ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PEGUAM DARI NIGERIA, ZANNAH BUKAR MUSTAPHA MENERIMA ANUGERAH WARGA GLOBAL BERPRESTIJ

Tuesday 14/11/2023



LONDON, 14 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Humanis diiktiraf antarabangsa, dermawan dan Pengasas Sekolah Yayasan Future Prowess untuk anak-anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik, Zannah Bukar Mustapha, telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Warga Global bagi tahun 2023, sebuah penghormatan tahunan yang diberikan oleh firma penasihat kemastautinan dan kewarganegaraan antarabangsa terkemuka Henley & Partners, dengan kerjasama organisasi kemanusiaan bukan untung Switzerland, Yayasan Andan.

Anugerah berprestij tersebut, yang memberi penghormatan kepada seorang individu yang menunjukkan keberanian dan komitmen yang luar biasa dalam memperbaiki dan menyokong komuniti global, telah disampaikan pada sambutan gala sewaktu Persidangan Warganegara Globaltahunan yang ke-17 di Hotel Shangri-La DIFC di Dubai, UAE, yang dihadiri oleh ketua-ketua kerajaan, pembuat dasar, ahli akedemik terkemuka, penasihat klien persendirian, penasihat pengurusan kewangan persendirian, dan juga ramai lagi usahawan dan pelabur kaya. 

Encik Mustapha telah memainkan peranan penting dalam pengantaraan pembebasan lebih daripada 100 pelajar perempuan di Chibok di sebuah kawasan terpencil Nigeria pada bulan April 2014, hingga mencetuskan kempen antarabangsa #BringBackOurGirls. Sekolah yang beliau asaskan pada tahun 2007 di Maiduguri - ibu negeri Borno State - menyediakan pendidikan, makanan, uniform dan penjagaan kesihatan percuma kepada kanak-kanak daripada kedua-dua pihak yang bersengketa sebagai tanda pendamaian yang beliau harap dapat dicapai di wilayah tersebut.

Pengerusi Henley & Partners dan Pengasas Andan Dr. Christian H. Kaelin menyatakan bahawa Encik Mustapha ialah penerima anugerah yang paling layak dan mengagumkan. "Sebagai pejuang hak keselamatan dan pendidikan untuk semua kanak-kanak tersisih dan kehilangan ibu bapa yang terjejas oleh keganasan kejam yang berlaku di Utara Nigeria, Encik Mustapha telah memaparkan wawasan, keberanian luar biasa dan pembaharuan dalam mendorong perubahan. Tindakan dan pandangan beliau adalah sumbangan berharga ke arah dunia yang lebih adil, damai dan bertoleransi. Beliau ialah pembawa perubahan, perantara yang menghubungkan perbezaan jantina, politik dan agama dengan membantu kanak-kanak dari kedua-dua belah pihak bersengketa untuk bersama-sama belajar, di bawah bumbung yang sama. Kita perlukan lebih ramai lagi Zannah Mustapha di dunia ini."

Proses pemilihan Anugerah Warga Global tersebut adalah berdasarkan keputusan majoriti Jawatankuasa Anugerah Warga Global. Anugerah tersebut terdiri daripada pingat berpahat yang direka bentuk oleh artis terkemuka Itali, Antonio Nocera, sekeping sijil anugerah yang ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Anugerah Warga Global dan hadiah wang sebanyak ASD25,000, yang disumbangkan untuk menyokong usaha kemanusiaan penerima anugerah. Di samping itu, Henley & Partners komited untuk bekerjasama erat dengan penerima anugerah untuk tempoh satu tahun, meningkatkan kesedaran tentang usaha mereka dan menyokong projek yang dipilih melalui rangkaian firma itu yang merangkumi lebih daripada 40 pejabat di seluruh dunia.

Sejak penubuhannya, Anugerah Warga Global telah memberikan penghormatan kepada ramai individu luar biasa. Penerima penghormatan pertama anugerah ialah usahawan Jerman, Harald Höppner, yang telah menubuhkan projek bantuan kemanusian pelarian Sea-Watch. Penerima-penerima lain termasuklah Dr. Imtiaz Sooliman, Pengasas kepada Yayasan Gift of the Givers, organisasi bantuan bencana terbesar Africa dan Monique Morrow, Pengasas Bersama The Humanized Internet, sebuah projek identiti digital yang menyasarkan untuk membawakan harapan kepada lebih kurang 1.1 bilion individu di dunia yang tidak dapat mengesahkan identiti mereka dari segi undang-undang. Diep Vuong, Pengasas Bersama dan Presiden Yayasan Pacific Links, telah menerima anugerah tersebut atas usaha beliau di Asia Tenggara, memperjuangkan hak asasi bagi mereka yang menjadi hamba akibat perdagangan manusia dan Prof. Dr. Padraig O’Malley menerima Anugerah Warga Global sebagai pengiktirafan atas usaha beliau dalam penyelesaian persengketaan dan pendamaian di Iraq, Ireland Utara dan Afrika Selatan.

Dalam ucapan terima kasih kepada Henley & Partners dan Yayasan Andan atas pengiktirafan terhadap usaha beliau, Encik Mustapha berkata, "Keterhubungan kemanusiaan dalam lingkungan data global pada masa ini tidak dapat dinafikan lagi, ia telah membentuk sebuah dunia yang luas dengan potensi yang tidak terbatas. Namun, perpaduan dalam kalangan bangsa, keetnikan dan warganegara telah menjadi semakin sensitif. Hanya kewarganegaraan global yang dapat memulihkannya." 

Maklumat Hubungan Media:

Sarah Nicklin

Ketua Kumpulan Perhubungan Awam

sarah.nicklin@henleyglobal.com

Telefon Mudah Alih: +27 72 464 8965
 
Sebuah gambar yang disertakan bersama-sama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/73067ec7-8285-4333-849a-48dc9724ce41


SUMBER: HENLEY & PARTNERS GROUP HOLDINGS LTD

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.