ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  YULIN: "RASA DAN AROMA" MERANGSANGKAN PUSAT PERDAGANGAN DAN PENGEDARAN REMPAH RATUS BERTARAF DUNIA

Monday 30/10/2023

AsiaNet 100446

Table

Majlis Pelancaran Indeks Harga Rempah Ratus Xinhua-Yulin pada 19 September


YULIN, China, 30 Okt /Xinhua-AsiaNet/ -- Baru-baru ini, kira-kira satu ribu orang tetamu dan saudagar dari industri rempah ratus dan perencah di sekitar China telah berhimpun di bandar raya Yulin, Guangxi untuk Pameran Ekspo Rempah Ratus China-ASEAN 2023, di mana mereka disertai oleh lebih daripada 200 orang pelabur dan pembeli dari negara-negara seperti Indonesia, Vietnam dan India.

Dengan mengguna pakai satu kaedah pendigitalan untuk mewujudkan satu "arah aliran" dan "barometer" bagi pembangunan berkualiti tinggi untuk industri rempah ratus China telah muncul sebagai satu laluan yang berinovatif di dalam usaha Yulin untuk "pengoptimuman dan kecemerlangan", demikian menurut Jabatan Publisiti bagi Kerajaan Perbandaran Yulin. Laporan Operasi Indeks Harga Rempah Ratus Xinhua-Yulin, yang diatur bersama oleh Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China Xinhua dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Yulin, telah dilancarkan secara rasmi semasa Pameran Rempah Ratus tahun ini.

Wilayah Guangxi ialah satu daripada pengeluar rempah ratus utama China, manakala bandar raya Yulin itu sendiri telah digelar sebagai "Ibukota bagi Ubat-ubatan di Selatan" dan "Ibukota bagi Rempah Ratus di Selatan", dengan memberi perkhidmatan sebagai satu daripada penanam dan pengedar utama rempah ratus di Asia Tenggara. Terdapat lebih daripada 200 jenis rempah ratus yang biasa ditemui di dunia, dengan lebih 160 daripadanya didagangkan di Yulin. Statistik menunjukkan bahawa terdapat kira-kira 800 perniagaan yang terlibat di dalam pengeluaran dan penjualan rempah ratus di bandar raya Yulin, lebih daripada 100,000 orang bekerja di dalam rantaian perindustrian itu, dan 80% daripada rempah ratus negara itu didagangkan di sini dan diedarkan dari sini.

Di pertukaran rempah ratus peringkat satu yang terbesar di China, Pertukaran Rempah Ratus Antarabangsa Yulin, pelbagai jenis produk rempah ratus itu adalah sungguh menakjubkan. Pada tahun 2022, urus niaga di Pertukaran itu berjumlah 26 bilion yuan, dan angka pada tahun ini diunjurkan mencecah 40 bilion yuan. Setiap hari, rempah ratus dari seluruh dunia dikumpulkan di sini, kemudian diangkut melalui logistik ke pelbagai wilayah, rantau dan majlis perbandaran di seluruh China, dan pelbagai pasaran di seluruh Asia Tenggara dan Afrika. Li Hai, Pengurus Besar bagi Yulin Fuda Spice Exchange Digital Science and Technology Co., Ltd., berkata: "Kira-kira lebih daripada 50% rempah ratus yang terdapat di Yulin diimport dari Asia Tenggara, kemudian diedarkan ke pasaran sekunder di seluruh negara itu melalui Pertukaran Yulin."

Dengan berkuatkuasanya RCEP telah memudahkan bagi produk makanan daripada sumber yang sama untuk melepasi kastam, manakala cukai ke atas pelbagai produk rempah ratus telah diturunkan, sekali gus menggalakkan lagi pengimportan dan pengeksportan rempah ratus.

Berikutan permulaan Fasa I dan Fasa III bagi projek itu, Pertukaran Rempah Ratus Antarabangsa Yulin bakal dinamakan semula sebagai "Pelabuhan Logistik Rempah Ratus Antarabangsa Yulin", dan bandar raya Yulin akan mempercepatkan langkah mereka di dalam mewujudkan satu perdagangan rempah ratus dan sebuah pusat pengedaran yang bertaraf dunia.

Sumber: Jabatan Publisiti bagi Kerajaan Perbandaran Yulin

Pautan Lampiran Imej:

   Pautan: https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=442912

   Kapsyen: Majlis Pelancaran Indeks Harga Rempah Ratus Xinhua-Yulin pada 19 September

-- BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.