ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 08, 2024 -Rabu

 
  ​MIDOCEAN ENERGY EIG MELENGKAPKAN PENGAMBILALIHAN 20 PERATUS PEGANGAN DALAM PERU LNG

Thursday 25/04/2024



WASHINGTON, 25 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MidOcean Energy (“MidOcean” atau “Syarikat”), syarikat gas asli cecair (LNG) yang dibentuk dan diuruskan oleh EIG, pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, pada hari ini mengumumkan penyempurnaan perjanjian yang diumumkan sebelum ini untuk mengambil alih 20 peratus kepentingan SK earthon (“SK”) dalam Peru LNG (“PLNG”), pemilik dan pengendali kemudahan eksport LNG pertama di Amerika Selatan.

Aset PLNG terdiri daripada loji pencecairan gas asli dengan kapasiti pemprosesan 4.45 mmtpa, talian paip sepanjang 408km dengan kapasiti 1,290 mmcf/d yang dimiliki sepenuhnya, dua tangki storan bersaiz 130,000 m3, terminal marin sepanjang 1.4 km dan kemudahan pemuatan trak dengan kapasiti sehingga 19.2 mmcf/d yang dimiliki sepenuhnya. PLNG, dikendalikan oleh Hunt Oil Company, ialah satu daripada dua kemudahan pengeluaran LNG di Amerika Latin, yang terletak di Pampa Melchorita, 170km di selatan Lima.

De la Rey Venter, Ketua Pegawai Eksekutif MidOcean Energy, berkata, “Penyempurnaan pelaburan ini merupakan pencapaian penting dalam usaha kami untuk mencipta portfolio aset LNG global, pelbagai dan berdaya tahan. Sebagai satu-satunya kemudahan eksport LNG di Amerika Selatan, PLNG ditempatkan secara unik di pasaran global. PLNG juga memainkan peranan penting dalam membekalkan gas dan LNG kepada pelanggan di Peru. Kami berharap terjalin perkongsian yang kukuh dengan usahasama PLNG dan usaha kami ke arah mengekalkan impak positif PLNG selama beberapa tahun yang akan datang.”

Penyempurnaan transaksi ini berikutan pengumuman MidOcean baru-baru ini mengenai pelaburan strategik oleh Mitsubishi Corporation dan penyempurnaan pengambilalihan kepentingan Tokyo Gas Co. Ltd. dalam portfolio projek LNG bersepadu Australia.

Morgan Stanley bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada MidOcean dalam transaksi tersebut. Latham & Watkins bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada MidOcean dalam transaksi tersebut.

Maklumat Tentang EIG

EIG ialah pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global dengan $22.9 bilion di bawah pengurusan pada 31 Disember 2023. EIG mempunyai kemahiran dalam pelaburan swasta bagi sektor tenaga dan infrastruktur berkaitan tenaga pada peringkat global. Sepanjang tempoh beroperasi selama 41 tahun ini, EIG telah memberikan komitmen lebih daripada $47.1 bilion kepada sektor tenaga melalui lebih 405 projek atau syarikat di 42 negara di enam benua. Pelanggan EIG banyak terdiri daripada pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, endowmen, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington D.C. mempunyai pejabat lain di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul.

Maklumat Tentang MidOcean Energy

MidOcean Energy, syarikat LNG yang dibentuk dan diuruskan oleh EIG, berusaha membina portfolio LNG global yang terpelbagai, berdaya tahan, berdaya saing dari segi kos dan karbon. Ini mencerminkan kepercayaan EIG terhadap LNG sebagai pemboleh kritikal peralihan tenaga dan kepentingan LNG yang semakin berkembang sebagai sumber tenaga strategik geopolitik. MidOcean Energy diketuai oleh De la Rey Venter, veteran industri berpengalaman selama 26 tahun yang telah memegang pelbagai peranan eksekutif kanan, termasuk Ketua Global LNG untuk Shell Plc.

Untuk maklumat tambahan, sila kunjungi laman web EIG di www.eigpartners.com atau laman web MidOcean Energy di www.midoceanenergy.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Maklumat Hubungan EIG
FGS Global
Kelly Kimberly / Brandon Messina
+1 212-687-8080
EIG@fgsglobal.com

Sumber: EIG 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.