ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PHC CORPORATION MENGUMUMKAN BAHAWA ANAK SYARIKAT KELENGKAPAN SAINS HAYAT BERPANGKALAN DI INDONESIA YANG DITUBUHKAN PADA BULAN MAC OLEH PHC GROUP AKAN MEMULAKAN OPERASI BERSKALA PENUH

Tuesday 14/11/2023



- PT PHC Sales Indonesia akan menyokong pengembangan perniagaan kelengkapan sains hayat PHCbi di Asia Tenggara -

TOKYO, 14 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bahagian Bioperubatan PHC Corporation (ibu pejabat: Minato-ku, Tokyo, Presiden: Nobuaki Nakamura, selepas ini dikenali sebagai Bahagian Bioperubatan), pembekal produk berjenama PHCbi termasuk penyejuk beku bersuhu ultra-rendah dan inkubator CO2, pada hari ini mengumumkan bahawa anak syarikat baharu di Indonesia ditubuhkan pada bulan Mac untuk jualan dan khidmat penyelenggaraan kelengkapan termasuk bidang sains hayat telah mula menjalankan aktiviti perniagaan hari ini, selepas menyempurnakan keperluan berkaitan seperti mendapatkan lesen pengedaran bagi peranti perubatan. Syarikat tersebut, iaitu PT PHC Sales Indonesia (selepas ini dikenali sebagai PHCSI), anak syarikat SciMed (Asia) Pte Ltd (ibu pejabat: Singapura, selepas ini dikenali sebagai SciMed) yang seterusnya dimiliki sepenuhnya oleh PHC Holdings Corporation (selepas ini dikenali sebagai PHCHD), akan memperkukuh asas dan memudahkan pertumbuhan perniagaan sains hayat Bahagian Bioperubatan di Indonesia.

Pasaran kelengkapan sains hayat untuk rantau Asia Pasifik bersedia untuk pertumbuhan yang kukuh, mencerminkan peningkatan dalam pelaburan R&D bagi biofarmaseutikal dan pertumbuhan dalam institusi perubatan baharu. Terutamanya di Indonesia, apabila sistem insurans kesihatan negara menyokong bilangan penduduk keempat terbesar di dunia iaitu kira-kira 279 Juta, pertumbuhan pasaran yang tinggi diramalkan untuk masa akan datang berikutan peningkatan penyakit berkaitan gaya hidup seperti diabetes dan kanser, serta permintaan pengguna untuk perkhidmatan perubatan yang lebih baik.

Bahagian Bioperubatan, melalui rakan anak syarikat PHCHD iaitu SciMed di Singapura, sudah mula menjalankan jualan dan perkhidmatan untuk kelengkapan sains hayat di Asia Tenggara, India dan Oseania. PT PHC Indonesia (selepas ini dikenali sebagai PHCI), anak syarikat pembuatan PHHCD, juga beroperasi di rantau ini sebagai pangkalan pembuatan sekunder selepas Jepun memberikan respons kepada permintaan global untuk produk berkualiti tinggi seperti penyejuk beku bioperubatan, peti sejuk farmaseutikal dan inkubator CO2.

Kini, penubuhan PHCSI akan membolehkan Bahagian Bioperubatan mewujudkan platform jualan dan perkhidmatan di Indonesia, menjangkau pelanggan baharu yang berpotensi dan mengembangkan rangkaian pengedar syarikat sambil mengukuhkan perkhidmatan pelanggan. Melalui pemantauan rapat ke atas pasaran ini, Bahagian Bioperubatan akan berada pada kedudukan yang lebih baik bagi memenuhi keperluan pelanggan, membangunkan peluang perniagaan baharu di Indonesia dan mempercepat pertumbuhan perniagaan dengan menggunakan keupayaan pembuatan yang tinggi untuk memberikan produk berkualiti tinggi.

