ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  TUM BERLUMBA MENUJU KEMENANGAN DALAM LIGA PERLUMBAAN BERAUTONOMI ABU DHABI ASPIRE YANG JULUNG KALI DIADAKAN DI LITAR YAS MARINA

Monday 29/04/2024



TUM Races to Victory at ASPIRE’s Inaugural Abu Dhabi Autonomous Racing League at Yas Marina Circuit - (Photo: AETOSWire)

TUM Berlumba Menuju Kemenangan dalam Liga Perlumbaan Berautonomi Abu Dhabi ASPIRE yang julung kali diadakan di Litar Yas Marina - (Foto: AETOSWire)
 
  • TUM memperoleh kemenangan dengan memintas pada pusingan terakhir, mendahului CONSTRUCTOR, POLIMOVE dan UNIMORE
  • Yang Amat Mulia Sheikh Theyab menganugerahkan Piala Kejohanan, bersama dengan Tuan Yang Terutama Faisal Al Bannai
  • Perlumbaan kereta berautonomi yang julung kali diadakan menarik minat lebih 10,000 penonton di litar dan lebih 600,000 penonton dalam talian dalam masa 12 jam
  • Lapan kereta berautonomi yang dikuasakan AI sepenuhnya berjuang untuk memenangi hadiah wang tunai AS$2.25 Juta
  • Empat kereta berautonomi berlumba untuk trofi perlumbaan dan mata kejuaraan musim dalam percubaan pertama di dunia
  • Bekas pemandu F1 Daniil Kvyat memukau orang ramai dengan kemenangan tipis mendahului 10.38 saat dalam perlumbaan AI lwn Manusia
  • Siri untuk mempercepat penerimagunaan dan pembangunan berautonomi, membolehkan mobiliti masa depan
ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 29 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TUM (Universiti Teknikal Munich) dari Jerman, meraih kemenangan di Liga Perlumbaan Berautonomi Abu Dhabi (A2RL) yang julung kali diadakan, di Litar Yas Marina pada hari Sabtu (27 April). Ketika kereta berbaris di grid, dengan antena, penderia, keupayaan AI dan sistem pemanduan dengan wayar dan bukannya pemandu manusia, lapan pasukan bersaing antara satu sama lain selama dua hari perlumbaan dan cabaran. TUM menewaskan semula persaingan dengan kemahiran pengekodan dan kejuruteraan dalam perlumbaan akhir empat kereta yang pertama di dunia, untuk meraih bahagian hadiah wang tunai pemenang sebanyak AS$2.25 Juta.

Membawa eksperimen sains ke litar lumba, perlumbaan yang julung kali diadakan itu menganjak sempadan teknologi berautonomi sambil menambah nilai hiburan kepada sukan lasak pada skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini. A2RL berjaya menarik minat lebih 10,000 penonton di litar itu dan menarik perhatian lebih 600,000 penonton dalam talian dalam masa hanya 12 jam. Dianjurkan oleh ASPIRE, anak syarikat Majlis Penyelidikan Teknologi Lanjutan (ATRC) Abu Dhabi, A2RL menggabungkan perlumbaan berautonomi dan AI ekstrem bertujuan mempercepat pembangunan global sistem dan teknologi berautonomi.

Selepas tempoh berbulan-bulan persediaan rapi dibuat bertujuan memperhalus algoritma AI pemanduan dalam simulasi, kereta Dallara Super Formula SF23 tersuai A2RL telah menguji had kepintaran manusia dan keupayaan AI. Setiap pasukan menggunakan kereta lumba Super Formula yang sama - kereta lumba roda terbuka yang terpantas di dunia selepas Formula Satu- disesuaikan untuk perlumbaan berautonomi oleh Institut Inovasi Teknologi (TII), anak syarikat ASPIRE.

Pasukan menghadapi tugas yang kompleks dalam pengekodan. Daripada pemahaman tahap cengkaman, mengawal suhu tayar, meramal pergerakan pihak lawan, melakukan pemintasan yang berjaya dan mengendalikan SF23 tepat pada had cengkaman, AI diperlukan untuk melakukan semua perkara yang dilakukan oleh pemandu perlumbaan secara intuitif. Selain itu, dengan empat kereta berautonomi berlumba di trek secara serentak, ini menandakan percubaan pertama dunia yang menambah satu lagi cabaran.

Dalam penentuan pusingan terakhir, pasukan Jerman TUM berjaya merampas tempat pertama dengan pemintasan berani apabila pasukan Itali yang berada pada kedudukan di hadapan UNIMORE memperlahan dan berhenti di trek. Pasukan tersebut menerima ucapan tahniah di litar lumba daripada Yang Amat Mulia Theyab bin Mohamed bin Zayed, yang menyampaikan Piala Kejohanan, bersama Tuan Yang Terutama Faisal Al Bannai, Setiausaha Agung, ATRC, dan Penasihat Hal Ehwal Penyelidikan Strategik & Teknologi Lanjutan kepada Presiden UAE.

