ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 10, 2024 -Jumaat

 
  ATOZERO ASEAN 2023, DIKUASAI OLEH GENTARI, MENAMPILKAN 100 PENCERAMAH KEPIMPINAN DAN 1,000 PESERTA UNTUK MEMACU DIALOG DAN KERJASAMA AGENDA SIFAR BERSIH

Monday 25/09/2023



Table

Gambaran keseluruhan AtoZero ASEAN dari 4 - 6 Okt 2023 di IGEM 2023


KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Persidangan AtoZero (Accelerate to Net Zero) ASEAN semasa IGEM 2023, anjuran bersama Constellar dan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), merupakan siri acara global khusus untuk peralihan ke arah dunia sifar bersih dengan memacu dialog kepimpinan, pelaburan dan inovasi dalam usaha ASEAN mencapai karbon sifar bersih. Acara yang dikuasai oleh Gentari ini akan membawa bersama para pakar daripada rangkaian nilai karbon sifar bersih, termasuklah lebih 100 para penceramah yang terdiri daripada  pembuat dasar, ketua-ketua pegawai eksekutif dan para pemimpin industri tenaga. Persidangan yang disertai oleh 1,000 peserta ini bersedia untuk memacu dialog dan perkongsian ke arah era rendah karbon.
 
Matlamat AtoZero adalah untuk membina satu platform untuk para pemimpin industri bagi menerokai laluan, dasar dan peluang perniagaan untuk memacu agenda peralihan sifar bersih global. AtoZero ASEAN akan berlangsung bersama dengan Pameran Dan Persidangan Teknologi Hijau serta Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) ke-14, mulai 4 hingga 6 Oktober 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
 
Ketua Pegawai Eksekutif Constellar, Chua Wee Phong berkata, “Sambutan yang sangat menggalakkan terhadap AtoZero ASEAN membuktikan komitmen rantau ini untuk tindakan segera bagi mengatasi isu perubahan iklim. Dengan membawa bersama para penceramah, pembuat keputusan dan pemimpin terkemuka, kita yakin platform ini akan dapat mempengaruhi pembaharuan dasar yang bermakna dan membolehkan perkongsian strategik untuk memacu bersama momentum ke arah karbon sifar bersih.”
 
Rakan Pengasas AtoZero ASEAN, Gentari, ditubuhkan pada tahun 2022 untuk menawarkan penyelesaian tenaga bersih menerusi tiga teras asas – Tenaga Boleh Diperbaharui, Hidrogen dan Mobiliti Hijau. Tiga teras asas ini membentuk portfolio penyelesaian yang merangkumi rangkaian nilai elektron bagi membantu pelanggan mencapai pelepasan karbon sifar.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Gentari, Sushil Purohit berkata, “Gentari bangga dengan peranan penting kami di AtoZero ASEAN. Kami juga berbesar hati atas peluang untuk bersama dengan pihak-pihak penting yang bersependapat dalam meneroka laluan ke arah masa depan yang lebih bersih dan lestari. Perjalanan rantau ASEAN ke arah pelepasan sifar bersih haruslah dipercepatkan. Gentari kini bersedia untuk berkerjasama menggerakkan inisiatif-inisiatif yang akan memacu usaha peralihan tenaga dan pengurangan karbon di rantau ini. Bersama, kita mampu mengubah masa depan planet kita.”
 
Barisan Pemimpin Industri Tenaga Terkemuka dan Topik-topik Penting di AtoZero ASEAN
 
YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan menyampaikan ucapan tentang perjalanan Malaysia ke arah sifar bersih dan peluang-peluang untuk kerjasama. TS Shamsul Bahar Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif MGTC akan menjelaskan peranan organisasi pimpinan beliau dalam menyokong agenda perubahan iklim nasional. Dato’ Ir Ts Abdul Razib Dawood, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga Malaysia akan menyampaikan taklimat mengenai inovasi dan unjuran penggunaan elektrik ASEAN pada masa depan.
 
AtoZero ASEAN menawarkan peluang terbaik untuk mendapatkan pandagan serantau dan berinteraksi dengan para penceramah yang terdiri daripada pengurusan tertinggi entiti sektor tenaga utama. Antaranya termasuklah PETRONAS, Internasional Gas Union (IGU), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Gentari, India Renewable Energy Development Agency (IREDA), Rystad Energy, Solarvest, Sumitomo Mitsui Banking Corporation, Bursa Malaysia, Pertamina, Chevron, ASEAN Centre for Energy (ACE), Aboitiz Power dan UN Global Impact. Untuk melihat senarai penuh penceramah, sila klik sini.
 
