ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 19, 2024 -Ahad

 
  BANK MUAMALAT TAMPIL INISIATIF KOMPREHENSIF REALISASI KEMPEN 'RAMADAN TERISTIMEWA BERSAMA'

Wednesday 03/04/2024



KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) merealisasikan kempen ‘Ramadan Teristimewa Bersama’ melalui inisiatif komprehensif melibatkan sistem pendanaan awam (crowdfunding), digitalisasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta perluasan program tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility, CSR) dengan jumlah peruntukan sebanyak lebih daripada RM360,000.

Untuk memudahkan penyumbang menderma dengan jumlah yang dikehendaki dan memilih kemana sumbangan mereka hendak disumbangkan, sistem pendanaan awam (crowdfunding) yang dibangunkan Bank Muamalat, Jariah Fund telah mengambil satu langkah ke hadapan dengan menaiktaraf laman sesawang dilengkapi ciri baharu, memaparkan setiap perincian kempen pendanaan dan keperluan bagi memudahkan proses menderma sepanjang bulan Ramadan.

Bagi menyokong perkembangan digitalisasi dalam kalangan PKS, Bank Muamalat telah bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bulan Ramadan tahun ini untuk memperkenalkan inisiatif pembayaran tanpa tunai melalui Kod QR Bank Muamalat di beberapa lokasi antaranya Bazar Ramadan di Tempat Letak Kereta (TLK), Taman Tasik Permaisuri; Bazar Aidilfitri di Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur; Bazar Ramadan Perling Mall, Johor dan Bazar Ramadan Jalan Durian dan Jalan Manggis, Kluang.

Selain pendanaan awam dan digitalisasi PKS, Bank Muamalat turut memperluas program CSR di bulan Ramadan ini sebagai usaha untuk memberi semula kepada komuniti khususnya golongan yang memerlukan.

Bagi persediaan sambutan bulan Ramadan, Bank Muamalat telah menganjurkan Program Subuh Macam Jumaat dan Cintai Masjid, iaitu program solat subuh berjemaah dan gotong-royong untuk 14 masjid daif terpilih di setiap negeri di mana selain menyumbangkan tenaga fizikal, Bank Muamalat telah menyumbangkan sejumlah wang tunai untuk masjid-masjid yang terpilih.

Program Edaran Bubur Lambuk yang dibuat secara tahunan juga diperluas tahun ini apabila Bank Muamalat menganjurkannya di 14 lokasi di setiap negeri berbanding hanya lima lokasi di lima negeri pada tahun lalu.
 
Bagi menghargai usaha dan pengorbanan petugas barisan hadapan (frontliners) dan rakan-rakan media yang bertugas tanpa mengira masa, Bank Muamalat telah mengedarkan sebanyak 800 pek iftar bagi menghargai usaha dan pengorbanan mereka.

Bank Muamalat juga mengambil peluang untuk mengadakan program ‘Ziarah Ramadan Teristimewa Bersama’ di mana tujuh buah rumah anak-anak yatim di sekitar ibu kota telah disantuni dengan memberi sumbangan duit raya dan sumbangan wang tunai kepada pertubuhan rumah anak yatim yang terlibat. Ia bertujuan untuk meringankan beban mereka serta mengukir senyuman kepada warga kurang bernasib baik menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba kelak.

Acara tradisi iaitu Program Berbuka Puasa di wilayah yang diadakan setiap tahun juga diteruskan di mana Bank Muamalat akan meraikan anak-anak yatim dalam majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh para pelanggan dan kakitangan Bank Muamalat itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, program CSR yang diperluas itu bukan sahaja bertujuan untuk berkongsi rezeki dengan masyarakat setempat, tetapi menjadi platform memperkukuh silaturahim antara Bank Muamalat dengan komuniti.

“Sebagai institusi perbankan Islam penuh, Bank Muamalat telah merencanakan pelbagai aktiviti bermakna untuk berkongsi kegembiraan serta berkhidmat kepada komuniti di bulan Ramadan ini.

“Dengan komitmen untuk mencipta ‘Kehidupan Lebih Baik, Bersama’, Bank Muamalat akan meneruskan inisiatif-inisiatif seperti ini ke seluruh negara selepas bulan Ramadan nanti di mana kita mahu menjadi penyumbang kepada kesejahteraan sosioekonomi komuniti melalui pembangunan institusi agama, pendidikan dan pemerkasaan masyarakat secara menyeluruh tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang,” katanya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan platform Jariah Fund dan aktiviti CSR Bank Muamalat sepanjang bulan Ramadan, sila layari www.muamalat.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600 5500, atau kunjungi cawangan Bank Muamalat yang berhampiran.

Klik di sini untuk gambar 

SUMBER: Bank Muamalat Malaysia Berhad 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Syahida Azureen 
Tel: ​+6012 242 3696
E-mel: syahida.azureen@muamalat.com.my


Nama: Mohd Nazrul Hafizi
Tel:  +6017 921 1384
E-mel: mohd.nazrul.hafizi@muamalat.com.my 


Nama: Hawa Ali 
Tel: +6019 2392077
E-mel: 
siti.norhawa@muamalat.com.my  

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.