ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  WOLTERS KLUWER MELANTIK MEGAN MULIA SEBAGAI PENGARAH URUSAN UNTUK CUKAI & PERAKAUNAN ASIA PASIFIK

Monday 26/02/2024



Table
Megan Mulia, Pengarah Urusan, Wolters Kluwer Cukai & Perakaunan Asia Pasifik (Foto: Business Wire) 
 
Mulia membawa 25 tahun pengalaman dalam peranan kepimpinan

MELBOURNE, Australia, 26 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Wolters Kluwer Cukai & Perakaunan (TAA), pembekal global terkemuka bagi perisian, aliran kerja bersepadu dan penyelesaian penyelidikan untuk profesional bidang cukai, perakaunan, audit, undang-undang, HR dan hal ehwal korporat, telah menamakan Megan Mulia sebagai Pengarah Urusan bagi rantau Asia Pasifik (APAC). 

Mulia, yang berpangkalan di Melbourne, telah menyertai Wolters Kluwer TAA pada tahun lepas sebagai Pengarah Komersial APAC, dengan tanggungjawab untuk memimpin usaha produk dan pasaran bersasar bagi pengembangan Wolters Kluwer di rantau ini. 

“Pengalaman mendalam Megan di rantau tersebut, bersama pengetahuannya tentang produk dan pasaran, menjadikan beliau pemimpin yang ideal untuk memacu pelan pertumbuhan kami untuk TAA rantau Asia Pasifik,” kata Jason Marx, CEO, Wolters Kluwer TAA. “Perniagaan ini bercirikan inovasi dan komitmen yang mendalam terhadap perkhidmatan kepada klien. Saya berharap dapat bekerjasama dengan Megan dan pasukannya untuk memberikan impak kepada klien di seluruh rantau ini.” 

Mulia membawa lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam strategi produk, kepimpinan perniagaan, perundingan, dan peranan teknologi – 14 tahun daripada pengalaman itu diluangkan di rantau Asia Pasifik – untuk peranan baharu beliau. Mulia memiliki kelayakan peringkat Sarjana dan Sarjana Muda dalam bidang ekonomi, kewangan, pemasaran dan pengajian Asia.

Sebelum menyertai Wolters Kluwer, Mulia memegang jawatan kepimpinan di syarikat termasuk PWC, KPMG dan Thomson Reuters. “Saya amat teruja untuk menerajui perniagaan yang memenangi anugerah ini ke fasa pertumbuhan yang seterusnya,” Mulia berkata. “Saya berharap dapat bekerjasama dengan pasukan yang berbakat untuk memacu inovasi produk dan menyampaikan penyelesaian yang menyelesaikan masalah pelanggan kita.” 

Wolters Kluwer TAA membolehkan profesional bidang cukai, perakaunan, audit, undang-undang, HR dan hal ehwal korporat untuk memacu produktiviti, mengemudi perubahan dan memberikan hasil yang lebih baik untuk pihak berkepentingan dan klien mereka. 

Tentang Wolters Kluwer

Wolters Kluwer (EURONEXT: WKL) ialah peneraju global dalam maklumat, penyelesaian perisian dan perkhidmatan untuk profesional dalam penjagaan kesihatan; cukai dan perakaunan; pematuhan kewangan dan korporat; undang-undang dan kawal selia; prestasi korporat dan ESG. Kami membantu pelanggan kami membuat keputusan penting setiap hari dengan menyediakan penyelesaian pakar yang menggabungkan pengetahuan domain yang mendalam dengan teknologi dan perkhidmatan.

Wolters Kluwer melaporkan pendapatan tahunan pada tahun 2023 sebanyak €5.6 bilion. Kumpulan ini memberi perkhidmatan kepada pelanggan di lebih 180 buah negara, mengekalkan operasi di lebih 40 buah negara, dan menggaji kira-kira 21,400 orang di seluruh dunia. Syarikat ini beribu pejabat di Alphen aan den Rijn, Belanda. 

Untuk maklumat lanjut, lawati www.wolterskluwer.com, ikuti kami di LinkedInFacebookYouTube dan Instagram

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53900001/en 

Hubungi
Shannon Wherry
Pengarah Bersekutu, Komunikasi Luar
Cukai & Perakaunan
Wolters Kluwer
Pejabat: +1 972-209-2767
 
Sumber: Wolters Kluwer 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.