ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  SOFTBANK CORP. AKAN MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN IOT GLOBAL SYARIKAT ITU DI RANTAU ASIA PASIFIK

Wednesday 04/10/2023



SoftBank akan memasarkan perkhidmatan ketersambungan IoT global mampu milik 1NCE di 19 pasaran Asia Pasifik

TOKYO, 4 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SoftBank Corp. (TOKYO: 9434, “SoftBank”) pada hari ini mengumumkan bahawa mulai bulan Oktober 2023, syarikat tersebut akan melancarkan pengembangan perniagaan IoT global sepenuhnya di rantau Asia Pasifik (APAC). Dalam pengembangan jualan ini yang menjangkau ke 19 negara dan rantau, termasuk Jepun, SoftBank akan menumpukan kepada pemasaran perkhidmatan IoT, terutamanya “Kadar Sama Rata 1NCE,” perkhidmatan ketersambungan IoT global mampu milik daripada syarikat Jerman 1NCE GmbH, kepada pelanggan perusahaan. SoftBank menyasarkan untuk mengambil alih sejumlah 2 juta ketersambungan Kadar Sama Rata IoT 1NCE di APAC dan rantau lain dalam tahun fiskal 2025, yang berakhir pada 31 Mac 2026.

Selaras dengan strategi pertumbuhan “Melangkaui Pembawa Telekomunikasi (Beyond Carrier)”, SoftBank berkembang melangkaui perniagaan telekomunikasi teras syarikat tersebut bertujuan mencipta perniagaan baharu dalam pelbagai industri dan mempromosikan transformasi digital (DX) merentasi sektor industri berbeza. Dalam bidang perniagaan IoT, SoftBank mengambil alih pegangan ekuiti dalam 1NCE GmbH pada bulan April 2022 dan syarikat tersebut menandatangani perjanjian untuk memasarkan Kadar Sama Rata IoT 1NCE secara eksklusif di 19 pasaran APAC. Kadar Sama Rata IoT 1NCE mampu diperoleh pada harga yang sangat rendah dan tanpa kos tambahan, pelanggan juga boleh menikmati perkhidmatan perayauan rangkaian global 1NCE di lebih daripada 160 negara dan rantau. Kemudahan perkhidmatan ini diterima baik oleh pelanggan perusahaan, termasuk syarikat yang berpangkalan di Jepun seperti Pocketalk Corporation.

Walaupun SoftBank sebelum ini memberikan tumpuan terutamanya kepada pemasaran Kadar Sama Rata IoT 1NCE di Jepun, kini syarikat tersebut mengembangkan jualan ke 19 negara dan rantau APAC bertujuan meningkatkan pelaksanaan global perniagaan IoT syarikat. Dengan memanfaatkan lokasi sedia ada di APAC (terdiri daripada 22 lokasi di 9 negara dan rantau), SoftBank akan meningkatkan tenaga jualan IoT kepada empat kali ganda, melancarkan kedai IoT dalam talian khusus dengan kerjasama 1NCE dan mengukuhkan pengiklanan dan inisiatif pemasaran lain di rantau ini.

Melalui penggunaan platform IoT, SoftBank juga akan mencadangkan penyelesaian berkaitan meter pintar dan berusaha mengembangkan lagi perniagaan IoT global syarikat itu. SoftBank juga akan membina rangka kerja sokongan meluas untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelbagai industri di negara dan rantau masing-masing. Bermula dengan perniagaan IoT global syarikat, SoftBank akan mengambil langkah mengembangkan perniagaan global, terutamanya di rantau APAC dan mempromosikan inisiatif “Melangkaui Jepun”.

Daichi Nozaki, Naib Presiden Kanan yang bertanggungjawab untuk perniagaan global di SoftBank Corp., mengulas, “Kami amat berbesar hati kerana dapat mengembangkan perniagaan IoT kami sepenuhnya di rantau APAC. Memandangkan kami telah menyediakan perkhidmatan IoT terutamanya di Jepun dan menyumbang kepada DX pelbagai industri di sana, pada masa hadapan kami akan bekerjasama dengan rakan kongsi perniagaan yang kukuh seperti 1NCE dan memanfaatkan kepakaran kami yang diperoleh dalam pasaran Jepun demi memantapkan kedudukan kami sepenuhnya di APAC. Dengan melakukan perkara ini, kami akan berusaha menyumbang kepada pendigitalan di seluruh rantau dan menyelesaikan isu sosial.”

Untuk maklumat lanjut mengenai perisian dan perkhidmatan ketersambungan IoT global 1NCE, serta pertanyaan pelanggan, sila kunjungi laman web ini.

Maklumat Tentang SoftBank Corp.

Berpandukan falsafah korporat SoftBank Group, “Revolusi Maklumat – Kebahagiaan untuk semua individu (Information Revolution – Happiness for everyone),” SoftBank Corp. (TOKYO: 9434) mengendalikan perniagaan telekomunikasi dan IT di Jepun dan di seluruh dunia. Dalam tahun fiskal berakhir pada bulan Mac 2023, SoftBank Corp. mencatatkan 5,912.0 bilion yen hasil, 1,060.2 bilion yen pendapatan operasi dan 531.4 bilion yen pendapatan bersih. SoftBank Corp. mempunyai 40 juta pelanggan mudah alih di Jepun dan melalui syarikat kumpulan PayPay Corporation, Yahoo Japan Corporation dan LINE Corporation, masing-masing mempunyai 57 juta pengguna pembayaran telefon pintar, 85 juta pengguna media dalam talian dan 95 juta pengguna aplikasi komunikasi (setakat 10 Mei 2023). Membina asas perniagaan syarikat yang kukuh dan bilangan titik sentuh pelanggan yang menarik, SoftBank Corp. berkembang ke dalam bidang bukan telekom sejajar dengan strategi pertumbuhan “Melangkaui Pembawa Telekomunikasi” sambil mengembangkan lagi perniagaan telekomunikasi syarikat. Selain itu, dengan memanfaatkan kuasa penyelesaian AI, 5G/6G, IoT, Kembar Digital (Digital Twin), Rangkaian Bukan Daratan (NTN), termasuk telekomunikasi stratosfera berasaskan Stesen Platform Altitud Tinggi (HAPS) dan teknologi canggih lain sepenuhnya, SoftBank Corp. Menyasarkan untuk menjadi “syarikat yang menyediakan keperluan infrastruktur sosial generasi akan datang untuk pembangunan masyarakat digital.” Sebagai pengiktirafan untuk inisiatif ESG syarikat, SoftBank Corp. terpilih untuk dimasukkan ke dalam Indeks Dunia Kelestarian Dow Jones 2022 (Dow Jones Sustainability World Index 2022), FTSE4Good, Indeks Peneraju Terpilih ESG Jepun MSCI Konstituen 2023 (2023 Constituent MSCI Japan ESG Select Leaders Index) dan Indeks Memperkasa Wanita (Empowering Women Index) dan indeks pelaburan ESG global terkemuka yang lain. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi https://www.softbank.jp/en/
  • SoftBank, nama dan logo SoftBank ialah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan SoftBank Group Corp. di Jepun dan negara lain.
  • Nama syarikat, produk dan perkhidmatan lain dalam siaran akhbar ini ialah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan syarikat masing-masing.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Individu untuk Dihubungi
SoftBank Corp.
Komunikasi Korporat
Matthew Nicholson
+81-3-6889-2301
sbpr@g.softbank.co.jp
 
Sumber: SoftBank Corp. 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.