ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  HYTERA MEMETERAI PERJANJIAN RANGKA KERJA TAHUNAN DENGAN SINOPEC GROUP

Monday 04/09/2023



SHENZHEN, China, 4 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hytera Communications (SZSE: 002583), peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global, telah memenangi bidaan untuk perolehan kelengkapan radio dua hala industri Sinopec Group bagi 2023-2024 pada bulan Ogos 2023. Hytera ialah pemenang tunggal bidaan dan skop perolehan merangkumi rangkaian produk yang pelbagai, termasuk infrastruktur TETRA, PDT dan PoC, serta radio dua hala dan kamera badan (BWC) yang selamat secara intrinsik.

Sebagai kilang penapisan minyak terbesar di dunia dan syarikat bahan kimia kedua terbesar, Sinopec Group telah secara konsisten mengutamakan pembangunan infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Bidaan ini menyumbang kepada pembelian rangka kerja terpusat pertama Sinopec Group untuk peranti dan sistem radio dua hala. Kerjasama ini menyasar untuk memastikan operasi yang selamat dan cekap di seluruh kilang Sinopec.

“Hytera dengan bangga telah memberikan perkhidmatan kepada banyak pelanggan petrokimia di seluruh dunia, mengutamakan keselamatan tempat kerja melebihi segalanya. Perkongsian ini merupakan satu lagi bukti pengiktirafan industri terhadap produk dan keupayaan Hytera,” kata Mu Qiao, pengurus besar Hytera China, “Sambil melihat ke hadapan, kami berazam untuk terus menyediakan produk dan memperkasa operasi yang selamat, andal dan cekap untuk rangkaian pelanggan yang lebih luas dalam industri tenaga dan petrokimia. Komitmen ini mendorong kami untuk menganjak sempadan inovasi teknologi dan memenuhi keperluan pelanggan kami yang semakin berkembang.”
 

Ketahui lebih lanjut tentang penyelesaian minyak dan gas Hytera di https://www.hytera.com/en/industries/oil-and-gas.html.


Maklumat Tentang Hytera

Hytera Communications Corporation Limited (SZSE: 002583) ialah peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global. Kami menyediakan ketersambungan yang lebih pantas, selamat dan serba boleh untuk pengguna perniagaan dan misi kritikal dengan keupayaan suara, video dan data kami. Kami membuatkan dunia menjadi lebih cekap dan selamat dengan membolehkan pelanggan kami mencapai lebih banyak dalam operasi harian dan tindak balas kecemasan.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi
lele.yao@hytera.com
 
Sumber: Hytera Communications

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.