Simon Hoffmann, Prinsipal Pasukan, berkata: “Acara ini sememangnya cukup luar biasa dan peringkat akhir merupakan detik penentuan bagi kami. Kami amat teruja dengan hasil yang diperoleh; ini memberikan maklumat yang banyak tentang kehebatan kejuruteraan kolektif, kepakaran pengekodan dan keazaman semata-mata kami. Ini menjadi bukti kuasa luar biasa AI memacu evolusi mobiliti berautonomi ke masa depan!”

Penonton juga menikmati Perlumbaan AI lwn Manusia yang memukau ini, apabila Institut Inovasi Teknologi (TII), bersaing dengan menggunakan kereta berautonomi milik institut dengan pemandu Formula Satu terkenal iaitu Daniil Kvyat. Ketika Kvyat berjaya bertahan dan mengatasi musuh autonomi perlumbaan dengan mendahului 10.38 saat, perlumbaan selama 45 minit yang menakjubkan ini menonjolkan betapa hampir prestasi kereta lumba berautonomi itu terhadap pemandu manusia.

Tuan Yang Terutama Al Bannai, berkata: “Melalui Liga Perlumbaan Berautonomi Abu Dhabi, kami telah mencetuskan revolusi perlumbaan. Mempamerkan kereta lumba berautonomi sepenuhnya bersaing untuk trofi perlumbaan dan mata kejuaraan musim, kami telah mentakrifkan semula peranan UAE dalam inovasi dan menetapkan duluan yang berani bagi mobiliti global. Acara ini bukan sekadar perlumbaan; ini ialah detik transformatif apabila teknologi, imaginasi dan cita-cita bertemu. A2RL berfungsi sebagai isyarat, memberikan inspirasi kepada generasi akan datang melalui realiti fizikal dan maya, sambil membentuk masa depan di yang mustahil dicapai menjadi mudah direalisasikan."

Tuan Yang Terutama Dr. Sultan Al Jaber, Menteri Industri dan Teknologi Lanjutan dan Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif ADNOC, sebagai Penaja Utama, berkata: “Kemajuan dalam kecerdasan buatan menjanjikan perubahan bagi setiap industri. A2RL menunjukkan penggunaan AI dan sebagai penaja utama, ADNOC berbangga untuk membantu menganjak sempadan sains dan inovasi.”

Stephane Timpano, Ketua Pegawai Eksekutif ASPIRE, berkata: “Pelancaran A2RL telah membentuk semula landskap sukan dan teknologi, meninggalkan impak yang berkekalan untuk tahun akan datang. Selepas masa ini, kami meluaskan tumpuan kami untuk memasukkan jenis kenderaan berbeza, sambil menarik minat bakat terbaik di seluruh dunia secara aktif untuk mempamerkan kesediaan masing-masing.”

Aktiviti yang berlaku di luar acara utama, Cabaran A2RL STEM untuk pelajar sekolah menengah dan pelajar prasiswazah yang berumur antara 14 dan 21 tahun menarik minat penyertaan 18 sekolah tempatan, di samping penyertaan antarabangsa daripada Kelab Lelaki dan Perempuan dari Southeastern Michigan, bertujuan mempamerkan pengetahuan, kemahiran dan inovasi mereka dengan berlumba kereta berautonomi dengan skala 1:8. Pemenang Cabaran A2RL STEM ialah Universiti Heriot-Watt.

A2RL merintis integrasi elemen realiti campuran dan maya buat pertama kali dalam perlumbaan berautonomi. Acara ini memberikan satu daripada lapan pasukan akhir persona avatar yang unik dan menggabungkan teknologi Realiti Maya (VR) terkini sebelum pelaksanaan F1, menyemarakkan pengalaman peminat yang bersemangat dalam talian dan luar talian. Peminat semasa acara di Litar Yas Marina berlangsung dapat menikmati bengkel STEM yang berwawasan, cabaran VR yang menarik, simulator Gran Turismo, kereta doodle dan Muzium AI Raceum, antara aktiviti lain. Acara yang julung kali diadakan ini diakhiri dengan pertunjukan bunga api dan dron yang menakjubkan, menerangi Litar Yas Marina yang ikonik.

A2RL 2024 berjaya disokong oleh ADNOC sebagai Penaja Utama dan rakan kongsi terkemuka, termasuk Du, DMT, AWS dan Mubadala, yang memainkan peranan penting dalam membentuk trajektori acara.

Butiran mengenai lapan pasukan yang menyertai dan kemas kini lain boleh didapati di A2RL.io.

Sumber: AETOSWire

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53959012/en

Individu untuk Dihubungi

Jennifer Dewan, Pengarah Kanan Komunikasi
Jennifer.dewan@tii.ae
 
Sumber: Liga Perlumbaan Berautonomi Abu Dhabi (A2RL) 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.