ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  XSOLLA CURINE ACADEMY DAN UNIVERSITI MALAYA MENJALINKAN GABUNGAN STRATEGIK UNTUK MEMAJUKAN INOVASI DIGITAL DALAM PERMAINAN KOMPUTER, ANIMASI DAN VR/AR

Monday 15/04/2024



Table
 
Kiri: Encik Kaveh Wong Tz Toe, Pengasas / Pengarah Xsolla Curine Academy Sdn. Bhd.; Kanan: Profesor Dr. Chan Chee Seng, Dekan, Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FCSIT) UM, berjabat tangan selepas menandatangani Surat Hasrat untuk kerjasama bersama. (Foto: Business Wire) 


KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla Curine Academy dan Universiti Malaya berbesar hati untuk mengumumkan kerjasama penyelidikan dan inisiatif bersama yang memberikan tumpuan kepada bidang yang berkembang pesat iaitu Permainan Komputer, Animasi dan Realiti Maya/Terimbuh (VR/AR).

Penekanan strategik terhadap Permainan Komputer, Animasi dan VR/AR ini sejajar dengan landskap digital yang berkembang pesat dan mencerminkan kepentingan yang semakin meningkat bagi teknologi ini dalam pelbagai industri. Dengan menggembleng kepakaran masing-masing dalam bidang ini, Xsolla Curine Academy dan Universiti Malaya menyasar untuk memacu inovasi, mencipta projek yang memberikan impak dan memupuk bakat dengan kemahiran khusus yang disesuaikan bagi memenuhi permintaan masa depan.

“Kami amat teruja untuk memulakan perjalanan kerjasama ini dengan Universiti Malaya. Perkongsian ini mewakili komitmen terhadap kecemerlangan, inovasi dan pencarian ilmu bersama. Bersama-sama, kami menyasar untuk menyumbang dengan ketara bagi memajukan penyelidikan dan latihan, memupuk persekitaran kreativiti yang berkembang pesat,” kata David Stelzer, Presiden Xsolla.

Profesor Dr. Chan Chee Seng, Dekan, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya, berkata, “Perkongsian ini menunjukkan dedikasi kami untuk mewujudkan hubungan bermakna dengan peneraju industri. Dengan menggabungkan ketegasan akademik Universiti Malaya dengan cerapan industri Xsolla Curine Academy, kami menjangkakan bahawa ini berupaya menghasilkan penyelidikan berimpak dan memupuk persekitaran yang menyediakan pelajar untuk cabaran masa depan.

“Melalui kerjasama ini, Xsolla Curine Academy akan juga dijemput ke program Elite@UM. Pelajar akan melibatkan diri dalam penyelidikan canggih, memperoleh pengalaman praktikal dan menerima bimbingan daripada pakar industri. Program ini akan berfungsi sebagai platform untuk pelajar meneroka dan berinovasi dalam Permainan Komputer, Animasi dan VR/AR, meletakkan mereka untuk berjaya dalam kerjaya masa depan masing-masing.

“Dengan menumpukan usaha kerjasama dalam teknologi baharu muncul ini, Xsolla Curine Academy dan Universiti Malaya menegaskan komitmen masing-masing untuk kekal di barisan hadapan dalam inovasi digital dan menyediakan pelajar untuk berkembang maju dalam dunia yang semakin digital,” tambahnya.

Apabila kerjasama antara Xsolla Curine Academy dan Universiti Malaya berkembang, kedua-dua organisasi komited untuk memberikan kesan jangka panjang pada landskap penyelidikan, pengajaran dan inovasi. Kerjasama itu menyasar untuk meletakkan laluan bagi kejayaan masa depan dan menyumbang kepada pertumbuhan masyarakat berasaskan pengetahuan

Untuk maklumat lanjut mengenai Xsolla Curine Academy, sila kunjungi: xsolla.pub/XCA

Maklumat Tentang Xsolla Curine Academy:

Xsolla Curine Academy ialah peneraju dalam memupuk inovasi dan kecemerlangan digital. Dengan program lanjutan, penyelidikan kerjasama dan perkongsian industri, Akademi ini memperkasa individu untuk berkembang maju dalam landskap digital yang sentiasa berubah. xcdev.com

Maklumat Tentang Universiti Malaya:

UM ialah universiti pertama negara Malaysia. Berikutan kelulusan Akta Universiti Malaya pada tahun 1961 oleh Parlimen, UM telah diiktiraf sebagai universiti awam. UM, seperti yang diketahui pada hari ini, secara rasminya telah dijadikan universiti awam di Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Januari 1962.

UM disokong oleh dua akademi, empat belas fakulti, dua institut dan satu pusat akademik yang merangkumi bidang perubatan, sains, teknologi, sains sosial dan kemanusiaan. Universiti ini juga menempatkan hospital perguruan pertama dan terbesar di Malaysia - Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Di samping itu, Gugusan Penyelidikan telah dibentuk untuk memacu penemuan selanjutnya dalam pengetahuan. Penekanan terhadap penyelidikan diperkukuh dengan kewujudan pusat kecemerlangan di beberapa pusat pembelajaran universiti berkenaan.

UM naik kepada kedudukan ke-65 dalam Quacquarelli Symonds World University Rankings (QS-WUR) 2024, bertambah baik 5 tempat kedudukan berbanding tahun sebelum ini. UM ditempatkan dalam 5% teratas daripada 1,503 institusi yang disenaraikan oleh QS dan kekal sebagai yang terbaik daripada 28 universiti Malaysia dan ketiga di Asia Tenggara. um.edu.my

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53928306/en

Individu untuk Dihubungi

Hubungan Media Xsolla Curine Academy:
Derrick Stembridge
Pengarah Global Perhubungan Awam, Xsolla
d.stembridge@xsolla.com

Hubungan Media Universiti Malaya:
Mastura Mohamad Yusoff
Pegawai Perhubungan Media, Pusat Komunikasi Korporat
masturayusoff@um.edu.my / 013-3773 207
 
Sumber: Xsolla Curine Academy

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.