ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 05, 2024 -Ahad

 
  PENCAPAIAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM BAGI BULAN MAC 2024

Monday 22/04/2024



KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan demi kepentingan kesihatan awam. 

Bagi bulan Mac 2024, berikut dimaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan Undang-undang Kesihatan Awam. 

1. Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan penyakit Demam Denggi, sejumlah 3,816 tawaran kompaun bernilai RM1,908,000.00 telah dikeluarkan dengan purata RM500.00 setiap kompaun. Sejumlah 642 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan dalam masa yang sama sebanyak 95 kes telah disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda RM180,600.00.

2. Melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, daripada 18,178 premis yang dilawati, sejumlah 8,926 notis kesalahan dikeluarkan. Sebanyak 5,549 kompaun telah ditawarkan dengan nilai tawaran berjumlah RM1,384,600.00. 

3. Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Makanan 1983, sebanyak 33,473 premis makanan telah diperiksa. Jumlah premis makanan yang diberi perintah penutupan sementara di bawah Sek. 11, Akta Makanan 1983 adalah 124 premis iaitu 0.37% daripada keseluruhan premis makanan yang diperiksa. Tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah sebagai suatu langkah menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan.

Adalah dimaklumkan, tindakan penguatkuasaan merupakan pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai serta semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum. 

DATUK DR. MUHAMMAD RADZI BIN ABU HASSAN
KETUA PENGARAH KESIHATAN
20 APRIL 2024 


SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Farahdila Wati binti Mohd Khamde Khuzaini
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Tel : +603-8883 3470
Faks : +603-8888 6187

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.