KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Akademi Xsolla Curine berasa sangat gembira untuk mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan
Global Game Jam 2024, satu inisiatif
MDEC yang mengujakan di Kuala Lumpur. Pejabat Xsolla di Bangsar South akan berubah menjadi hab kreativiti dan inovasi bertenaga dalam acara yang dijadualkan dari 26 hingga 28 Januari. Acara ini akan mengumpulkan para pembangun permainan daripada pelbagai latar belakang untuk maraton penciptaan permainan selama 48 jam yang sengit dan penuh keseronokan.
Sebagai usaha sama pendidikan, Xsolla dan Curine telah menubuhkan Akademi Xsolla Curine dengan dedikasi untuk menghubungkan pembelajaran akademik dan keperluan dinamik sektor pembangunan permainan. Melalui program latihan praktikal, akademi tersebut berpendirian teguh dalam misi mereka untuk memupuk para profesional yang bersedia untuk masa depan, memperkasakan pembangun permainan bebas serta memperjuangkan pertumbuhan harta intelek tempatan dalam industri permainan Malaysia.
Global Game Jam dipersiapkan untuk menjadi sebuah acara penciptaan permainan yang paling penting di seluruh dunia, menarik ribuan peserta—yang digelar "jammers"—untuk pertandingan selama 48 jam yang penuh semangat. Global Game Jam melibatkan lebih 100 buah negara. Acara ini akan mengalu-alukan para peserta dengan set kemahiran dan latar belakang yang pelbagai, termasuk pengaturcara, artis, pereka, pemuzik serta penulis. Mereka akan berkumpul di lokasi fizikal dan maya, memupuk budaya pembelajaran, kerja berpasukan dan penerokaan inovatif. Acara ini bukan sekadar mencipta permainan; ia merupakan satu perayaan ekspresi kreatif yang menawarkan platform untuk eksperimentasi dan perkongsian idea. Hasil acara ini akan berbeza-beza, daripada permainan yang mencapai pujian komersial sehinggalah pembangunan kemahiran yang tidak ternilai, peningkatan portfolio dan peluang rangkaian dalam persaudaraan permainan global.
Xsoll menyediakan ruang pejabatnya sebagai lokasi serta menaja katering Makanan & Minuman sebagai tanda berbangga atas kerjasamanya dengan Global Game Jam. Selain itu, rakan kongsi teknikal
Megamod akan mewujudkan kawasan khusus untuk penstriman langsung di YouTube, menawarkan gambaran tentang proses pembangunan permainan dan merakam intipati kreativiti secara nyata.
Acara ini memberikan peluang unik kepada peserta untuk bekerja dan menghuni pejabat Xsolla KL sepanjang tempoh jam diadakan, memupuk ruang kerja yang mengasyikkan dan kolaboratif. Peruntukan yang murah hati ini memastikan peserta boleh memberikan tumpuan sepenuhnya kepada projek mereka, dengan lokasi tersebut kekal boleh diakses sepanjang hujung minggu.
Harapan yang tinggi diberikan kepada perkongsian Xsolla KL dengan Global Game Jam, bersama-sama jangkaan maklum balas peserta yang sangat positif berkaitan lokasi dan penganjuran acara . Dengan memanfaatkan kejayaan acara tahun ini, Xsolla KL berada di landasan yang betul untuk mewujudkan persekitaran menarik dan mencetuskan inspirasi yang memperjuangkan kreativiti, pembelajaran serta perintis pembangunan permainan.
Untuk maklumat lanjut tentang Akademi Xsolla Curine, sila lawati:
www.xcdev.comMedia Sosial:InstagramFacebookDiscordLinkedinPerihal Akademi Xsolla CurineAkedemi Xsolla Curine, sebuah anak syarikat Xsolla, berdedikasi untuk memupuk kreativiti dan inovasi dalam industri permainan melalui acara, perkongsian dan pembangunan komuniti.
MegamodMegamod ialah platform permainan kandungan jana pengguna (UGC) yang membolehkan pencipta membangunkan, menyunting dan menerbitkan permainan dengan mudah. Platform ini menawarkan pelbagai alatan, termasuk MegaCode, MegaCore, MegaSkin, MegaStore dan MegaBuilder, setiap satu disesuaikan untuk memudahkan proses penciptaan permainan bagi mereka yang tidak mempunyai pengalaman pengekodan yang meluas.
Menggunakan teknologi voxel, MegaMod memastikan model dan dunia yang dicipta oleh pengguna adalah ringan dan cekap dari segi prestasi dan storan. Pilihan teknologi ini merupakan kunci untuk menjadikan pembangunan permainan lebih mudah diakses dan diurus, terutamanya untuk pengguna yang lebih muda dan pencipta yang bercita-cita tinggi.
Dengan menyediakan persekitaran yang mesra pengguna bagi pembangunan permainan, MegaMod membezakan platform tersebut dalam ruang UGC, menawarkan alternatif yang berdaya maju kepada platform yang lebih terkemuka seperti Roblox. Penekanannya terhadap kemudahan penggunaan dan pemerkasaan pencipta meletakkan platform itu sebagai entiti penting dalam mendemokrasikan pembangunan permainan dan membentuk semula landskap kandungan yang dijana pengguna.
Perihal XsollaXsolla ialah syarikat perdagangan permainan video global dengan set alatan dan perkhidmatan yang mantap dan berkuasa yang direka khusus untuk industri permainan video. Sejak penubuhannya pada tahun 2005, Xsolla telah membantu beribu-ribu pembangun permainan dan penerbit dengan pelbagai saiz perniagaan membiayai, memasarkan, melancarkan dan mengewangkan permainan mereka secara global dan merentas berbilang platform. Sebagai peneraju inovatif dalam perdagangan permainan, misi Xsolla adalah untuk menyelesaikan kerumitan yang wujud dalam pengedaran, pemasaran dan pengewangan global untuk membantu rakan kongsi kami mencapai lebih banyak geografi, menjana lebih banyak hasil dan mewujudkan hubungan dengan pemain di seluruh dunia. Beribu pejabat dan diperbadankan di Los Angeles, California, dengan pejabat di Berlin, Seoul, Beijing, Kuala Lumpur, Tokyo dan bandar di seluruh dunia, Xsolla menyokong judul permainan utama seperti Valve, Twitch, Roblox, Epic Games, Take-Two, KRAFTON, Nexters, NetEase, Playstudios, Playrix, miHoYo dan banyak lagi.
Perihal Global Game JamGlobal Game Jam ialah acara tahunan yang menghimpunkan pembangun permainan, pereka bentuk dan peminat dari seluruh dunia untuk bekerjasama dan mencipta permainan dalam pertandingan gaya “hackathon” selama 48 jam. Acara ini bermatlamat untuk menggalakkan pembelajaran, kerjasama dan percubaan dalam komuniti pembangunan permainan.