ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 05, 2024 -Ahad

 
  SANYA, HAINAN MENCIPTA SATU IMEJ PERNIAGAAN BAHARU BAGI "TANAH TINGGI TEKNOLOGI DAN INOVASI" UNTUK PELABUHAN PERDAGANGAN BEBAS

Tuesday 16/01/2024

AsiaNet 100622

Table
 
Pemandangan dari udara bagi Bandar Raya Sains dan Teknologi Teluk Yazhou


SANYA, China, 16 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada permulaan tahun baharu ini, Persidangan Ahli Sains Industri Benih Antarabangsa Sanya ke-3 dan Ekspo Sains dan Teknologi Industri Benih Antarabangsa 2024 telah diadakan dengan jayanya di Sanya di Wilayah Hainan. Acara itu adalah bertujuan untuk mewujudkan sebuah platform bagi inovasi saintifik dan teknologi untuk pertukaran dan kerjasama antarabangsa merentasi industri benih.

Bandar Raya Sains dan Teknologi Teluk Yazhou Sanya, satu daripada taman-taman utama bagi Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, telah memberikan penekanan kepada pengeraman teknologi pembenihan China Selatan dan teknologi laut dalam sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ia berhasrat untuk menggunakan platform penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk memacukan integrasi mendalam bagi industri, akademik, penyelidikan dan pembangunan bandar, mempercepatkan kadar pembinaan yang berkualiti tinggi, dan menggalakkan pembangunan kukuh bagi industri yang berasaskan darat dan marin, demikian menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Parti Perbandaran Sanya.

Pada Oktober 2023, Platform Awam Inovasi Sains dan Teknologi Laut Dalam bagi Bandar Raya Sains dan Teknologi Teluk Yazhou telah dilancarkan secara rasmi. Sebagai sebuah projek utama R&D marin di Wilayah Hainan, Bandar Raya Sains dan Teknologi Teluk Yazhou mengambil kelebihan sepenuhnya untuk mengintegrasikan peralatan berketepatan tinggi, teknologi yang canggih, tenaga profesional yang berbakat dan sumber lain untuk membentuk sebuah “medan graviti”, dengan menarik beberapa perusahaan dan institusi R&D untuk menetap di situ. Ia kini menjadi sebuah hab penting untuk mengumpul sumber perindustrian bagi pembangunan laut dalam.

Bandar raya itu menikmati lokasi geografi yang unik dan dasar-dasar yang menggalakkan, dan oleh itu berupaya untuk memacukan inovasi yang bersepadu bergantung kepada keseluruhan sistem itu. Ia telah berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan keseluruhan rantaian industri bagi sektor pembenihan, dengan menyepadukan R&D, pengeluaran, jualan, pertukaran akademik, dan pengkomersilan pencapaian R&D ke dalam kapasiti pembenihan yang sedia ada, sekali gus mewujudkan sebuah “Lembah Silikon bagi pembenihan China Selatan” yang memberi perkhidmatan kepada seluruh negara itu.

Langkah seterusnya, Bandar Raya Sains dan Teknologi Teluk Yazhou akan mengumpulkan lebih banyak sumber untuk membina sebuah kluster bagi platform terbuka untuk memacukan perkongsian inovasi sains dan teknologi industri laut dalam dan pembenihan. Sistem berstandard tinggi itu akan menyediakan satu jaminan yang kukuh untuk perusahaan inovasi R&D domestik dan asing, dan berusaha untuk mencipta sebuah imej perniagaan baharu bagi sebuah “tanah tinggi inovasi sains dan teknologi” untuk Pelabuhan Perdagangan Bebas.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Parti Perbandaran Sanya
 
Pautan Lampiran Imej:

Pautan: https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=444011

Kapsyen: Pemandangan dari udara bagi Bandar Raya Sains dan Teknologi Teluk Yazhou

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.