BANGALORE, India, 17 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pengaturan perkongsian yang boleh menjadi contoh dalam industri kenderaan dua roda, TVS Motor Company dan BMW Motorrad meraikan 10 tahun perkongsian jangka panjang dan strategik yang gemilang. Perkongsian strategik yang merangkumi pembangunan produk, reka bentuk, teknologi, perkongsian pengetahuan dan membangunkan platform bersama untuk kedua-dua pelanggan global antara syarikat tersebut telah mencapai siri kejayaan di seluruh dunia.
TVS Motor dan BMW Motorrad menandatangani perkongsian strategik jangka panjang pada bulan April 2013, bertujuan mengeluarkan motosikal bawah 500cc untuk pasaran global. Kerjasama ini telah berjaya menghasilkan pembangunan empat produk pada platform 310cc: BMW G 310 R, BMW 310 GS, BMW G310 RR dan motosikal utama TVS Motor, TVS Apache RR 310. Bersama lebih 140,000 pelanggan, motosikal di bawah perkongsian ini diterima dengan baik di seluruh pasaran terkemuka termasuk Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Amerika Latin, Jepun, China dan India.
Kejayaan kerjasama ini telah menjadi batu loncatan untuk memperluas dan mengembangkan perkongsian tersebut oleh kedua-dua syarikat pada bulan Disember 2021. Selaras dengan ini, TVS Motor dan BMW Motorrad bersama-sama membangunkan platform baharu dan teknologi masa depan, termasuk EV. Tambahan pula, sebagai sebahagian daripada hubungan yang diperluas ini, skop TVS Motor termasuk reka bentuk dan pembangunan produk masa depan BMW Motorrad, menyampaikan kualiti bertaraf dunia, pengurusan rantaian bekalan dan pengindustrian.
“Kami berasa gembira dapat meraikan kejayaan bersejarah dalam perjalanan perkongsian kami ini dengan BMW Motorrad. Hubungan TVS Motor selama sedekad dengan BMW Motorrad merupakan bukti nilai bersama kami dalam inovasi, kualiti, kepuasan pelanggan, kehebatan kejuruteraan dan tumpuan kepada menyampaikan produk beraspirasi di seluruh dunia. Kami telah bersama-sama mencapai kemuncak kejayaan dengan permulaan jenama ikonik termasuk TVS Apache RR 310, BMW G310 RR, BMW G 310 R, BMW 310 GS yang boleh didapati di 100+ pasaran. Melalui perluasan dan pengembangan perkongsian ke arah teknologi masa depan dan penyelesaian mobiliti mampan ini, kami juga sedang dalam perbincangan untuk mengembangkan rangkaian pembuatan kami di luar India bagi memenuhi pertumbuhan masa depan kami di bawah perkongsian ini, termasuk produk BMW CE 02 yang dilancarkan baru-baru ini. Kami berharap dapat bekerjasama dengan rapat dalam membangunkan platform yang disasarkan ke arah pasaran berteraskan bandar global dan pengguna generasi akan datang yang luar biasa hebatnya.” - KN Radhakrishnan, Pengarah & Ketua Pegawai Eksekutif, TVS Motor Company.“Ulang tahun yang ke-10 ini merupakan bukti kejayaan dan kekuatan kerjasama antara BMW Motorrad dan TVS Motor yang mengagumkan. Peristiwa yang bermula pada 10 tahun lalu telah berkembang menjadi kisah kejayaan luar biasa. Sinergi kami yang kukuh telah membawa kepada pembangunan penawaran mengagumkan dalam segmen bawah 500cc. Sejak pelancaran, BMW G 310 R dan BMW G 310 GS model silinder tunggal terus menikmati populariti yang tiada tandingannya dan telah menjadi tonggak utama kejayaan BMW Motorrad di seluruh dunia. Oleh itu, perluasan dan pengembangan perkongsian ke arah teknologi masa depan dan penyelesaian mobiliti mampan ini termasuk penghasilan keluaran luar biasa BMW CE 02 yang unik dan menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya merupakan langkah konsisten untuk turut membentuk masa depan bersama TVS Motor Company.” - Dr Markus Schramm, Ketua BMW Motorrad.Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Individu untuk Dihubungi
Nikita Verma:
Nikita.verma@tvsmotor.com Sumber: TVS Motor Company
--BERNAMA