ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  TRADESUN MENGUMUMKAN PERJANJIAN DENGAN WELLS FARGO

Wednesday 17/04/2024



SAN DIEGO, 17 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TradeSun dan Wells Fargo telah memeterai perjanjian yang akan membolehkan Wells Fargo memanfaatkan penyelesaian pendigitalan kewangan perdagangan dan pematuhan terunggul dalam industri daripada TradeSun, menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) dan teknologi canggih lain untuk memperkemas proses kompleks dan manual yang digunakan dalam perbankan industri di seluruh dunia.

Pelancaran baharu TradeSun yang utama ini mencipta semula pendigitalan kewangan perdagangan kerana inisiatif ini merupakan rintisan dalam dunia penangkapan data kognitif dan automasi proses pintar, serta membawa penyaringan pematuhan dan pemeriksaan dokumen kepada tahap baharu. AI yang tertumpu kepada perdagangan TradeSun akan membantu menyampaikan matlamat Wells Fargo dengan mengautomasikan proses manual yang akan meningkatkan kapasiti untuk memacu perniagaan baharu.

Wells Fargo akan menggunakan platform AI TradeSun untuk mendigitalkan, mengekstrak, mengesahkan dan mengklasifikasikan data tidak berstruktur untuk digunakan dengan pematuhan dan semakan dokumen.

“Melalui perjalanan kami dengan Wells Fargo, kami telah mempelajari sejauh mana kecekapan syarikat kewangan tersebut beroperasi. Saya secara peribadi terdorong untuk memastikan platform AI TradeSun terus mempercepat kepimpinan syarikat itu dalam pasaran. Di TradeSun, kami diinspirasikan oleh keputusan Wells Fargo untuk melabur dalam hubungan ini. Ini merupakan pengesahan inovasi TradeSun yang cukup hebat dalam mendigitalkan kewangan perdagangan global,” kata Nigel Hook, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif TradeSun.

“Wells Fargo terus membuat kemajuan besar untuk mengubah proses kewangan perdagangan dan akaun belum terima kami. Perjanjian kami dengan TradeSun memberikan kami alat pendigitalan dan automasi untuk mengukuhkan rangka kerja risiko kami, menyampaikan pelaksanaan yang sempurna dan menyediakan pengalaman pelanggan bertaraf dunia,” kata Cesar Gonzalez, ketua kumpulan Operasi Perbankan Komersial Wells Fargo.

“Kami sedang mereka bentuk dan menyampaikan produk berinovatif untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan kami dengan cara yang lebih diperkemas merentasi semua saluran,” kata Kiran Vuppu, ketua kumpulan Pengurusan Wawasan Pelanggan Perbankan Komersial dan Produk Pinjaman Komersial Wells Fargo. “Satu cara pasukan kami menerajui usaha ini ialah dengan memanfaatkan AI bagi meningkatkan pengalaman pelanggan kami dan bekerja dengan TradeSun ialah bahagian penting dalam strategi itu.”

Maklumat Tentang TradeSun

TradeSun ialah peneraju AI dalam perdagangan global. Platform Risikan TradeSun kami mendigitalkan dokumen dan meningkatkan produktiviti secara besar-besaran dengan mengautomasikan pematuhan masa nyata untuk jenayah kewangan dan risiko sekatan. Platform kami melakukan penyesuaian perdagangan automatik dan pemarkahan transaksi mampan rintisan menggunakan penyelesaian CoriolisESG TradeSun. Peneroka Pasaran Global kami direka bentuk untuk mengasimilasikan data transaksi dan maklumat rantaian bekalan peringkat dalam dengan sepenuhnya, dalam lebih 460 juta syarikat, bagi membantu pelanggan mengurangkan risiko rantaian bekalan masing-masing dengan sumber alternatif dan mendedahkan pasaran baharu untuk meningkatkan jualan.

Teknologi AI TradeSun mengurangkan kos pemprosesan, meningkatkan penyaringan pematuhan dan memperkasa ekosistem perdagangan, serta rantaian bekalan mampan untuk bank dan syarikat.

Maklumat tambahan di www.tradesun.com
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/tradesun

Maklumat Tentang Wells Fargo

Wells Fargo & Company (NYSE: WFC) ialah syarikat perkhidmatan kewangan terkemuka yang mempunyai aset kira-kira $1.9 trilion, dengan bangganya memberikan perkhidmatan kepada satu daripada tiga isi rumah Amerika Syarikat dan lebih daripada 10% perniagaan kecil di Amerika Syarikat, serta merupakan penyedia perkhidmatan perbankan pasaran pertengahan yang terkemuka di Amerika Syarikat. Kami menyediakan kepelbagaian set produk dan perkhidmatan perbankan, pelaburan dan gadai janji, serta kewangan pengguna dan komersial, melalui empat segmen operasi kami yang boleh dilaporkan: Perbankan dan Pinjaman Pengguna, Perbankan Komersial, Perbankan Korporat dan Pelaburan, dan Pengurusan Kekayaan & Pelaburan. Wells Fargo berada pada kedudukan No. 47 dalam carta kedudukan Fortune 2023 bagi syarikat terbesar di Amerika. Dalam komuniti yang mendapat khidmat daripada kami, syarikat menumpukan impak sosial bagi membina masa depan mampan dan terangkum untuk semua dengan menyokong kemampuan perumahan, pertumbuhan perniagaan kecil, kesihatan kewangan dan ekonomi rendah karbon. Berita, cerapan dan perspektif daripada Wells Fargo juga tersedia di Cerita Wells Fargo.

Maklumat tambahan di www.wellsfargo.com
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/wellsfargo

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53932089/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Bahagian untuk Dihubungi
Maklumat untuk menghubungi bahagian perhubungan media: media@tradesun.com, +1 800 481 3282
 
Sumber: TradeSun

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.