ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  "PAMERAN THEO JANSEN" AKAN DIADAKAN DI MUZIUM SENI WILAYAH CHIBA

Wednesday 25/10/2023

AsiaNet 100419

CHIBA, Jepun, 25 Okt., 2023 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

- Acara Pertama di Jepun untuk Berjalan bersama dengan Seni Raksasa di Pantai –

Memandangkan tahun ini menandakan ulang tahun ke-150 bagi penubuhan Wilayah Chiba, Muzium Seni Wilayah Chiba akan mengadakan satu pameran Theo Jansen, seorang artis Belanda yang terkenal di dunia, dari 27 Oktober, 2023, hingga 21 Januari, 2024, sebagai sebuah projek pertukaran kebudayaan dengan Belanda. Wilayah Chiba mempunyai satu sejarah yang panjang berhubung pertukaran dengan Belanda memandangkan pengajian Belanda dahulu pernah digalakkan di sebuah kawasan di dalam wilayah itu.
 
Imej 1: Animaris Plaudens Vela 2013 (C)Theo Jansen

Imej 2: Animaris Ordis 2006 (C)Theo Jansen
 
Theo Jansen (yang lahir pada tahun 1948) telah digelar sebagai "Leonardo da Vinci bagi zaman moden" sebagai seorang artis, pencipta, dan ahli sains. Usaha utama beliau adalah apa yang dipanggil sebagai "strandbeest" (perkataan Belanda untuk 'bentuk kehidupan di pantai’), yang dihasilkan dengan mencantumkan bersama bahan-bahan tersedia seperti tiub plastik dan pita pelekat yang didasarkan kepada pengiraan fizik. Strandbeest menggunakan angin untuk kelihatan ‘hidup’ dan berjalan di pantai-pantai berpasir.

Pameran ini akan mempamerkan lebih daripada 10 hasil karya, termasuk sebuah strandbeest yang sangat besar yang berukuran lebih 10 meter panjang, bersama-sama dengan lakaran lukisan tangan oleh Jansen, dan peralatan yang digunakan di dalam penghasilan mereka, antara barang-barang lain. Satu acara harian akan diadakan di mana sebuah strandbeest berjalan di dalam muzium itu.

Dan tambahan pula, pada 3 Disember (Ahad), 2023, akan diadakan satu acara di mana sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian di dalam menggerakkan strandbeest untuk berjalan di pantai -- program sedemikian yang pertama kali diadakan di Jepun. Pengunjung akan berpeluang untuk melihat dengan mata mereka sendiri hasil seni gergasi itu bergerak seolah-olah ia adalah sebuah makhluk hidup dengan berlatar-belakangkan lautan.

Gambaran keseluruhan

- Tempat: Muzium Seni Wilayah Chiba

- Alamat: 1-10-1 Chuoko, Chuo-ku, Bandar raya Chiba

- Tempoh pameran: 27 Oktober (Jumaat), 2023 - 21 Januari (Ahad), 2024

- Ditutup: Setiap hari Isnin, cuti akhir tahun/Tahun Baharu (28 Disember, 2023 – 4 Januari, 2024), dan 9 Januari (Selasa), 2024

- Waktu dibuka: 9:00-16:30 (kemasukan terakhir pada 16:00)

- Yuran kemasukan: Dewasa 1,000 yen, pelajar sekolah menengah & universiti 500 yen
(percuma untuk warga emas yang berumur lebih 65 tahun dan pelajar sekolah menengah rendah atau yang lebih muda)

- laman web:
 
Sumber: Kerajaan Wilayah Chiba

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.