ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 05, 2024 -Ahad

 
  AIRPORTER DAN MUIC KANSAI MELANCARKAN PERKHIDMATAN DAFTAR MASUK DI LUAR TERMINAL DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KANSAI

Monday 15/01/2024

AsiaNet 100615

OSAKA, Jepun, 15 Jan., 2024 / Kyodo JBN-AsiaNet/--
 
Airporter, Inc. dan MUIC Kansai (Pusat Inovasi Kansai) telah memulakan perkhidmatan daftar masuk di luar terminal yang pertama di Jepun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai. Perkhidmatan itu bertujuan untuk menyelaraskan proses bagasi untuk pelancong yang menuju ke luar, menyampaikan bagasi terus dari hotel (atau tempat serahan yang ditetapkan) ke  lapangan terbang berlepas di Jepun dan seterusnya ke lapangan terbang ketibaan antarabangsa.
  
Satu projek bukti konsep (PoC) yang mensasarkan pengguna JAL yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai telah dilaksanakan dengan jayanya. Airporter dan MUIC Kansai merancang untuk mewujudkan kerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan utama di Asia yang sering digunakan oleh pelancong antarabangsa yang melawat Jepun pada masa akan datang.

Ringkasan perkhidmatan
  
1. Airporter menyediakan penghantaran bagasi pada hari yang sama di antara lapangan terbang dan hotel, memperluaskan perkhidmatan mereka ke lapangan terbang antarabangsa. Ini membolehkan “perjalanan bebas tangan” dari hotel ke lapangan terbang ketibaan luar negara.

2. Dengan menggabungkan perkhidmatan penghantaran bagasi pada hari yang sama  Airporter dengan daftar masuk dalam talian yang disediakan oleh syarikat-syarikat penerbangan, perkhidmatan ini menyumbang kepada pendigitalan bagi prosedur menaiki kapal terbang, seterusnya mengurangkan berlakunya isu beratur panjang.

3. Dengan memberi tumpuan kepada Ekspo 2025 Osaka, Kansai, tumpuan awal untuk melaksanakan perkhidmatan itu adalah di Osaka. Satu demonstrasi PoC selama tiga bulan telah dijalankan bermula dari Julai 2023, dengan mensasarkan pengguna JAL yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai untuk pengesahan bagi operasi perkhidmatan.

Perkembangan masa depan

1. Airporter dan MUIC Kansai merancang untuk meningkatkan perkhidmatan mereka yang bertujuan bagi pengembangan berskala penuh, dengan sasaran kepada Ekspo 2025 Osaka, Kansai. Kedua -duanya akan bermula dengan mengembangkan perkongsian dengan syarikat-syarikat penerbangan utama Asia yang biasa digunakan oleh pelancong antarabangsa yang melawat Jepun.

2. Matlamat mereka adalah untuk membangunkan peralatan khusus yang boleh dipasang di hotel, stesen, dan lokasi lain. Ini akan membolehkan penumpang untuk melakukan prosedur daftar masuk bagasi di tempat tertentu di sekitar bandar raya itu, yang sekali gus membolehkan pelancong untuk mendaftar masuk dengan mudah bagasi mereka di lokasi yang ditetapkan semasa perjalanan mereka.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi masing-masing:
https://airporter.co.jp/ (Airporter, Inc.)
https://www.muic-kansai.jp/en/ (MUIC Kansai)

Sumber: Airporter, Inc.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.