ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  YAB DATO' SRI FADILLAH MELAWAT PEJABAT SEDA MALAYSIA

Friday 12/01/2024



Table

YAB Dato’ Sri Fadillah memberi amanat kepada Warga SEDA supaya sentiasa fokus pada pelaksanaan kerja yang cekap dan berkualiti bagi memastikan kemampanan perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat  


PUTRAJAYA, 12 Jan (Bernama) -- Yang Amat Berhormat (YAB) Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof telah membuat lawatan kerja ke pejabat Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia di Putrajaya pada  Khamis, 11 Januari 2024. 

Lawatan ini disambut oleh Pengerusi SEDA Malaysia YBrs. Tuan Ahmad Zairin Ismail berserta Ketua Pegawai Eksekutif YBhg. Dato’ Hamzah Hussin, Anggota Pihak Berkuasa dan Pengurusan SEDA Malaysia. 

Satu taklimat ringkas mengenai SEDA Malaysia juga telah dibentangkan oleh YBhg. Dato’ Hamzah kepada YAB Dato’ Sri Fadillah yang juga merupakan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam bagi memperkenalkan SEDA Malaysia serta fungsi-fungsinya dalam menerajui industri tenaga lestari negara. Selain taklimat ringkas mengenai SEDA Malaysia, YAB Dato’ Sri Fadillah turut beramah mesra dengan warga kerja di sekitar pejabat SEDA Malaysia.

Dalam amanatnya, YAB Dato’ Sri menegaskan supaya Warga SEDA untuk terus fokus pada pelaksanaan kerja yang cekap dan berkualiti bagi memastikan perkhidmatan yang memuaskan dapat disalurkan kepada rakyat. Beliau juga yakin dengan kerjasama dan hubungan yang akrab antara agensi-agensi dan Kementerian dalam menjalankan inisiatif serta program-program yang dapat menyumbang kepada kelestarian dan kemampanan ekonomi negara.

Sebagai salah sebuah agensi di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (KPTDGA), SEDA Malaysia komited untuk menyokong kepimpinan YAB Dato’ Sri Fadillah dalam memastikan negara mencapai aspirasi negara neutral karbon pada tahun 2050. 

TENTANG SEDA MALAYSIA
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (KPTDGA). SEDA Malaysia ditubuhkan pada September 2011 di bawah Akta SEDA 2011 [Akta 726] dengan tujuan utama bagi memacu agenda tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga di negara ini.

Sumber: Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Roslan Ali@Hassan
Pengarah Kanan, Komunikasi Strategik
Tel : 012-377 6983
E-mel : SC@seda.gov.my / roslan@seda.gov.my 

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.