|
|
|
|
|
|
XSOLLA MELANCARKAN MALL, DESTINASI DALAM TALIAN UNTUK PERMAINAN VIDEO
Wednesday 20/09/2023
Xsolla Mall (Grafik: Business Wire) Syarikat Perdagangan Permainan Video Membuka Saluran Pengedaran Baharu untuk Pembangun dan Penerbit Permainan bertujuan mengehos dan menguruskan permainan video mereka dalam talian LOS ANGELES, 20 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, syarikat perdagangan permainan video global, telah mengumumkan destinasi dalam talian baharu yang dipanggil Xsolla Mall. Platform ini membenarkan permainan video mengehoskan laman penambat berbilang supaya pemain boleh mengakses item dalam permainan yang eksklusif, diskaun permainan dan pengalaman premium secara langsung daripada pembangun dan penerbit atau melalui kempen dengan pencipta kandungan dan penyedia perkhidmatan pembayaran. Pembangun boleh mempamerkan dan menjana pendapatan kandungan daripada permainan mereka di laman penambat berjenama tertentu dalam platform, malah keseluruhan permainan. Laman itu juga sudah mempunyai perpustakaan permainan awan yang semakin berkembang, serta boleh diakses melalui Xsolla Mall, disokong oleh penyelesaian Permainan Awan Xsolla (Xsolla Cloud Gaming). Xsolla Mall juga menggabungkan kandungan permainan video dan kemudahan kaedah pembayaran tempatan berbilang dengan kuasa pencipta dan pempengaruh kandungan ke dalam satu platform yang menjimatkan kos, menyediakan rangkaian menjana pendapatan tambahan yang luas untuk permainan. Xsolla Mall menyediakan saluran pengedaran baharu kepada pembangun dan penerbit, mengurangkan keseluruhan kos pemerolehan dan pengekalan pelanggan, menambahkan kesedaran jenama, meningkatkan keterlibatan pemain dan menjana lebih banyak keuntungan untuk perniagaan mereka. "Xsolla Mall membuka saluran pengedaran terus kepada pengguna baharu untuk menyampaikan permainan dan kandungan dalam permainan di web," kata Chris Hewish, Ketua Pegawai Eksekutif Xsolla. "Kami menyasar untuk membantu pembangun menangani cabaran pasaran semasa seperti kos yang tinggi untuk mengambil dan mengekalkan pemain, bayaran pengedaran yang tinggi dan meningkatkan bilangan pemain berbayar supaya mereka boleh memperoleh dan mengekalkan lebih banyak keuntungan daripada jualan permainan dan kandungan dalam permainan mereka. Xsolla Mall sememangnya sejajar dengan misi kami untuk memperkukuh komuniti permainan dengan menyediakan platform yang selamat, praktikal dan menarik kepada pembangun, pempengaruh dan pemain." Maklumat Tentang Xsolla Xsolla ialah syarikat perdagangan permainan video global dengan set alatan dan perkhidmatan yang mantap dan berkuasa direka bentuk khusus untuk industri permainan video. Sejak penubuhan Xsolla pada tahun 2005, syarikat itu telah membantu ribuan pembangun dan penerbit permainan pelbagai saiz dengan membiayai, memasarkan, melancarkan dan menjana pendapatan permainan mereka secara global dan merentasi platform berbilang. Sebagai peneraju berinovatif dalam perdagangan permainan, misi Xsolla ialah menyelesaikan kerumitan yang wujud dalam pengedaran, pemasaran dan penjanaan pendapatan global bagi membantu rakan niaga kami mencapai lebih banyak kawasan geografi, menjana lebih banyak hasil dan mewujudkan hubungan dengan pemain di seluruh dunia. Beribu pejabat dan diperbadankan di Los Angeles, California, dengan pejabat di Berlin, Seoul, Beijing, Kuala Lumpur, Tokyo dan bandar lain di seluruh dunia, Xsolla memberikan sokongan kepada tajuk permainan utama seperti Valve, Twitch, Roblox, Ubisoft, Epic Games, Take-Two, KRAFTON , Nexters, NetEase, Playstudios, Playrix, miHoYo dan banyak lagi. Untuk maklumat tambahan dan mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi: xsolla.com Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. Individu untuk Dihubungi Derrick Stembridge Pengarah Global Perhubungan Awam, Xsolla d.stembridge@xsolla.com SUMBER: Xsolla
--BERNAMA |
|
|
|
|
|