|
|
Disember 17, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
XSOLLA MENGUMUMKAN PENGAMBILALIHAN ACCELERATXR, PLATFORM BERBILANG PEMAIN UNTUK PERMAINAN
Friday 29/09/2023
Pengambilalihan AXR oleh Xsolla (Grafik: Business Wire)
Menerajui Peralihan Transformatif dalam Teknologi Main Silang Melalui Perkongsian Strategik
LOS ANGELES, 29 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, syarikat perdagangan permainan video global, mengumumkan pengambilalihan strategik AcceleratXR, penyedia teknologi bahagian belakang pelayan dalam permainan yang direka bentuk untuk permainan dan perisian perkhidmatan secara langsung. Platform dan enjin rangkaian AcceleratXR menawarkan kebolehskalaan yang teguh, menyokong pengalaman merentasi berbilang platform dan peranti. AcceIeratXR berfungsi dengan serupa seperti sistem pengendalian yang dioptimumkan untuk kandungan digital berinteraktif moden.
Teknologi AcceleratXR melengkapkan pasukan pembangunan—tanpa mengira saiz atau tahap kemahiran—untuk mencipta pengalaman dalam talian dan berbilang pemain termaju pada skala yang cukup besar. Menawarkan lebih daripada 20 sistem khusus, seperti penskripan awan secara langsung, AcceleratXR ialah platform yang paling fleksibel dan penuh dengan ciri untuk membangunkan permainan, hiburan digital, metasemesta dan banyak lagi.
Pengambilalihan ini menggariskan peralihan transformatif ke arah memasarkan penyelesaian main silang dan bayar silang secara menyeluruh yang tersedia di luar kotak, membolehkan pemain mengekalkan identiti masing-masing dan mengakses sejarah pembelian mereka merentasi mana-mana platform yang mereka mahu main - PC, web, konsol, peranti mudah alih dan VR.
"Pada hari ini, kami mengalu-alukan AcceleratXR, tambahan baharu yang cukup penting kepada keluarga teknologi permainan Xsolla," kata Chris Hewish, Ketua Pegawai Eksekutif Xsolla. "AcceleratXR membawa teknologi bahagian belakang pelayan permainan yang teguh, serta berupaya memenuhi keperluan pelbagai platform - daripada web kepada PC, kepada konsol dan kepada peranti mudah alih. Ini menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam perjalanan kami mentakrifkan semula teknologi main silang.”
"Kami sangat teruja tentang pengambilalihan yang dilaksanakan oleh Xsolla, kerana ini memajukan misi teras kami untuk menjadikan alatan pembangunan permainan boleh diakses oleh semua dan meningkatkan pengalaman sosial dalam komuniti permainan," kata Jean-Philippe Steinmetz, Pengasas Bersama AcceleratXR. "Langkah ke hadapan yang begitu penting ini memberikan peluang memberangsangkan untuk membentuk semula industri permainan global."
Untuk maklumat lanjut tentang AcceleratXR, sila kunjungi: https://xsolla.pro/axr-acquisition
Maklumat Tentang Xsolla Xsolla ialah syarikat perdagangan permainan video global dengan set alatan dan perkhidmatan yang mantap dan berkuasa direka bentuk khusus untuk industri permainan video. Sejak penubuhan Xsolla pada tahun 2005, syarikat itu telah membantu ribuan pembangun dan penerbit permainan pelbagai saiz dengan membiayai, memasarkan, melancarkan dan menjana pendapatan permainan mereka secara global dan merentasi platform berbilang. Sebagai peneraju berinovatif dalam perdagangan permainan, misi Xsolla ialah menyelesaikan kerumitan yang wujud dalam pengedaran, pemasaran dan penjanaan pendapatan global bagi membantu rakan niaga kami mencapai lebih banyak kawasan geografi, menjana lebih banyak hasil dan mewujudkan hubungan dengan pemain di seluruh dunia. Beribu pejabat dan diperbadankan di Los Angeles, California, dengan pejabat di Berlin, Seoul, Beijing, Kuala Lumpur, Tokyo dan bandar lain di seluruh dunia, Xsolla memberikan sokongan kepada tajuk permainan utama seperti Valve, Twitch, Roblox, Ubisoft, Epic Games, Take-Two, KRAFTON , Nexters, NetEase, Playstudios, Playrix, miHoYo dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: xsolla.com
Maklumat Tentang AcceleratXR AcceleratXR ialah penyelesaian serba boleh untuk pembangun permainan yang menyasarkan kepada penciptaan permainan dan aplikasi platform silang. Penyelesaian ini merangkumi spektrum platform permainan yang luas daripada konsol, PC dan peranti mudah alih, kepada persekitaran VR. Melalui peningkatan sambungan lancar dengan antara muka permainan yang pelbagai ini, AcceleratXR mengurangkan masa dan kos pembangunan dengan ketara, membolehkan pembangun permainan menggunakan permainan platform silang berskala besar dengan lebih berkesan.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: acceleratxr.com
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53564368/en
Individu untuk Dihubungi
Hubungan Media Derrick Stembridge Pengarah Global Perhubungan Awam, Xsolla d.stembridge@xsolla.com
Sumber: Xsolla
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|