ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  KEMENTERIAN KEWANGAN (MOF) DAN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (HASIL) SANTUNI 30 ORANG KANAK-KANAK PERTUBUHAN RUMAH AMAL CAHAYA TENGKU AMPUAN RAHIMAH SELANGOR (RACTAR)

Friday 22/09/2023



SUBANG JAYA, 22 Sept (Bernama) -- Dalam usaha kerajaan memastikan proses Belanjawan 2024 lebih inklusif melalui penglibatan menyeluruh daripada rakyat di peringkat akar umbi, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) turut berperanan menjayakan usaha ini melalui pelaksanaan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama-sama 30 orang kanak-kanak bertempat di Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah Selangor (RACTAR) bersempena dengan Program Jelajah Belanjawan 2024.
 
Selain berfungsi sebagai platform merealisasikan hasrat Kementerian Kewangan (MOF) bagi menjalankan program CSR kepada kumpulan sasar di negeri Selangor, ia juga bertujuan membina imej positif HASiL di samping menzahirkan keprihatinan kepada penduduk setempat yang memerlukan bantuan. 

Sejumlah RM20,000.00 telah disalurkan oleh HASiL kepada RACTAR bagi tujuan penggantian serta membaik pulih bumbung rumah pertubuhan ini yang merupakan antara keperluan utama demi memastikan kebajikan serta keselesaan para penghuninya terjamin. Sumbangan ini juga meliputi perbelanjaan pengurusan harian serta kelengkapan asas bagi kanak-kanak di rumah tersebut.
 
YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II hadir bagi menyampaikan sumbangan dan meluangkan masa beramah mesra bersama-sama dengan kanak-kanak dan warga pengurusan rumah kebajikan ini. YB Tuan Steven dalam ucapannya berkata, program CSR ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara pihak kerajaan dengan masyarakat, malah ia merupakan komitmen berterusan pihak kerajaan dalam memastikan tiada golongan yang terpinggir dalam usaha merangka satu belanjawan yang menyeluruh dan merangkumi seluruh rakyat daripada segenap lapisan.
 
Turut sama hadir menjayakan majlis tersebut ialah YBhg. Dato’ Shahrol Anuwar bin Sarman, Pengarah Belanjawan Negara MOF, YBrs. Puan Wan Ramiza binti Wan Ghazali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), YBhg. Datin Paduka Norfiah binti Syukor, Timbalan Yang Dipertua RACTAR, barisan pegawai MOF dan pegawai HASiL. Pelaksanaan program seumpama ini wajar diteruskan sejajar dengan aspirasi kerajaan MADANI dalam menerapkan budaya ihsan serta memastikan kemakmuran dan kesejahteraan negara dapat dinikmati bersama.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public 
 
Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my  

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.