ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  MORELOGIN, PELAYAR ANTIPENGESAN #1 DUNIA, DIPAMERKAN DI PERSIDANGAN DUNIA SEKUTU PERINGKAT ASIA (AFFILIATE WORLD ASIA - AWA)

Thursday 14/12/2023



Table

MoreLogin menghadiri AWA (Foto: Business Wire)


MoreLogin, perintis dalam teknologi pelayar antipengesan, mengetengahkan penyelesaian unik syarikat semasa persidangan pemasaran sekutu terbesar di Asia.

BANGKOK, 14 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MoreLogin, peneraju dalam bidang teknologi pelayar antipengesan, pada hari ini mengumumkan penyertaan syarikat itu dalam persidangan utama Dunia Sekutu Peringkat Asia (AWA) untuk pemasaran sekutu di Bangkok, Thailand. Kehadiran MoreLogin di acara berprestij ini menegaskan komitmen syarikat untuk menyediakan penyelesaian berinovatif untuk pemasar sekutu di seluruh dunia.

AWA ialah persidangan pemasaran sekutu terbesar di Asia, menghimpunkan pakar pemasaran dan jenama terkemuka dari seluruh dunia. Pembentangan MoreLogin menarik perhatian penting daripada peserta yang berminat dengan alatan yang boleh meningkatkan kecekapan pemasaran sekutu.

Maklumat Tentang MoreLogin: 
Diasaskan pada tahun 2016, MoreLogin telah muncul dengan pesat sebagai pemain utama dalam pasaran pelayar antipengesan. MoreLogin telah menjadikan kepuasan pelanggan sebagai perkara utama yang perlu dititikberatkan dan sehingga kini, lebih daripada 5,000,000 akaun telah dilindungi dengan selamat dan terjamin oleh MoreLogin. Syarikat itu pakar dalam penyelesaian pengurusan platform silang yang membolehkan pengurusan berbilang akaun dan jangkauan global untuk pemasar sekutu dilakukan dengan lancar, sambil mengekalkan anonimiti pengguna dan meningkatkan kecekapan operasi. Sama ada syarikat tersebut meningkatkan anonimiti, memperkemas automasi, atau memastikan kerja berpasukan yang lancar, MoreLogin amat sesuai dijajarkan dengan strategi dan objektif sekutu. Pengguna seramai 2J+ memberikan ulasan positif untuk perkhidmatan terbaik dan prestasi yang stabil

Kenyataan daripada Ketua Pegawai Eksekutif: 
Saul Jamison, Ketua Pegawai Eksekutif MoreLogin, berkongsi semangatnya tentang penyertaan syarikat itu dalam AWA: "Kami teruja untuk menunjukkan pelayar antipengesan kami di Dunia Sekutu Peringkat Asia (Affiliate World Asia). Teknologi kami direka bentuk untuk memperkasa pemasar sekutu, menawarkan mereka cara yang diperkemas, selamat dan cekap untuk menguruskan kehadiran digital mereka. Kami dengan penuh minat bertindak lebih awal melibatkan diri bersama rakan industri dan mempamerkan cara MoreLogin boleh menjadi pengubah keadaan dalam pemasaran sekutu."

Untuk maklumat lanjut tentang MoreLogin dan penyelesaian berinovatif, sila kunjungi www.morelogin.com.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53869972/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Bahagian untuk Dihubungi
E-mel: support@morelogin.com
Laman Web: www.morelogin.com

Sumber: MoreLogin

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.