|
|
|
|
|
|
JAPAN PRIZE 2024: TIGA SAINTIS DARI AS DAN UK TERIMA ANUGERAH
Tuesday 30/01/2024
Majlis anugerah akan berlangsung di Tokyo pada 16 April
TOKYO, 30 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Japan Prize Foundation telah mengumumkan pemenang Jepun Prize 2024 pada pukul 1PM, 23 Januari 2024. Prof. Sir Brian J. Hoskins (UK) dan Prof. John Michael Wallace (AS) merupakan pemenang bersama Japan Prize dalam bidang Sumber, Tenaga, Alam Sekitar dan Infrastruktur Sosial, manakala Prof. Ronald M. Evans (AS) telah dinobatkan anugerah Japan Prize dalam bidang Sains Perubatan dan Sains Farmaseutikal.
Untuk Japan Prize pada tahun ini, Prof. Hoskins dan Prof. Wallace telah diiktiraf atas sumbangan unggul mereka kepada Pewujudan asas saintifik untuk memahami dan meramalkan kejadian cuaca ekstrem, Prof. Evans pula telah diiktiraf atas Penemuan keluarga reseptor hormon nuklear dan aplikasinya dalam pembangunan ubat beliau.
Untuk Japan Prize 2024, Yayasan tersebut telah mempelawa kira-kira 15,500 saintis dan jurutera terkemuka dari seluruh dunia untuk mencalonkan penyelidik yang bekerja dalam bidang anugerah tahun ini. Kami telah menerima sebanyak 130 pencalonan untuk bidang Sumber, Tenaga, Alam Sekitar dan Infrastruktur Sosial, dan 198 pencalonan untuk bidang Sains Perubatan dan Sains Farmaseutikal. Pemenang tahun ini dipilih daripada 328 orang calon tersebut.
Majlis anugerah itu akan berlangsung di Tokyo pada 16 April.
Perihal Japan Prize Penubuhan Japan Prize pada tahun 1981 telah didorong oleh hasrat kerajaan Jepun untuk mencipta anugerah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang akan menyumbang kepada pembangunan saintifik dan teknologi di seluruh dunia. Didukung oleh pelbagai derma, Japan Prize Foundation menerima pengesahan daripada Pejabat Kabinet pada tahun 1983.
Japan Prize dianugerahkan kepada para saintis dan jurutera dari seluruh dunia, yang telah mewujudkan pencapaian kreatif serta dramatik yang membantu kemajuan bidang mereka dan menyumbang dengan ketara untuk merealisasikan keamanan dan kemakmuran buat semua manusia. Penyelidik dalam semua bidang sains dan teknologi layak menerima anugerah, dengan dua bidang dipilih setiap tahun setelah mengambil kira trend semasa dalam pembangunan saintifik dan teknologi. Secara dasarnya, seorang individu dalam setiap bidang akan dinobatkan dengan anugerah, menerima sijil, pingat serta hadiah berbentuk wang. Setiap Majlis Anugerah dihadiri oleh Maharaja dan Permaisuri semasa, ketua-ketua tiga cabang kerajaan serta pegawai-pegawai lain yang berkaitan termasuk wakil-wakil daripada pelbagai elemen masyarakat lain.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. Maklumat Perhubungan Pejabat Perhubungan Awam Japan Prize japanprize@ml.prap.co.jp Sumber: Japan Prize Foundation
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|