ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 28, 2024 -Sabtu

 
  PENGELUARAN GAS ASLI CECAIR DIPERCEPAT, PENTING UNTUK PERALIHAN MASA HADAPAN RENDAH KARBON: BLACK & VEATCH

Friday 15/09/2023



eBuku baharu dilancarkan menjelang Gastech 2023 memandangkan persaingan global untuk mendapatkan bekalan LNG kekal sengit

SINGAPURA, 15 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keinginan untuk meningkatkan pengeluaran gas asli cecair (LNG) dan meningkatkan bekalan yang berpanjangan akan menjadi tema utama Gastech 2023 di Singapura ketika dunia menghadapi impak perubahan iklim yang tidak menentu dan cabaran dalam memastikan keboleharapan dan kemampanan sumber tenaga.

Dalam eBuku baharunya, LNG: Menjana Masa Hadapan, Black & Veatch memerhatikan peranan yang dimainkan oleh LNG untuk masa hadapan landskap tenaga global. Buku tersebut memperincikan cara industri mesti mengukur melebihi kapasiti pengeluaran semasanya untuk mengimbangi peningkatan tahap tenaga boleh baharu di samping pertimbangan jangka pendek dan jangka panjang bagi penyelesaian tenaga bersih alternatif, termasuk hidrogen, nuklear, penyimpanan tenaga dan penangkapan karbon.

"Ekonomi global sedang berada dalam proses peralihan daripada ekonomi berasaskan karbon kepada berasaskan elektron dan molekul. Mencari campuran tenaga yang sesuai untuk keperluan jangka pendek dan perubahan jangka panjang adalah kritikal,” kata Mario Azar, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Black & Veatch.

“Gas asli cecair adalah penting untuk memacu dunia ke arah masa hadapan rendah karbon pada kadar yang lebih pantas dengan menstabilkan grid dan meningkatkan daya tahannya,” tambah Narsingh Chaudhary, Presiden, Asia Pasifik dan India, Black & Veatch.

Di seluruh negara maritim, termasuk di seluruh Asia Pasifik, permintaan LNG untuk digunakan sebagai sumber tenaga untuk penjanaan kuasa gas berskala besar semakin meningkat. LNG sebagai bahan api utama boleh merapatkan jurang antara penamatan tempoh konsesi loji janakuasa arang batu, kepesatan pembangunan loji janakuasa boleh baharu serta pengenalan sumber alternatif yang lebih bersih.

Menskalakan pengeluaran, kepantasan dalam pasaran dan mengekalkan harga yang kompetitif adalah komponen penting bagi industri untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Pendekatan inovatif terhadap teknologi dan pelaksanaan seperti gas asli cecair terapung (FLNG) dan modularisasi, telah memacu industri ke hadapan dalam membina medan gas asli di tempat yang tidak sesuai untuk kemudahan tradisional berskala besar.

Black & Veatch ialah perintis dengan kejayaan menyediakan kemudahan FLNG. Syarikat ini sedang atau telah terlibat dalam lima daripada 10 projek FLNG yang sedang beroperasi atau dalam pembinaan pada peringkat global. Projek ini melibatkan penukaran kapal MOSS yang pertama kepada kemudahan FLNG, kapal Golar Hilli Episeyo FLNG yang disiap bina di Singapura.

Teknologi FLNG dapat memberikan solusi yang pantas, efisien dan solusi inovatif untuk mendapatkan wang rizab gas di luar pesisir dan keupayaan untuk membangunkan kemudahan berhampiran pantai untuk mengeksport bahan api tersebut. Pendekatan ini juga meningkatkan kecekapan dan kualiti pembinaan, mengurangkan risiko melalui reka bentuk bermodul dan pembinaan di limbungan kapal. Tambahan pula, teknologi FLNG ini memberikan rekabentuk yang kompak yang mana membolehkan jejak alam sekitar yang lebih kecil daripada jejak alam sekitar di kemudahan di darat.

Kepimpinan Black & Veatch dalam membangunkan dan membina kemudahan FLNG disokong oleh teknologinya, PRICO®, yang merupakan teknologi pencairan yang sesuai untuk menghasilkan LNG yang boleh digunakan untuk peak shaving, kenderaan berat dan sederhana, penjanaan bahan api industri, bahan api utama dan aplikasi di luar pesisir. Operasi ringkas PRICO® dan konfigurasi fleksibel menjadikan operasi ini boleh digunakan dalam kemudahan berskala kecil, sederhana dan besar, serta menyediakan penyelesaian inovatif untuk kemudahan LNG di darat, luar pesisir dan berhampiran pantai.

Di Gastech 2023, Azar akan berkongsi amalan global terbaik untuk menggalakkan pembangunan, penggunaan dan peningkatan teknologi yang memberi impak kepada iklim yang akan memacu industri ini ke arah masa hadapan rendah karbon dan lestari. Chaudhary akan membincangkan prospek teknologi iklim pada masa kini dan di masa hadapan.

Hubungi Black & Veatch untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Catatan Editor:

· Muat turun salinan LNG percuma: eBuku Menjana Masa Hadapan di sini.
· Black & Veatch telah menyokong pembangunan infrastruktur LNG selama lebih daripada 50 tahun, menggabungkan teknologi dan pengetahuan mengenai kemudahan pengeluaran, penyimpanan, pengegasan semula dan penghantaran LNG dengan menyediakan penyelesaian yang lancar untuk reka bentuk, perolehan, pemasangan siap dan pembinaan.
· Kepakaran dan teknologi Black & Veatch adalah penting dalam pelbagai projek FLNG termasuk Tango FLNG Eni (dahulunya Exmar), dan tiga kapal FLNG yang dibangunkan oleh Golar LNG. Bagi projek ini, Black & Veatch menyediakan perkhidmatan kejuruteraan bahagian atas dan perolehan. 

Mengenai Black & Veatch

Black & Veatch ialah syarikat kejuruteraan, perolehan, perundingan dan pembinaan global yang 100 peratus dimiliki oleh pekerja dengan rekod prestasi lebih daripada 100 tahun dalam inovasi infrastruktur lestari. Sejak tahun 1915, kami telah membantu pelanggan kami meningkatkan kehidupan masyarakat di seluruh dunia dengan menangani daya tahan dan kebolehpercayaan aset infrastruktur kami yang paling penting. Pendapatan kami pada 2022 ialah AS$4.3 bilion. Ikuti kami di www.bv.com dan di media sosial.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Maklumat Hubungan
Maklumat Hubungan Media:
EMILY CHIA | +65 6335 6623 P | +65 9875 8907 M | Chialp@bv.com
24 JAM E-MEL MEDIA | Media@bv.com
 
Sumber: Black & Veatch 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.