ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  HILLSTONE NETWORKS DIAKUI SEBAGAI PENERAJU XDR DALAM LAPORAN FROST RADAR™ 2023

Wednesday 13/09/2023



Hillstone Networks dipuji oleh Frost & Sullivan untuk strategi XDR syarikat itu
 
SANTA CLARA, Calif., 13 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hillstone Networks, peneraju penyedia penyelesaian keselamatan siber, telah dinamakan sebagai peneraju inovasi dan pertumbuhan dalam Laporan Pengesanan dan Respons Lanjutan Frost Radar™ 2023 (2023 Frost Radar™ Extended Detection and Response Report).

Laporan Frost Radar™ 2023 ialah analisis pasaran yang dikendalikan oleh Frost & Sullivan, menilai peserta industri berdasarkan strategi pertumbuhan, inovasi, pengalaman pelanggan dan bahagian pasaran masing-masing. Laporan ini bertujuan membantu organisasi dalam membuat keputusan termaklum apabila memilih penyedia penyelesaian XDR yang andal.

“Kemasukan kami sebagai peneraju dalam Laporan Frost Radar™ 2023 menegaskan dedikasi kami untuk menyampaikan penyelesaian canggih yang berkesan menentang ancaman digital yang semakin berkembang,” ujar Tim Liu, Ketua Pegawai Teknologi (CTO) dan Pengasas Bersama di Hillstone Networks.

“Penyelesaian kami mengintegrasikan pengesanan ancaman, respons kejadian dan keupayaan forensik lanjutan ke dalam platform yang disatukan, memperkasa perniagaan untuk melindungi aset digital masing-masing secara proaktif.”

Menurut Frost & Sullivan, penyelesaian XDR telah menyaksikan perkembangan pesat merentasi geografi, industri dan syarikat dalam pelbagai saiz kerana penyelesaian tersebut menyampaikan kebolehlihatan, integrasi, analisis, fleksibiliti dan automasi yang diperlukan oleh pelanggan dalam persekitaran IT yang kompleks pada hari ini. Frost menyatakan bahawa XDR mempunyai tiga janji teras: pengesanan dan respons berlapis silang, automasi yang bermakna dan integrasi bersama tindanan keselamatan.

"Hillstone Networks menunjukkan komitmen terhadap pendekatan XDR Terbuka, kerana syarikat tersebut melaburkan belanjawan R&D yang besar dalam meningkatkan integrasi pihak ketiga dan menyediakan kit pembangunan perisian (SDK) untuk memudahkan integrasi dengan platform yang disediakan,” ujar Lucas Ferreyra, Penganalisis Industri di Frost & Sullivan. “Hillstone Networks telah membangunkan strategi pertumbuhan yang kukuh, serta memanfaatkan peningkatan perkaitan keselamatan terurus bagi membolehkan MSSP menggunakan penyelesaian XDR, meluaskan jangkauan syarikat sambil menyasarkan sektor pertumbuhan tinggi seperti kerajaan, penjagaan kesihatan, pendidikan dan pembuatan. Pemahaman pasaran sedemikian akan membolehkan Hillstone Networks membuka peluang pertumbuhan selanjutnya dalam pasaran XDR yang sangat berdaya saing.”

Komitmen Hillstone terhadap inovasi berterusan dan kejayaan penggunaan oleh pelanggan yang menyumbang kepada kemunculan syarikat tersebut sebagai pendahulu dalam domain XDR, serta menyampaikan janji teras XDR:

· Keupayaan pengesanan dan respons ancaman yang dikuasakan AI Hillstone boleh mencari dan mengurangkan serangan sebelum berpeluang mengeksploitasi aset paling penting dalam perusahaan – data. Penyelesaian XDR Hillstone menggunakan algoritma pembelajaran mesin (ML) lanjutan melalui perisian hasad yang tidak diketahui dan pengesanan tidak normal, analisis korelasi ancaman lanjutan dan pengurangan ancaman automatik.
· XDR Hillstone juga termasuk perancangan dan respons berautomatik. Jika strategi pemulihan telah dikonfigurasikan, sebaik sahaja ancaman dikenal pasti, XDR Hillstone akan secara automatik melaksanakan tindakan pengurangan yang sewajarnya menurut langkah pratakrif mengenal pasti isu.
· Ini termasuk integrasi dengan pelbagai jenis data merentasi spektrum penuh rangkaian, dari titik akhir ke awan. Data ini boleh termasuk NetFlow, Sysmon, Syslogs, metadata, maklumat ancaman dan log pihak ketiga, yang kemudian kesemuanya diseragamkan, dikorelasikan dan dianalisis untuk memberikan kebolehlihatan lengkap dan memecahkan silo maklumat keselamatan. Perkara ini bukan sahaja membawa kebolehlihatan keselamatan penuh dengan titik buta yang jauh lebih sedikit, tetapi juga menambah baik ketepatan pengesanan dengan meminimumkan kes positif palsu.

Ketahui lebih lanjut tentang XDR Hillstone di sini.

Maklumat Tentang Hillstone Networks

Hillstone Networks ialah peneraju dalam keselamatan siber, menyampaikan kelainan dan kepelbagaian perlindungan kepada syarikat pelbagai saiz, dari tepi ke awan dan merentasi mana-mana beban kerja. Pendekatan Keselamatan Siber Integratif Hillstone Networks membawa perlindungan, kawalan dan penggabungan kepada lebih daripada 26,000 perusahaan di seluruh dunia. www.hillstonenet.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Individu untuk Dihubungi
Zeyao Hu
+1 4085086750
inquiry@hillstonenet.com
 
Sumber: Hillstone Networks

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.