ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  TOSHIBA MENGELUARKAN PERANTI KUASA CERDAS KECIL 600V UNTUK PEMACU MOTOR DC TANPA BERUS

Friday 25/08/2023



Table
Toshiba: Peranti kuasa cerdas kecil 600V untuk pemacu motor DC tanpa berus. (Grafik: Business Wire)
 
- Pakej kecil jenis lekapan permukaan membantu mengurangkan kawasan lekapan dan saiz papan litar untuk pemacu motor -

KAWASAKI, Jepun, 25 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah melancarkan dua peranti kuasa cerdas (IPD) kecil 600V untuk penggunaan pemacu motor DC tanpa berus seperti penyaman udara, pembersih udara dan pam. Penghantaran besar “TPD4163F” dan “TPD4164F,” yang mempunyai penilaian arus keluaran (DC) masing-masing sebanyak 1A dan 2A, bermula hari ini.

Kedua-dua produk baharu ditempatkan dalam pakej HSSOP31 jenis lekapan permukaan, yang mengurangkan kawasan lekapan sebanyak kira-kira 63% berbanding produk Toshiba sebelum ini[1]. Ini menjadikan papan litar pemacu motor lebih kecil dan turut mengurangkan ketinggian motor.
Memandangkan voltan bekalan kuasa mungkin berubah-ubah secara signifikan di rantau yang mempunyai bekalan kuasa yang tidak stabil, voltan telah dinaikkan daripada 500V pada produk Toshiba sebelum ini[1] kepada 600V, yang meningkatkan kebolehpercayaan.

Reka Bentuk Rujukan untuk Litar Pemacu Motor DC Tanpa Berus Tanpa Sensor” yang menggunakan fungsi TPD4164F baharu dengan alat kawalan mikro TMPM374FWUG dengan enjin kawalan vektor tersedia mulai hari ini pada laman web Toshiba.

Toshiba akan terus mengembangkan barisan produk mereka untuk kawalan motor jimat tenaga dengan pelbagai pakej dan ciri peranti yang ditingkatkan yang menyumbang kepada kefleksibelan reka bentuk serta keneutralan karbon.

Nota:
[1] Produk pakej DIP26 (produk hujung hayat): TPD4123K, TPD4123AK, TPD4144K, TPD4144AK, TPD4135K dan TPD4135AK

Penggunaan
Motor DC tanpa berus untuk perkakas rumah

· Motor kipas (penyaman udara, pembersih udara, kipas pengalihudaraan, kipas siling dan lain-lain)
· Pam

Ciri

· Pakej kecil
Jenis lekapan permukaan HSSOP31: 17.5mm×11.93mm (typ.), t=2.2mm (maksimum)
· Penilaian voltan bekalan kuasa yang tinggi untuk melindungi margin operasi bagi naik turun voltan bekalan kuasa: VBB=600V 

Table

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang produk baharu.
TPD4163F
TPD4164F

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang IC Kuasa Cerdas Toshiba.
IC Kuasa Cerdas

Untuk menyemak ketersediaan produk baharu di pengedar dalam talian, lawati:
TPD4163F
Beli Dalam Talian

TPD4164F
Beli Dalam Talian

* Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan mungkin merupakan tanda dagang syarikat masing-masing.
* Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga produk dan spesifikasi, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah semasa pada tarikh pengumuman tetapi tertakluk pada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Perihal Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, ialah pembekal terkemuka semikonduktor termaju dan penyelesaian penyimpanan, mempunyai lebih daripada separuh abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan kepada pelanggan dan rakan kongsi perniagaan semikonduktor diskret, sistem LSI dan produk HDD yang hebat.
Pekerja syarikat seramai 21,500 orang di seluruh dunia berkongsi keazaman untuk memaksimumkan nilai produk dan menggalakkan kerjasama rapat dengan pelanggan dalam penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Dengan jualan tahunan yang hampir mencecah 800-bilion yen (US$6.1 bilion), Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ingin membina dan menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk semua orang di merata-rata tempat.
Ketahui lebih lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53543846/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Maklumat Perhubungan
Pertanyaan Pelanggan:
Power Device Sales & Marketing Dept.
Tel: +81-44-548-2216
Hubungi Kami

Pertanyaan Media:
Chiaki Nagasawa
Digital Marketing Dept.
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.