|
|
Disember 17, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
JOOR MEMUNGUT $25M UNTUK MEMESATKAN PERTUMBUHAN DAN INOVASI, BERKEMBANG DALAM BAYARAN DAN KATEGORI BAHARU
Wednesday 18/10/2023
NEW YORK, 18 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- JOOR, ekosistem pemborongan digital terkemuka dunia, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memungut $25M dalam pendanaan baharu diterajui oleh Brightwood Capital dan Tamarix Capital Partners. Pelabur sedia ada Macquarie Capital, Battery Ventures, dan Canaan Partners juga mengambil bahagian. Pungutan tambahan ini akan membenarkan JOOR untuk menyediakan peningkatan pengalaman platform yang diperkayakan dalam perkhidmatan rangkaian global jenama dan peruncit fesyen yang meluas. Di samping inisiatif berasaskan data baharu, syarikat tersebut juga merancang untuk memperhebat penyelesaian JOOR Pay, selain meluaskan jejaknya dalam kategori seperti pakaian kasut, sukan dan sukan luar.
“JOOR mempunyai trek rekod terbukti membawa pertumbuhan kepada jenama dan peruncit kelas dunia,” terang Kristin Savilia, CEO JOOR. “Dalam persekitaran makroekonomi yang sukar, kami teruja bahawa pelabur kami mengiktiraf nilai yang diberi oleh penyelesaian JOOR dan berkongsi visi kami dalam memesatkan pertumbuhan platform melalui inovasi tambahan dan pendayaan platform yang diperhebat.”
Lebih sedekad yang lalu, platform JOOR telah berkembang menjadi penyelesaian pengurusan pemborongan menyeluruh industri fesyen—membolehkan jenama dan pembeli berhubung, membentangkan koleksi, membina kepelbagaian, membuat dan mengurus tempahan, dan memproses bayaran. Dengan mendigitalkan keseluruhan proses penjualan dan pembelian borong, JOOR membenarkan jenama dan peruncit untuk beroperasi dengan lebih cekap dan mengumpil data untuk mengoptimumkan perniagaan mereka dan membuat keputusan berdasarkan fakta.
Dengan lebih daripada 14,000 jenama dan 600,000 pembeli fesyen dikurator merentas 150 negara, platform JOOR menjadi tuan rumah kepada pusat pasaran borong terkemuka dunia dalam Fesyen Mewah, Kontemporari, Aksesori, Kasut dan Gaya Hidup tertumpu, memproseskan hampir $20 bilion dalam transaksi pemborongan secara tahunan. Rakan kongsi eksklusif JOOR terdiri daripada institusi fesyen mewah yang mapan seperti LVMH, Richemont dan Tapestry, kepada Stella McCartney, Valentino, Kate Spade dan Dr. Martens. Gedung premier dan peruncit digital global termasuk Neiman Marcus, Shopbop, Printemps dan Harrods menjalankan pembelian mereka melalui JOOR secara eksklusif.
“Kami berterusan merasa kagum dengan skala perniagaan yang menjalankan transaksi pada JOOR, digabungkan dengan jejak global mereka dalam kalangan jenama dan peruncit terpengaruh dunia,” kata Michael Novoseller, Rakan Kongsi Strategik di Brightwood Capital. “JOOR betul-betul mengubah ekosistem pemborongan dan bersedia untuk pertumbuhan berterusan memandangkan mereka memodenkan setiap elemen proses pemborongan tersebut. Kami gembira untuk menjadi rakan kongsi mereka dalam perjalanan ini.”
“Pasukan kelas dunia di JOOR mencetuskan minat kami,” kata Mark Hauser, Rakan Pengurus di Tamarix Capital Partners. “Mereka menyatukan campuran unik pengetahuan industri dan keupayaan teknologi hebat dan, walaupun orang lain dalam industri ini mengundur diri, mereka telah melabur secara strategik dalam membangunkan penyelesaian meneraju industri yang memperkukuh kedudukan syarikat untuk kejayaan.”
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang JOOR, lawati joor.com. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Tamarix Capital Partners, lawati tamarixcapital.com/credit. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Brightwood Capital, lawati brightwoodlp.com.
Perihal JOOR JOOR ialah ekosistem pengurusan pemborongan terkemuka di dunia, dengan hampir $20 bilion dalam transaksi pemborongan diproses secara tahunan. Lebih daripada 14,000 jenama dan 600,000 pembeli fesyen dikurator merentas 150 negara berhubung di platform tersebut. Teknologi maju JOOR menyediakan penyelesaian pemborongan hujung ke hujung untuk membentangkan koleksi, membina kepelbagaian, membuat dan mengurus tempahan, dan mengendali pengebilan kompleks dan bayaran melalui JOOR Pay, semak keluar terbenam unggul yang meringkaskan dan mempercepat proses bayaran koleksi. Dengan komitmen untuk menggalakkan kemajuan kedua-dua jenama dan peruncit, JOOR membolehkan klien untuk menemui rakan kongsi perniagaan baharu dan mendorong pertumbuhan dengan menyokong kedua-duanya secara jualan bersemuka dan maya melalui suite alat dinamik serta perkhidmatan pelanggan yang hebat. JOOR ialah platform eksklusif untuk konglomerat mewah terkemuka termasuk LVMH, Richemont, dan Tapestry, serta jenama seperti Valentino, Loewe, and Stella McCartney. JOOR mempunyai perkongsian eksklusif dengan 30+ peruncit global terkemuka yang menggunakan platform JOOR Retail Partner termasuk: Harrods, Neiman Marcus, Harvey Nichols, Printemps, Bergdorf Goodman, Shopbop, dan Dover Street Market. Ibu pejabat JOOR berada di Bandar New York dan pejabat-pejabat lainnya di Los Angeles, Philadelphia, Paris, London, Milan, Madrid, Berlin, Melbourne, Tokyo dan Shanghai. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati. JOOR.com.
Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/05c78eae-a5ad-4b3e-849d-14e8fae11016
Maklumat Hubungan JOOR: Lindsey Huttrer, Joor@nectarpr.com
SUMBER: Joor
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|