ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 05, 2024 -Ahad

 
  OCTB DAN MUIC KANSAI MELANCARKAN "JELAJAH TEKNOLOGI KANSAI" UNTUK PERJALANAN INSENTIF PERINDUSTRIAN YANG DISESUAIKAN KHAS MENJELANG EKSPO 2025 OSAKA, KANSAI

Friday 19/01/2024



OSAKA, Jepun, 19 Jan, 2024 /Kyodo JBN-AsiaNet/ -- 

Dengan menjangkakan peluang-peluang yang bakal disediakan oleh Expo 2025 yang berlangsung dari April hingga Oktober 2025, Biro Konvensyen & Pelancongan Osaka (OCTB) telah menjalin kerjasama dengan Pusat Inovasi Kansai (MUIC Kansai) untuk melancarkan "Jelajah Teknologi Kansai," sebuah platform baharu yang berinovatif untuk membangunkan jelajah perindustrian yang disesuaikan khas. Menjelang acara itu, wilayah Kansai semakin mendapat perhatian daripada pegawai-pegawai kerajaan dan kumpulan insentif korporat di seluruh dunia yang ingin meneroka peluang-peluang yang terdapat di Kansai di dalam pelancongan perindustrian.
 
Peta Kansai:
https://drive.google.com/file/d/1cHBLlY96rt_RLelDsWNEg__75j33SSQB/view?usp=drive_link
 
Jelajah Teknologi Kansai mengendalikan pelbagai jenis industri yang terkemuka di wilayah Kansai, termasuk gastronomi, kerja kraf tradisional, pembuatan, pembangunan tenaga generasi akan datang dan banyak lagi. Lebih daripada sekadar lawatan ke tapak industri, jelajah itu termasuk lawatan ke hartanah kebudayaan yang penting, pengalaman masak-memasak yang unik, pengalaman secara langsung dengan kraf tradisional dan penawaran yang lebih komprehensif merentasi seluruh wilayah Kansai.

Gambaran keseluruhan:
- Jelajah Teknologi Kansai ialah satu kumpulan pakar pengembaraan yang, sambil bekerjasama dengan institusi kewangan, menyelaraskan jelajah yang disesuaikan khas yang memenuhi keperluan dan permintaan mana-mana kumpulan tertentu.
 
- Jelajah Teknologi Kansai juga membantu di dalam membangunkan peluang-peluang perniagaan baharu di Jepun dalam mencari pemadanan pakar, memperluaskan pasaran perniagaan, berhubungan dengan pelaburan baharu dan banyak lagi, kesemuanya sambil bekerjasama dengan institusi kewangan.

- Jelajah Teknologi Kansai ialah sebuah perkhidmatan sehenti yang menguruskan setiap langkah dalam jadual perjalanan, daripada pra-perancangan sehingga kepada tindakan susulan perjalanan. Lebih daripada sekadar penyelarasan dengan lawatan tapak Ekspo 2025 dan lawatan lain, pasukan Jelajah Teknologi Kansai menyediakan sokongan untuk semua keperluan perjalanan, termasuk penginapan, pengangkutan dan permintaan pemakanan serta menyelaraskan lawatan khas dan program bagi pasangan.

Imej (tujuan ilustrasi sahaja):
https://drive.google.com/file/d/1gLuIBSKFIc1pZUXFdUe66_Ah87qM6KOh/view?usp=drive_link
  
https://drive.google.com/file/d/1So7MdniX8voVf02t2gqk3gzlOc-rYoEa/view?usp=drive_link
 
Ekspo 2025 ialah acara terbesar dunia yang seterusnya. Dengan membawa inovasi perniagaan dan pemulihan besar bagi industri pelancongan, ia akan menjadi acara antarabangsa pasca COVID utama yang pertama di Jepun, dengan menawarkan peluang yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk mempamerkan Osaka dan wilayah Kansai sebagai sebuah destinasi pertemuan dan acara yang utama. Jelajah Teknologi Kansai menekankan bantuan yang disesuaikan khas, dan sokongan untuk lawatan industri dan insentif yang ditempah khas di platform ini akan diteruskan walaupun selepas berakhirnya Ekspo 2025.

Imej daripada laman web:
https://drive.google.com/file/d/1SWZQhwGUjMcMKiMMdNuxkHZOgJc5TxnX/view?usp=drive_link
  
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.tech-tours-kansai.osaka-info.jp/en/
 
Organisasi yang mengambil bahagian dalam Jelajah Teknologi Kansai:
Pusat Inovasi Kansai (MUIC Kansai)
Agensi Pelancongan Nippon
Kinki Nippon Tourist Co., Ltd.
Biro Konvensyen & Pelancongan Osaka
  
Sumber: Biro Konvensyen & Pelancongan Osaka, Pusat Inovasi Kansai (MUIC Kansai)

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.