ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  GENERALI MALAYSIA MELANCARKAN CAWANGAN BERSEPADUNYA YANG PERTAMA DI KUCHING

Monday 29/04/2024



 Table

(Dari kanan ke kiri):  Rebecca Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Life Insurance Malaysia Berhad; YB Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad dan Ketua bagi Entiti Generali di Malaysia; dan Jeremy Yeap, Ketua Pegawai Pengedaran Generali Insurance Malaysia Berhad melancarkan cawangan Generali Kuching yang terbaharu semasa upacara memotong reben.


KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Menembusi landasan baharu di Malaysia Timur, Generali Malaysia dengan bangganya melancarkan cawangan bersepadu yang pertama di bandar raya Kuching, Sarawak.
 
Sebagai cawangan model pertama Generali di Kuching, cawangan ini menawarkan pengalaman insurans bersepadu yang bertujuan untuk mempertingkatkan perkhidmatan pelanggan. Cawangan ini menyediakan berbagai-bagai jenis perkhidmatan Insurans Am dan Hayat yang komprehensif, meliputi perubatan dan kesihatan, simpanan dan perlindungan nyawa, motor dan kediaman, perjalanan dan kemalangan diri, serta insurans perniagaan dan komersial, semuanya tersedia dengan mudah di bawah satu bumbung.
 
Majlis perasmian diserikan oleh kehadiran Yang Berhormat Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bersama  Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad dan Ketua bagi Entiti Generali di Malaysia; Rebecca Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Life Insurance Malaysia Berhad; Jeremy Yeap, Ketua Pegawai Pengedaran Generali Insurance Malaysia Berhad, para ejen, rakan kongsi dan pelanggan.
 
“Dengan warisan bertahun-tahun di bandar yang dinamik ini, cawangan Generali di Kuching bukan sahaja mewakili komitmen kami untuk merapatkan jurang perlindungan, tetapi juga menekankan komitmen kami untuk memupuk kepercayaan dan hubungan yang bermakna dengan pelanggan-pelanggan serta rakan kongsi yang amat kami hargai. Kami meneguhkan lagi komitmen kami sebagai Rakan Sepanjang Hayat yang dipercayai di Kuching,” ujar Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad dan Ketua bagi Entiti Generali di Malaysia.

Generali telah mereka bentuk semula cawangannya bagi menyediakan pengalaman yang tertumpu pada pelanggan melalui rundingan dan penyelesaian fizikal dan digital (phygital). Ruang pelbagai fungsi tersebut mambawa elemen kefungsian, keterangkuman, dan teknologi; yang menyerlahkan komitmen berterusan Generali terhadap kelestarian, inovasi dan perkhidmatan yang berorientasikan pelanggan. 
 
Cawangan Kuching yang baharu ini menempatkan ruang perkhidmatan pelanggan di tingkat bawah dengan beberapa buah bilik yang berfungsi sebagai tempat perbincangan peribadi, bilik latihan dan ruang pejabat. Pelanggan-pelanggan dan rakan kongsi dialu-alukan untuk mendapatkan perkhidmatan di kaunter, ataupun berbual secara peribadi dengan pegawai perkhidmatan yang berdedikasi dalam suasana yang kolaboratif.

Tambah Fabrice lagi, “Kami amat berbangga kerana dapat bertapak kukuh dalam komuniti yang bersemangat dan bertenaga ini, yang menyaksikan kehadiran kami didedikasikan untuk memupuk hubungan, penglibatan, di samping memastikan kesejahteraan penduduk Kuching. Langkah strategik ini bukan setakat menandakan peristiwa penting dalam perjalanan kami tetapi juga memperkukuhkan komitmen kami untuk merevolusikan penyelesaian insurans di seluruh negara. Kuching merangkumi intipati misi kami - untuk berhubung, melindungi, dan berkhidmat dengan dedikasi yang tidak berbelah bagi.”

Cawangan Generali Kuching kini dibuka dan sedia untuk berkhidmat dari Isnin hingga Jumaat 8:45 pagi – 5:00 petang (kecuali cuti umum). Untuk maklumat lanjut, sila layari lokasi cawangan di laman web rasmi Generali Malaysia


SUMBER : Generali Insurance Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Media Relations

Nama : Allison Lee
Tel : +6016 228 2916

E-mel : allison.lee@generali.com.my
 
Nama : Sheena Ho
Tel : +6012 309 1193

E-mel : sheena.ho@generali.com.my
 
Nama : Samantha David:
Tel : +6016 314 1085

E-mel : samantha.david@generali.com.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.