ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 07, 2024 -Selasa

 
  SMART MODULAR TECHNOLOGIES MEMPERKENALKAN KELUARGA BAHARU BAGI KAD TAMBAHAN CXL UNTUK PENGEMBANGAN MEMORI DALAM PELAYAN BERPRESTASI TINGGI

Thursday 25/04/2024



Table
Kad Tambahan (AIC) DIMM berketumpatan tinggi baharu SMART Modular ialah yang pertama seumpamanya menerima guna protokol Compute Express Link/CXL, membolehkan arkitek pelayan dan pusat data menambah sehingga 4TB memori dalam faktor yang mudah digunakan, tersedia dalam konfigurasi 8-DIMM dan 4-DIMM. (Foto: Business Wire)
 
Kad Tambahan CXL SMART membolehkan Pusat Data, Perkhidmatan Awan dan Penyedia HPC Mengembangkan Kapasiti Memori dengan Mudah dan Menjimatkan Kos untuk Aplikasi Komput Intensif Memori

NEWARK, Calif., 25 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SMART Modular Technologies, Inc. (“SMART”), bahagian SGH (Nasdaq: SGH) dan peneraju global dalam penyelesaian memori, pemacu keadaan pepejal dan memori lanjutan, mengumumkan keluarga baharu iaitu Kad Tambahan (AIC) yang melaksanakan standard Compute Express Link (CXL®) dan juga menyokong DDR5 DIMM standard industri. Ini ialah yang pertama seumpamanya, AIC DIMM berketumpatan tinggi untuk menerima guna protokol CXL. Produk SMART 4-DIMM dan 8-DIMM membolehkan arkitek pelayan dan pusat data menambah sehingga 4TB memori dalam faktor bentuk yang biasa dan mudah digunakan.

“Pasaran bagi komponen memori CXL untuk aplikasi pusat data dijangka akan berkembang pesat. Penghantaran pengeluaran awal dijangka pada lewat tahun 2024 dan akan melepasi paras $2 bilion menjelang tahun 2026. Akhir sekali, kadar pemasangan CXL dalam pasaran pelayan akan mencecah 30% termasuk bagi kes penggunaan pengembangan dan pengumpulan,” kata Mike Howard, naib presiden DRAM dan pasaran memori di TechInsights, sumber risikan kepada inovasi semikonduktor dan pasaran berkaitan.

“Protokol CXL ialah langkah penting ke arah mencapai pengasingan dan perkongsian memori standard industri yang akan menambah baik dengan ketara cara memori digunakan pada beberapa tahun yang akan datang,” kata Andy Mills, pengarah kanan pembangunan produk lanjutan di SMART Modular, mengukuhkan analisis pasaran Howard dan rasional SMART untuk membangunkan keluarga produk berkaitan CXL ini.

Produk AIC 4-DIMM dan 8-DIMM  SMART dibina menggunakan pengawal CXL lanjutan yang menghapuskan kesesakan lebar jalur memori dan kekangan kapasiti untuk beban kerja intensif komput yang ditemui dalam Kecerdasan Buatan (AI), pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC) dan Pembelajaran Mesin (ML). Aplikasi baharu muncul ini memerlukan jumlah memori berkelajuan tinggi yang lebih besar, serta melebihi kapasiti yang boleh disokong oleh pelayan semasa. Percubaan untuk menambah lebih banyak memori melalui antara muka bas yang selari berasaskan DIMM tradisional menjadi bermasalah kerana had pin pada CPU, oleh itu industri beralih kepada penyelesaian berasaskan CXL yang lebih cekap dengan pin.

SPESIFIKASI TEKNIKAL

Maklumat tentang AIC 4-DIMM dan 8-DIMM DDR5 SMART

·  Tersedia dalam jenis 3 PCIe Gen5 Ketinggian Penuh, Separuh Panjang (FHHL) faktor bentuk PCIe
· AIC 4-DIMM (CXA-4F1W) memuatkan empat DDR5 RDIMM dengan kapasiti memori maksimum 2TB apabila menggunakan 512GB RDIMM dan AIC 8-DIMM (CXA-8F2W) memuatkan lapan DDR5 RDIMM dengan kapasiti memori maksimum 4TB. .
· AIC 4-DIMM menggunakan pengawal CXL tunggal yang melaksanakan satu port x16 CXL manakala AIC 8-DIMM menggunakan dua pengawal CXL untuk melaksanakan dua port x8, kedua-duanya menghasilkan lebar jalur sebanyak 64GB.
·  Pengawal CXL menyokong ciri “Keandalan, Ketersediaan dan Kebolehkhidmatan” (RAS) dan analisis lanjutan.
·  Kedua-duanya menawarkan ciri keselamatan yang dipertingkat dengan keupayaan pemantauan jalur dalam atau jalur sisi (SMBus).
·  Untuk mempercepat pemprosesan memori, kad tambahan ini mesti serasi dengan Zefr ZDIMMs SMART.

CXL juga membolehkan penskalaan kos kapasiti memori yang lebih rendah. Menggunakan AIC Smart membolehkan pelayan mencapai sehingga 1TB memori bagi setiap CPU dengan RDIMM 64GB yang menjimatkan kos. AIC Smart ini juga menawarkan peluang untuk pilihan rantaian bekalan. Menggantikan RDIMM berketumpatan tinggi dengan bilangan modul berketumpatan lebih rendah yang lebih banyak boleh mengurangkan kos memori sistem bergantung pada keadaan pasaran.

Kunjungi halaman produk 4-DIMM dan halaman produk AIC 8-DIMM SMART untuk maklumat lanjut dan halaman keluarga CMM/CXL untuk maklumat mengenai produk SMART yang lain menggunakan standard CXL. SMART akan memberikan sampel kepada OEM atas permintaan. Produk AIC berasaskan CXL baharu ini menyertai barisan DRAM ZDIMM SMART sebagai penyelesaian yang sesuai untuk aplikasi reka bentuk memori yang mencabar.

*“S” dan “SMART” serta “SMART Modular Technologies”, “Zefr” dan “ZDIMM” yang diolah dalam gaya ialah tanda dagangan dan/atau tanda dagangan berdaftar SMART Modular Technologies, Inc. “Compute Express Link (CXL)” dan semua tanda dagangan dan tanda dagangan berdaftar lain ialah hak milik pemilik masing-masing.

Maklumat Tentang SMART Modular Technologies, Inc.

Selama lebih daripada 30 tahun, SMART Modular Technologies telah membantu pelanggan di seluruh dunia mendayakan pengkomputeran berprestasi tinggi melalui reka bentuk, pembangunan dan pembungkusan lanjutan penyelesaian memori khusus. Portfolio kami yang cukup mantap terdiri daripada teknologi termaju hari ini kepada produk storan DRAM dan Kilat standard dan legasi. Kami menyediakan penyelesaian memori dan storan standard, tahan lasak dan tersuai yang memenuhi keperluan aplikasi pelbagai dalam pasaran pertumbuhan tinggi.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 


Individu untuk Dihubungi
Hubungan Pemasaran Produk
Arthur Sainio
Pengarah, Pemasaran Produk DRAM
SMART Modular Technologies
39870 Eureka Dr., Newark, CA 94583
arthur.sainio@smartm.com 

Hubungan Media
John Crook
Komunikasi Pemasaran
SMART Modular Technologies
+1 (510) 474 8326
john.crook@smartm.com
 
Sumber: SMART Modular Technologies, Inc. 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.