ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI 16 (14 APRIL 2024 - 20 APRIL 2024)

Monday 29/04/2024



KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Pada Minggu Epidemiologi ke-16 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,321 kes berbanding 1,698 kes pada minggu sebelumnya. Terdapat empat (4) kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-16 tahun 2024. 

Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-16 adalah sebanyak 50,650 kes berbanding 35,202 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 39 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 22 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.  

Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-16 adalah sebanyak 80 lokaliti berbanding 107 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 80 lokaliti yang dilaporkan, 67 lokaliti di Selangor, tujuh (7) lokaliti di WPKL & Putrajaya, dua (2) lokaliti Perak, dua (2) lokaliti di Kedah, satu (1) lokaliti di Pulau Pinang dan satu (1) lokaliti di Sarawak.

Bagi survelan chikungunya, tiada kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-16. Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 23 kes. Tiada wabak chikungunya dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke 16. Bagi survelan zika, sebanyak 795 sampel darah dan enam (6) sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif. 

Orang ramai dinasihatkan supaya meningkatkan langkah pencegahan denggi dengan memastikan persekitaran bebas dari bekas-bekas yang berpotensi pembiakan nyamuk Aedes. Lakukan aktiviti gotong-royong atau Cari dan Musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes secara berkala di dalam dan luar rumah serta di persekitaran kejiranan termasuk di lorong belakang dan kawasan kebun komuniti. Selain itu, lokasi tumpuan awam yang berada berhampiran kediaman seperti premis ibadat, premis kedai atau kawasan taman rekreasi juga perlu dipastikan bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes. Justeru, setiap individu perlu memainkan peranan di lokaliti masing masing termasuk di tempat kerja untuk memastikan risiko jangkitan rendah. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.

Lampiran Gambarajah
 
DATUK DR. MUHAMMAD RADZI BIN ABU HASSAN
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
29 April 2024

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Farahdila Wati binti Mohd Khamde Khuzaini
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Tel : +603-8883 3470
Faks : +603-8888 6187

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.