ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 10, 2024 -Jumaat

 
  KERJASAMA CGC, SUNWAY UNIVERSITY PEMANGKIN KAPASITI PMKS

Friday 27/10/2023



Table
Dari kiri ke kanan: Profesor Mahendhiran Sanggaran, Pro-Naib Canselor, Penglibatan Penyelidikan dan Impak, Sunway University, Profesor Dato' Dr Elizabeth Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Pendidikan Sunway, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak dan Ketua Pegawai Perniagaan CGC, Sean Tan pada Majlis Menandatangani MoU CGC – Sunway University. 
 
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dan Sunway University telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kolaboratif untuk menyediakan peningkatan kapasiti bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Kerjasama ini menepati keperluan masa kini kerana PMKS adalah tulang belakang ekonomi dan memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan ekonomi negara. Lebih daripada 97% perniagaan adalah PMKS, menyumbang lebih daripada 38% kepada KDNK dan 48.2% daripada tenaga kerja Malaysia. Statistik ini mengukuhkan fakta bahawa PMKS adalah pemegang saham utama dalam agenda kelestarian Malaysia.

Melalui kerjasama ini, CGC dan Sunway University akan menyediakan Bengkel Nasihat (Modul Pertengahan) dengan modul pembelajaran aras tinggi untuk PMKS. Ini akan melengkapkan perjalanan pembelajaran PMKS setelah menghadiri Bengkel Nasihat (Modul Asas) dengan CGC Developmental Programme®. Program ini bertujuan untuk mencipta kesan positif dalam ekosistem PMKS dengan meningkatkan pembelajaran melalui teori perniagaan dan aplikasi pengetahuan dalam dunia perniagaan.

Modul pembelajaran yang diketengahkan oleh Sunway University Business School akan disampaikan kepada PMKS melalui bengkel fizikal yang dianjurkan melalui CGC Developmental Programme®. Pensyarah daripada Sunway University Business School akan turut serta sewaktu sesi perkongsian ilmu dengan PMKS. Program untuk PMKS ini akan berfungsi sebagai transformasi pendidikan buat mereka kerana program ini akan menyediakan pelbagai jenis pembelajaran yang akan mendorong perniagaan PMKS dalam pelbagai industri. PMKS dikehendaki untuk menghadiri sekurang-kurangnya satu Bengkel Nasihat (Modul Asas) bersama CGC Developmental Programme® bagi melayakkan untuk menerima Bengkel Nasihat (Modul Pertengahan) oleh Sunway University.

Perkongsian antara CGC dan Sunway University adalah sambungan kepada Networking Session yang dicetuskan oleh CGC dan diperkukuhkan oleh Sunway University, Ianya yang telah dianjurkan sejak awal tahun ini. Program CGC- Sunway University yang telah direka khas untuk memperkukuhkan ekosistem PMKS, menggalakkan hubungan dengan tokohtokoh industri, yang akan memperkuatkan jejak rangkaian PMKS.  

Dalam ucapannya, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC menyampaikan petikan daripada Saidina Abu Bakr RA, “Beramal tanpa berilmu adalah tidak berguna dan berilmu tanpa beramal adalah sia-sia." Kerjasama antara CGC dan Sunway University menekankan pengajaran ini. Ianya bertujuan untuk melaksanakan tindakan dalam perniagaan dengan memanfaatkan pengetahuan yang telah dipelajari di dalam bilik darjah.

Prof. Sibrandes Poppema, Presiden Sunway University, menyatakan, "Kolaborasi kami dengan CGC adalah bukti komitmen Universiti Sunway untuk menyatukan kecermelangan akademik dengan cabaran keusahawanan dunia sebenar. Bersama-sama, kami membayangkan sebuah sektor PMKS yang bertenaga dan mampu mendorong pertumbuhan ekonomi Malaysia."

CGC diberi mandat untuk menjamin pembiayaan PMKS apabila ia ditubuhkan pada 5 Julai 1972. Selama 50 tahun yang lepas, CGC telah berterusan berkembang untuk memenuhi keperluan pembiayaan PMKS. Ia telah mencapai kemajuan dan menjadi daripada penyedia jaminan konvensional kepada sebuah institusi yang mampan dari segi kewangan, menyediakan produk dan perkhidmatan jaminan serta pembiayaan kepada PMKS.

Berpegang teguh pada mandatnya untuk berkhidmat kepada PMKS, CGC menguruskan bantuan kewangan kepada PMKS dengan menyediakan jaminan melalui rakan kongsi Insititusi Kewangan serta akses kepada pembiayaan secara langsung. Sehingga September 2023, CGC telah menyediakan lebih 529,000 jaminan dan pembiayaan kepada PMKS bernilai RM94.6 bilion sejak penubuhannya.

CGC Developmental Programme® yang ditubuhkan pada tahun 2016, menyediakan inisiatif Beyond Guarantee yang merangkumi Nasihat Kewangan dan Nasihat Bukan Kewangan, melengkapkan usaha CGC untuk merangsang pertumbuhan PMKS. Bekerjasama dengan PMKS sepanjang fasa kehidupan mereka, CGC Developmental Programme® telah membantu lebih daripada 77,000 PMKS sejak penubuhannya.

Universiti Sunway, salah satu universiti swasta terkemuka di Malaysia, merupakan sebuah institusi yang berdedikasi kepada pendidikan berkualiti, menyokong perniagaan, dan menjalankan penyelidikan yang tertumpu kepada isu global utama. Universiti ini menawarkan pelbagai program perniagaan, sains, dan teknologi yang berkaitan dengan industri untuk peringkat ijazah sarjana muda dan pasca-sarjana. Sunway University bertujuan untuk menjadi Sekolah Perniagaan terbaik di Malaysia dan di rantau ASEAN. Ia mempunyai pensyarah yang berkelayakan dan terbaik dalam bidang akademik untuk menyampaikan pendidikan elit yang akan meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Mengenai CGC
Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah ditubuhkan pada 5 Julai 1972. Ianya 78.65% dimiliki oleh Bank Negara Malaysia dan 21.35% oleh bank-bank komersial di Malaysia. CGC ditubuhkan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Serderhana (PKS) yang tidak mempunyai cagaran atau rekod yang tidak mencukupi untuk mendapatkan kemudahan kredit dari institusi kewangan dengan menyediakan perlindungan jaminan ke atas kemudahan tersebut. CGC telah memanfaatkan lebih daripada 529,500 jaminan dan pembiayaan kepada PKS bernilai lebih dari RM94.6 bilion sejak penubuhannya.

Pada Februari 2018, CGC memperkenalkan imSME, sebuah platfom rujukan pembiayaan/pinjaman PKS atas talian yang pertama di Malaysia. imSME berfungsi sebagai saluran alternatif bagi PKS untuk mendapatkan produk pembiayaan, menjimatkan masa dan kerumitan melalui proses yang memakan masa. Sejak penubuhannya hingga September 2023, portal imSME telah menerima lebih 2.51 juta kunjungan dengan lebih 75,449 PKS berdaftar.  
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cgc.com.my dan www.imsme.com.my

SUMBER: Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Mohana Arumugam
Head, Corporate Communications &
Stakeholder Relations 
Emel: mohana.arumugam@cgc.com.my

Nama: Mohamad Danial Hisyam
Senior Executive, Corporate Communications &
Stakeholder Relations
Emel: mdanialhisyam.mpoad@cgc.com.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.