ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  PENERAJU INDUSTRI HIJAU GLOBAL BERSATU DI EKSPO EKO ASIA 2023

Wednesday 04/10/2023



Table
Peneraju Industri Hijau Global Bersatu di Ekspo Eko Asia 2023 (Foto: Business Wire)

HONG KONG 4 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ekspo Eko Asia 2023, dianjurkan bersama Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong dan Messe Frankfurt (HK) Ltd dan anjuran bersama oleh Biro Alam Sekitar dan Ekologi Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, akan dilancarkan dari 26 – 29 Oktober di AsiaWorld-Expo, Hong Kong, dengan perkhidmatan padanan dalam talian “Click2Match” tersedia dari 19 Oktober hingga 6 November.

Di bawah tema “Melaksanakan Perubahan ke arah Keneutralan Karbon (Taking the Leap towards Carbon Neutrality)”, ekspo itu bertujuan menghimpunkan tokoh terkemuka dari Tanah Besar China dan industri alam sekitar global untuk mempromosikan konsep seperti pengurangan karbon, ekonomi kitaran dan tenaga baharu. Ini dilaksanakan dengan matlamat utama untuk mengubah Hong Kong menjadi hab antarabangsa bagi teknologi hijau dan kewangan. Selain kumpulan peserta pameran yang kembali menyertai dari Kanada dan Jepun, beberapa kumpulan baharu dari Tanah Besar China masing-masing akan membuat penampilan sulung.

Ekspo Eko Asia telah berjaya meraih sokongan padu daripada Kawasan Teluk Besar (Greater Bay Area), dengan penyertaan astaka Wilayah Pentadbiran Khas Macau (Macao SAR) dan Zhongshan yang baharu, serta astaka hidrogen yang terdiri daripada syarikat dari Hong Kong. Oleh yang demikian, dengan penyertaan semula astaka Guangzhou dan Shenzhen dalam ekspo tersebut, akan membantu mengembalikan peranan Hong Kong dalam merangsang kerjasama antara syarikat dalam megalopolis yang berkembang pesat ini. Astaka baharu yang lain dari Tanah Besar China termasuk dari wilayah Jiangsu dan Hunan, serta bandar Shanghai, dengan syarikat terkemuka yang utama dalam tenaga boleh baharu, hidrogen, kewangan hijau dan banyak lagi. Ekspo tahun ini juga menarik minat syarikat terkemuka yang utama dalam industri hijau dari seluruh dunia, dengan penyertaan yang sudah disahkan dari 11 negara dan rantau.

Persidangan Eko Asia tahunan ialah bahagian yang tidak boleh dilepaskan. Penceramah utama akan berkongsi pandangan dan pemahaman mendalam mereka mengenai topik hangat, termasuk “Rangka Kerja Perubahan Iklim untuk Alam Bina (Climate Change Framework for Built Environment)”, “Landskap ESG yang Semakin Berkembang dan Masa Depan Kewangan Mampan (Evolving ESG Landscape and the Future of Sustainable Finance)” dan teknologi digital kitaran. Sorotan lain termasuk “Seminar Tindakan Iklim C40 (Rantau Asia dan Oseania)”, sesi berkaitan Kerajaan Hong Kong dan majlis pelancaran “Membina Kawasan Teluk Sisa Sifar (Building a Zero Waste Bay Area)”, yang mengetengahkan komitmen GBA terhadap keneutralan karbon.

Ekspo itu akan membuka pintu kepada orang ramai pada hari terakhir untuk mempromosikan kehidupan hijau, pengunjung boleh menyertai bengkel, seminar, pasar hijau alam sekitar dan penampilan sulung Hab Pekerjaan ESG.
 
Daftar Sekarang untuk e-Lencana PERCUMA Anda- https://tinyurl.com/2p8942h8

 
Laman web: www.ecoexpoasia.com

 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53569098/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi
Sila hubungi Jabatan Pameran HKTDC:
Jojo Li / Joanne Ma
Tel: (852)22404136 / 22404602
E-mel: jojo.ty.li@hktdc.org / joanne.ts.ma@hktdc.org

Sumber: Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.