Program Persidangan menyediakan gambaran unik merangkumi empat teras utama rangkaian nilai sifar bersih, iaitu tenaga boleh diperbaharui, hidrogen, penangkapan karbon, serta gas dan gas asli cecair (LNG). Program bersepadu ini meliputi topik-topik penting dan isu-isu mendesak seperti kerjasama kesalinghubungan serantau, membuka peluang tenaga boleh diperbaharui menerusi penyimpanan dan pendigitalan tenaga, penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon semasa proses peralihan rantau ASEAN, pembiayaan tenaga hijau, ekonomi hidrogen, grid masa depan dan laluan peralihan karbon sifar bersih korporat di rantau ini. 
 
Naib Presiden, Ketua Tenaga Boleh Diperbaharui & Penyelidikan Pasaran Tenaga Asia, Rystad Energy, Jun Yee Chew berkata, “Rystad Energy memainkan peranan sebagai peneraju dalam penyelidikan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui, dengan menyediakan penyelesaian yang dapat memenuhi permintaan yang meningkat dalam analisis dan kecerdasan perniagaan hijau berkualiti. Saya gembira dan berbesar hati dijemput sebagai penceramah di AtoZero ASEAN. Peserta persidangan yang terdiri daripada para pemimpin terkemuka dalam tindakan iklim sudah pastinya menjadi audiens yang kita utamakan. Saya sudah bersedia untuk berkongsi pandangan saya, dan memperolehi pengetahuan daripada rakan industri yang cerdas dan berpengalaman mendalam dari seluruh dunia.”
 
AtoZero ASEAN akan dirasmikan bersama dengan IGEM 2023, oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa majlis pelancaran pada 5 Oktober. IGEM 2023 yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bersama MGTC membawa tema “Usaha Ke Arah Rendah Karbon: Kepimpinan dalam Tindakan Iklim” dengan sasaran peluang perniagaan bernilai RM4 bilion, 400 reruai pameran dan 40,000 orang pengunjung daripada lebih 40 buah negara.
 
Peluang penyertaan adalah terhad, pastikan anda berdaftar dan menyertai persidangan ini menerusi
https://atozero2023.app.swapcard.com/login/event/atozero-2023-1/registration.

Tentang Constellar
Constellar menghubungkan ekosistem global rakan kongsi acara dan pengguna global melalui portfolio harta intelek (IP) menyeluruh dalam industri Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE). Sebagai rakan kongsi terpilih Asia untuk menganjur pengalaman dan acara yang yang inovatif, Constellar mengaktifkan rangkaian yang berkesan untuk membawa bersama pasaran global, perniagaan dan pengguna untuk pertumbuhan yang mampan. Menerusi kepakaran dan kegigihan kita, Constellar komited untuk membantu anda membina hubungan jangka panjang yang dipercayai oleh pihak berkepentingan dan membolehkan kerjasama merentas industri melalui penyelesaian dan penglibatan audiens bertaraf dunia. Layari constellar.co untuk maklumat lanjut.
 
Mengenai Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC)
 
MGTC ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) yang diberi mandat untuk mempercepatkan pertumbuhan hijau, memajukan tindakan iklim dan memupuk gaya hidup hijau dalam kalangan masyarakat.
 
Berpandukan Dasar Teknologi Hijau Negara (NGTP), Dasar Perubahan Iklim Negara (NCCP), Pelan Induk Teknologi Hijau 2017-2030 (GTMP) dan Rancangan Malaysia ke-12, MGTC menjalankan pelbagai program dan inisiatif untuk menyokong para pemegangan kepentingan di semua peringkat.
 
Menjelang tahun 2030 dan menerusi pelbagai program dan inisiatif yang dilaksanakan, MGTC berhasrat untuk membuat pelaburan hijau sebanyak RM100 bilion, mewujudkan sebanyak 230,000 peluang pekerjaan hijau dan membantu Malaysia mencapai pelepasan GHG sifar bersih dengan sasaran seawal tahun 2050.
 
SUMBER: Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Omar Halim Dahlan
Principal Partner
Chimera Brand Relations
Tel: 012-3241024
E-mel: omarhd@chimera.com.my

--BERNAMA

 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.