ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 28, 2024 -Sabtu

 
  PALING BERPENGARUH: MARY KAY INC. TELAH DINOBATKAN SEBAGAI JENAMA JUALAN LANGSUNG #1 BAGI RANGKAIAN JAGAAN KULIT DAN KOSMETIK WARNA DI DUNIA

Thursday 07/09/2023



Table
Penghormatan itu diberikan ketika syarikat meraikan ulang tahun yang ke-60 dalam perniagaan, meneruskan warisan Mary Kay Ash dalam pemerkasaan wanita, dari dahulu, kini dan selamanya. (Grafik: Mary Kay Inc.) 
 
DALLAS, 7 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kosmetik warna yang membuatkan kami teruja: jenama kecantikan ikonik dan syarikat keusahawanan global Mary Kay Inc. telah dinamakan sebagai Jenama Jualan Langsung #1 bagi Rangkaian Jagaan Kulit dan Kosmetik Warna di Dunia* oleh Euromonitor International. Penghormatan itu diberikan ketika syarikat meraikan ulang tahun yang ke-60 dalam perniagaan, meneruskan warisan Mary Kay Ash dalam memperkasakan wanita, dari dahulu, kini dan selamanya.

Euromonitor International memegang kedudukan sebagai penyedia utama dalam perisikan perniagaan global, analisis pasaran, dan wawasan pengguna dengan lebih daripada 50 tahun dalam menjalankan penyelidikan pasaran merentas 100+ negara. Pengiktirafan mereka terhadap Mary Kay bukan sahaja mengesahkan kualiti luar biasa jenama itu, tetapi juga menekankan kehadirannya yang meluas dan sentiasa berkembang pada peringkat global.

"Penghormatan yang luar biasa daripada Euromonitor ini seperti ceri di atas kek hari jadi kami,” kata Nathan Moore, Presiden Jualan dan Pemasaran Global di Mary Kay. “Ini mencerminkan komitmen kami terhadap kualiti dan inovasi, serta komuniti perunding kecantikan bebas kami yang luar biasa yang kekal sebagai nadi dan pendorong kami. Dedikasi dan keghairahan mereka telah melukis masa lalu, masa kini dan masa depan kita dengan warna kejayaan yang bertenaga.”
Mary Kay mempunyai komitmen yang mantap untuk mempromosikan kesihatan kulit, penyelidikan dan pembangunan, serta pemakanan. Jenama ini memiliki lebih daripada 1,600 paten merentas portfolio global, yang meliputi produk, teknologi dan reka bentuk pembungkusan.

“Kami baru sahaja bermula,” tambah Moore. “Walaupun ini merupakan pencapaian perniagaan yang luar biasa dan bercakap tentang kekuatan jenama kami, Mary Kay Ash mengajar kami untuk tidak mengambil mudah terhadap kejayaan kami. Ini adalah untuk pemerkasaan, inovasi dan kejayaan 60 tahun yang akan datang.”

*“Sumber Euromonitor International Limited; Kecantikan dan Penjagaan Diri Edisi 2023, nilai jualan pada harga jualan runcit (RSP), data 2022.”

Perihal Mary Kay

Dahulu. Kini. Selamanya. Salah satu daripada peneraju asal yang mengatasi halangan untuk maju ke hadapan, Mary Kay Ash mengasaskan jenama kecantikan impian beliau di Texas pada tahun 1963 dengan satu matlamat: untuk memperkaya kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat global dengan jutaan ahli tenaga jualan bebas di lebih daripada 35 buah negara. Selama 60 tahun, peluang yang diberikan oleh Mary Kay telah memperkasakan wanita untuk menentukan masa depan mereka sendiri melalui pendidikan, bimbingan, sokongan dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit yang termaju, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangian. Mary Kay percaya dalam memelihara planet kita untuk generasi akan datang, melindungi wanita yang terjejas kerana kanser dan penderaan rumah tangga, serta menggalakkan belia untuk mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, temui kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn, atau ikuti kami di Twitter.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53547550/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi
Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com
 
Sumber: Mary Kay Inc.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.