ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI 14/52 (31 MAC - 06 APRIL 2024)

Tuesday 09/04/2024



KUALA LUMPUR, 9 April, (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sejak Minggu Epidemiologi 1 tahun 2024 (ME 1/2024), jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan menunjukkan penurunan yang ketara. Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan pada ME 1/2024 adalah sebanyak 17,256 kes berbanding 493 kes pada ME 14/2024 (penurunan 97.1 peratus). Jumlah kes kematian COVID-19 juga menunjukkan penurunan yang ketara dari 32 kes pada ME 1/2024 kepada satu (1) kes pada ME 14/2024 (penurunan 95.5 peratus).

Sehingga kini, varian yang sedang menular di Malaysia masih lagi varian Omicron, dengan subvariannya dan tidak menyebabkan jangkitan yang teruk kepada individu yang dijangkiti. Walaupun situasi COVID-19 bertambah baik, virus COVID-19 akan terus berada bersama kita, maka kita perlu berwaspada menghadapinya.

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa memantau situasi terkini COVID-19 di peringkat global dan di Malaysia. KKM mempunyai kaedah pemantauan untuk menilai situasi COVID-19 sejak fasa awal pandemik yang dikenali sebagai Sistem Amaran Awal (Heightened Alert System, HAS) dan masih digunakan sehingga kini.

Syawal yang akan diraikan beberapa hari lagi biasanya melibatkan perjumpaan dengan ramai orang di tempat yang tertutup dan sesak. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mempersiapkan diri bagi menjaga kesihatan masing-masing serta mencegah daripada mendapat jangkitan atau menularkannya kepada orang lain. Langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang perlu diamalkan untuk “hidup bersama COVID-19” dengan selamat adalah:

i. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau pensanitasi;
ii. Memakai pelitup muka terutamanya bagi yang berisiko tinggi mendapat jangkitan, atau individu yang bergejala, atau apabila berada di tempat tertutup atau sesak; dan
iii. Terus mengamalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, Seek) sekiranya bergejala.

Selain itu, KKM juga ingin menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan. Berhenti rehat seperti singgah di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) untuk mengurangkan stres juga adalah digalakkan.

“SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI”

DATUK DR. MUHAMMAD RADZI BIN ABU HASSAN

KETUA PENGARAH KESIHATAN

08 APRIL 2024

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Farahdila Wati binti Mohd Khamde Khuzaini
Tel: +603-8883 3470
Faks: +603-8888 6187 

--BERNAMA



 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.