ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  NXSAO MENJALANKAN UJIAN PENGANGKUTAN DENGAN MENGGUNAKAN KERETA API KHUSUS DI LANDASAN KERETAPI MALAYSIA

Wednesday 18/10/2023

AsiaNet 100400

TOKYO, 18 Okt., 2023 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

- Matlamat Adalah untuk Mewujudkan Perkhidmatan Pengangkutan Kargo Rel Rentas Sempadan yang Menghubungkan Titik-titik di dalam Wilayah ASEAN -

Nippon Express (Asia Selatan & Oceania) Pte. Ltd. (kemudian daripada ini "NXSAO"), sebuah syarikat kumpulan milik NIPPON EXPRESS HOLDINGS, INC., telah menjalankan ujian pengangkutan barangan rel di antara Kuala Lumpur dan Padang Besar di Malaysia dengan menggunakan kereta api khusus yang beroperasi di landasan kereta api Malaysia dari Rabu, 20 September, sehingga Jumaat, 22 September, dengan matlamat utama adalah untuk mewujudkan perkhidmatan pengangkutan kargo rel rentas sempadan yang menghubungkan titik-titik di dalam rantau ASEAN.

Logo: https://kyodonewsprwire.jp/img/202310060727-O1-CxKy0v2z

Peta bagi ujian laluan pengangkutan:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M103866/202310060727/_prw_PI2fl_L1qfHcYi.jpg


Ujian pengangkutan sedang dijalankan:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M103866/202310060727/_prw_PI3fl_64Sxcn3H.jpg


Latar belakang kepada pembangunan perkhidmatan
Permintaan yang semakin meningkat untuk logistik antarabangsa hasil daripada kerjasama ekonomi di kalangan negara di rantau ASEAN dan peningkatan permintaan untuk barangan pengguna yang disebabkan oleh kuasa membeli yang lebih baik telah mendorong syarikat-syarikat untuk mempertimbangkan bagi menstruktur semula rantaian bekalan mereka. Pada masa yang sama, isu sosial seperti perubahan iklim, kekurangan pemandu trak, dan kos bahan api yang melambung tinggi telah muncul, dan rantau ASEAN juga menghadapi cabaran besar ketika ia menjalankan inisiatif khusus untuk mencapai masyarakat neutral karbon dan bagi mengukuhkan kapasiti pengangkutan mereka.
 
Kumpulan NX telah membangunkan sebuah perkhidmatan pengangkutan darat "SS7000" yang menghubungkan Shanghai ke Singapura dalam jarak kira-kira 7,000 km, dengan menawarkan perkhidmatan trak yang disatukan secara tetap. Dengan langkah ke arah masyarakat neutral karbon yang mendapat momentum di seluruh dunia, Kumpulan itu telah melancarkan sebuah perkhidmatan pengangkutan antara mod baharu pada April 2022 yang menghubungkan ASEAN dan negara-negara jiran melalui landasan kereta api antarabangsa di antara China dan Laos.

Untuk membangunkan perkhidmatan logistik yang membantu mengurangkan lagi pelepasan CO2, Kumpulan itu telah menjalankan ujian pengangkutan dengan menggunakan kereta api khusus di antara Kuala Lumpur dan Padang Besar di Malaysia.

Butiran mengenai ujian pengangkutan di Malaysia:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202310060727-O1-18vdi7j0.pdf

Rancangan masa hadapan
Melangkah ke hadapan, Kumpulan NX menyasarkan untuk mewujudkan sebuah rangkaian pengangkutan rel antarabangsa di rantau ASEAN, dengan menggunakan landasan kereta api di Malaysia, Thailand, Laos, Kemboja, dll.
 
Kumpulan itu juga akan terus menyokong pengurusan kelestarian pelanggan mereka dengan membangun dan menyediakan perkhidmatan logistik yang menggabungkan kesemua mod pengangkutan serta membantu mengurangkan pelepasan CO2 demi mewujudkan keneutralan karbon dan masyarakat nyahkarbon.

Laman web Nippon Express: https://www.nipponexpress.com/

Akaun LinkedIn rasmi Kumpulan Nippon Express:
https://www.linkedin.com/company/nippon-express-group/

Sumber: NIPPON EXPRESS HOLDINGS, INC.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.