Nobuaki Nakamura, Presiden, Wakil Pengarah PHC Corporation dan Pengarah Bahagian Bioperubatan berkata, “Saya berasa gembira kerana syarikat baharu kami di Indonesia telah memulakan operasi berskala penuh hari ini. Bagi memperkukuh asas perniagaan sains hayat Bahagian Bioperubatan di Asia Tenggara dengan potensi pertumbuhan pasaran yang tinggi, kami telah berusaha sebaik mungkin untuk menubuhkan syarikat jualan baharu yang bersedia untuk pelancaran perniagaan sepenuhnya di Indonesia, berikutan pengambilalihan 100% pemilikan SciMed oleh kami pada bulan Jun yang lalu. Dalam beberapa tahun yang akan datang, PHCSI bersama dengan SciMed akan berada pada kedudukan yang baik untuk berfungsi sebagai lokasi operasi penting di Asia bagi PHC Group dan mengembangkan lagi perniagaan sedia ada di Indonesia dan menggalakkan kemasukan berskala penuh ke dalam rawatan perubatan lanjutan seperti terapi sel dan gen. Dan bersama sinergi bersilang perniagaan PHC Group, kami akan menyumbangkan lagi kepada pertumbuhan perniagaan dan memperkasa penyelidik untuk membangunkan terapi lanjutan bagi membantu membina masa depan penjagaan kesihatan yang lebih baik.”

Gambaran Keseluruhan PT PHC Sales Indonesia
Nama Syarikat: PT PHC Sales Indonesia
Perniagaan: Sokongan jualan dan khidmat penyelenggaraan kelengkapan termasuk bidang dalam sains hayat
Ditubuhkan: 3 Mac 2023
Alamat: Jakarta, Indonesia
Wakil: Sachihiko Kataoka
Modal: 10 Bilion Rupiah Indonesia (Kira-kira 95 juta Yen) 
 
(*1) Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun www.jetro.go.jp/world/asia/idn/
(*3) Dikira dengan 1 Rupiah Indonesia = 0.0095 Yen
 

Maklumat Tentang Bahagian Bioperubatan PHC Corporation

Ditubuhkan pada tahun 1969, PHC Corporation ialah anak syarikat Jepun bagi PHC Holdings Corporation (TOKYO: 6523), syarikat penjagaan kesihatan global yang membangunkan, menghasilkan, menjual dan menyediakan penyelesaian di seluruh pengurusan berkaitan penyakit diabetes, penyelesaian penjagaan kesihatan, sains hayat dan diagnostik. Bahagian Bioperubatan menyokong industri sains hayat dengan membantu saintis dan penyelidik di kira-kira 110 negara dan rantau melalui kelengkapan dan perkhidmatan makmal syarikat termasuk inkubator CO2 berjenama PHCbi dan penyejuk beku bersuhu ultra-rendah.
www.phchd.com/apac/biomedical

Maklumat Tentang PHC Holdings Corporation

PHC Holdings Corporation (TOKYO: 6523) ialah syarikat penjagaan kesihatan global dengan misi menyumbang kepada kesihatan masyarakat melalui penyelesaian penjagaan kesihatan yang memberikan impak positif dan menambah baik kehidupan orang ramai. Anak syarikat kumpulan itu termasuk PHC Corporation, Ascensia Diabetes Care Holdings AG, Epredia Holdings Ltd., LSI Medience Corporation, Wemex Corporation dan Mediford Corporation. Bersama-sama, syarikat ini membangunkan, menghasilkan, menjual dan menyediakan penyelesaian di seluruh pengurusan berkaitan penyakit diabetes, penyelesaian penjagaan kesihatan, diagnostik dan sains hayat. Gabungan jualan bersih pada Tahun Kewangan (TK) 2022 ialah JPY 356.4 bilion dengan pengedaran produk dan perkhidmatan global di lebih daripada 125 negara dan rantau. PHC Group ialah istilah kolektif yang merujuk kepada PHC Holdings Corporation dan anak syarikat kumpulan itu.
www.phchd.com

Maklumat Tentang SciMed (Asia) Pte Ltd

SciMed (Asia) Pte Ltd, yang beribu pejabat di Singapura, ialah pembekal produk dan penyedia perkhidmatan yang telah bertapak dan terkemuka dalam bidang bioperubatan, sains hayat, penjagaan kesihatan, penemuan ubat, farmaseutikal, makmal, ujian industri dan pasaran pertanian. SciMed telah menjadi anak syarikat milik penuh PHC Holdings Corporation pada tahun 2023, memajukan jualan dan pemasaran dalam perniagaan sains hayat di seluruh Asia Tenggara, India dan Oseania.
https://scimed.com.sg/about-scimed/

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Bahagian untuk Dihubungi
Hubungan Media:
Hiroko Arai
Jabatan Perhubungan Pelabur & Komunikasi Korporat
PHC Holdings Corporation
+81-3-6778-5311
E-mel: 
phc-pr@gg.phchd.com
Masayo Okada
Jabatan Pemasaran, Bahagian Bioperubatan
PHC Corporation
+81-80-4816-3259

E-mel: masayo.okada@phchd.com
 
Sumber: PHC Corporation

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.