semula alternatif strategik boleh mengalih perhatian dan masa pengurusan Syarikat, risiko mana-mana kos atau perbelanjaan yang tidak dijangkakan akibat daripada kajian semula itu; risiko apa-apa litigasi berkaitan kajian semula; serta risiko dan ketidakpastian yang dihuraikan dalam “Item 1A. Faktor Risiko” dalam laporan Tahunan kami pada Borang 10-K untuk tahun berakhir 31 Disember 2022 dan yang dihuraikan dari masa ke masa dalam laporan masa akan datang kami yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Individu untuk Dihubungi
Tara CarraroTimbalan Presiden Kanan, Ketua Pegawai Komunikasi
T- 412-433-1300
E-
media@uss.comKelly Sullivan / Ed TrisselJoele Frank, Wilkinson Brimmer Katcher
T- 212-355-4449
Kevin LewisNaib Presiden
Kewangan
T- 412-433-6935
E-
klewis@uss.com Sumber: United States Steel Corporation
--BERNAMA