Toshiba: TLP3475W, geganti foto dalam bungkusan WSON4 yang kecil dan nipis. (Grafik: Business Wire) - Mengurangkan Kehilangan Sisipan dan Meningkatkan Ciri-ciri Penghantaran Isyarat Berfrekuensi Tinggi -
KAWASAKI, Jepun, 18 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah melancarkan "
TLP3475W," geganti foto dalam bungkusan WSON4 yang kecil dan nipis. Ia mengurangkan kehilangan sisipan dan menahan pelemahan kuasa dalam isyarat yang berfrekuensi tinggi
[1] serta sesuai untuk pin elektronik bagi penguji semikonduktor yang menggunakan jumlah geganti yang banyak dan memerlukan isyarat yang berkelajuan tinggi. Penghantaran pukal bermula hari ini.
Reka bentuk bungkusan Toshiba yang dioptimumkan mengurangkan kapasitans parasit dan kearuhan pada geganti foto yang baharu. Hal ini mengurangkan kehilangan sisipan dan meningkatkan ciri penghantaran isyarat yang berfrekuensi tinggi kepada 20GHz (tipikal) [2], kira-kira 1.5 kali ganda lebih rendah [2] daripada produk semasa Toshiba, TLP3475S.
TLP3475W menggunakan bungkusan WSON4 yang kecil dan nipis dengan ketebalan hanya setebal 0.8mm (tipikal), menjadikan ia sebagai geganti foto [3] terkecil dalam industri untuk merealisasikan ciri penghantaran isyarat berfrekuensi tinggi yang dipertingkatkan. Ketinggian bungkusan ini adalah 40% lebih rendah daripada bungkusan S-VSON4T ultra kecil Toshiba, membolehkan lebih banyak produk dipasang pada papan litar yang sama serta menyumbang kepada kecekapan pengukuran yang lebih baik.
Toshiba akan terus mengembangkan barisan produknya untuk menyokong penguji semikonduktor yang memberikan kelajuan yang lebih tinggi dan fungsi yang lebih baik.
Aplikasi
· Penguji semikonduktor (penguji memori berkelajuan tinggi, penguji logik berkelajuan tinggi, dsb.)
· Kad penguji
· Peralatan mengukur
Ciri-ciri
· Bungkusan WSON4 yang paling kecil dalam industri [3]: 1.45mm×2.0mm (tipikal), t=0.8mm (tipikal)
· Ditambah baik untuk melepasi isyarat yang berfrekuensi tinggi : f=20GHz (tipikal) @Kehilangan sisipan(S21) = -3dB
· Fungsi biasanya terbuka (1-Form-A)
Nota:
[1] Apabila jalur frekuensi berada dalam julat ratusan megahertz hingga puluhan gigahertz.
[2] Jalur frekuensi iaitu nisbah pelemahan kuasa (kehilangan sisipan) apabila isyarat yang melalui output MOSFET ialah -3dB.
[3] Untuk geganti foto. Sehingga Oktober 2023, tinjauan Toshiba.
Spesifikasi Utama
Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk baharu.S
TLP3475WIkuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang geganti foto Toshiba.
Beli Dalam Talian* Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat masing-masing.
* Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan adalah tepat pada tarikh pengumuman tetapi tertakluk pada perubahan tanpa notis awal.
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage CorporationToshiba Electronic Devices & Storage Corporation, sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan penyimpanan termaju, menggunakan lebih dari setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan produk semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD yang terunggul kepada pelanggan dan rakan perniagaan.
Seramai 21,500 orang pekerja syarikat itu di seluruh dunia berkongsi satu keazaman untuk memaksimumkan nilai produk dan menggalakkan kerjasama erat dengan pelanggan dalam penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Dengan jualan tahunan yang menghampiri 800 bilion yen (AS$6.1 bilion), Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation berharap dapat membangun dan menyumbang kepada sebuah masa depan yang lebih baik bagi semua orang di mana sahaja.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Hubungi
Pertanyaan Pelanggan:Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Optoelektronik
Tel: +81-44-548-2218
Hubungi KamiPertanyaan Media:Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
--BERNAMA