ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 27, 2024 -Sabtu

 
  INDUSTRI HIBURAN BERKEMBANG PESAT DI RANTAU ASIA PASIFIK SELEPAS MENGALAMI PERUBAHAN MENDADAK SEMASA PANDEMIK

Thursday 23/05/2024

AsiaNet 0200167

BANGKOK, 23 Mei, 2024/Medianet-AsiaNet/--

· Pasaran daya tarikan Asia Pasifik (APAC) bukan sahaja bertahan tetapi semakin berkembang maju – dengan meramalkan hampir 385 juta dari segi kehadiran ke taman-taman tema dan hiburan, USD $16.8 bilion dalam perbelanjaan pelawat menjelang akhir tahun 2024, dan (bergantung kepada keadaan ekonomi yang belum selesai) di antara 619-750 juta orang pelawat di rantau itu.

· Pasaran hiburan rantau itu diunjurkan meningkat sebanyak 67%, iaitu kedua selepas Timur Tengah dari segi pertumbuhan, yang menandakan potensi besar untuk inovasi dan keuntungan.

· China dan Jepun merupakan negara yang berprestasi paling kukuh di dalam sektor hiburan APAC dan diramalkan akan meningkatkan bahagian mereka daripada jumlah perbelanjaan serantau dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Industri hiburan global akan bertumpu di Bangkok untuk mempelajari tentang inovasi dan arah aliran terkini – serta meninjau ke dalam masa depannya yang menarik – pada pameran perdagangan terbesar seumpamanya di rantau itu: Ekspo Asia IAAPA 2024, yang akan berlangsung dari 27 hingga 30 Mei.

Daripada tunggangan yang mendebarkan kepada robotik, ciri-ciri keselamatan kepada pengalaman AI, ekstravaganza antarabangsa selama tiga hari yang penuh inspirasi itu di Pusat Konvensyen Nasional Ratu Sirikit di Bangkok akan mempamerkan kemajuan teknologi terbaharu di dalam industri daya tarikan daripada lebih 300 pempamer.

Industri itu - satu daripada yang paling teruk terjejas oleh sekatan pergerakan akibat COVID, penutupan sempadan dan sekatan - telah membuat kemunculan semula yang mantap daripada wabak itu, dengan meraih semula angka yang mengagumkan 98% daripada perbelanjaan yang hilang pada tahun 2020. Jumlah perbelanjaan global bagi industri itu diunjurkan mencecah hampir USD $58.7 bilion menjelang akhir tahun 2024.

Pengarah Eksekutif dan Naib Presiden Ekspo Asia Pasifik IAAPA, Jack Chan, berkata satu faktor utama yang menyumbang kepada populariti dan pertumbuhan yang berkekalan ialah daya tarikan sejagat bagi aktiviti hiburan dan rekreasi.

"Taman hiburan dan taman tema adalah satu fenomena kebudayaan yang bukan sahaja menyediakan hiburan kepada berjuta-juta orang, tetapi juga menyumbang secara signifikan kepada ekonomi rantau itu dan di peringkat global," kata beliau.

"Kita hidup dalam satu era di mana pengalaman dihargai lebih daripada sebelumnya dan selera dan jangkaan pengguna terhadap hiburan yang mengasyikkan semakin berkembang pesat, oleh itu tugas bagi pihak industri adalah untuk menghadapi cabaran ini dan terus berada pada keadaan yang membolehkan ia berjaya.”

Beberapa arah aliran dan penyelesaian lazim yang akan dibentangkan pada ekspo itu termasuk:

• peningkatan di dalam tarikan berbilang deria 5D yang menggabungkan penglihatan, bunyi, sentuhan dan juga bau
• pendekatan berinovatif untuk meningkatkan kesan dan kelestarian alam sekitar, termasuk pengurusan sisa dan kecekapan tenaga
• permintaan untuk memperibadikan pengalaman tetamu
• keselamatan terkini dan teknologi pengurusan orang ramai/baris gilir.

Program Ekspo Asia IAAPA 2024 yang penuh sesak itu turut menampilkan barisan penceramah utama dari taman-taman dan tempat hiburan terkemuka, seperti Shanghai Disney Resort, Disneyland Hong Kong, Universal Beijing Resort, Enchanted Kingdom (Filipina), Dreamworld (Australia), Studio City Macau dan Taman Air Ramayana.

Ekspo itu memenuhi keseluruhan spektrum bagi industri daya tarikan - bukan sahaja taman hiburan dan taman air, tetapi juga pelbagai sektor lain.

"Acara kami merangkumi keseluruhan landskap daya tarikan, yang mencakupi pusat hiburan keluarga, daya tarikan yang berasaskan lokasi, pengalaman berjenama, zoo, akuarium, muzium, pusat sains, daya tarikan alam semula jadi, kemudahan acara seperti stadium, pengendali makanan dan minuman, dan seterusnya," kata Encik Chan.

Tema tahun ini, ‘Membentuk evolusi anda’ mencerminkan tumpuan kepada pendidikan dan pertumbuhan. Pakar-pakar dan pakar industri akan berkongsi pandangan dan strategi untuk membantu peserta meningkatkan perniagaan mereka.

Program pendidikan yang komprehensif itu akan merangkumi pelbagai topik, daripada pembangunan kakitangan dan barangan sehingga kepada arah aliran perkhidmatan makanan dan minuman dan kepelbagaian hasil. Jelajah EDU ekspo itu akan membolehkan hadirin untuk mendapatkan satu pandangan eksklusif di belakang tabir di beberapa tempat hiburan utama  Thailand dan pengetahuan orang dalam secara langsung daripada eksekutif tertinggi mereka.

"Sama ada anda merupakan sebahagian daripada sebuah syarikat multinasional atau operasi kecil-kecilan yang dikendalikan oleh anggota keluarga, Ekspo Asia IAAPA ialah acara industri utama untuk berhubungan dengan pengilang, pembekal dan pemimpin perniagaan," kata Chan.

"Ia adalah persekitaran yang sangat sesuai untuk rangkaian, meningkatkan pembangunan profesional anda, menyemarakkan inspirasi dan berhubungan dengan pengeluar, rakan sejawat dan pemimpin industri lain."

Untuk maklumat lanjut mengenai acara dan butiran pendaftaran, klik di sini atau untuk senarai pempamer di sini.

Maklumat mengenai IAAPA

IAAPA ialah sebuah komuniti yang pelbagai dan dinamik bagi kalangan profesional daya tarikan global. Sebagai persatuan perdagangan antarabangsa terbesar untuk daya tarikan yang terletak secara tetap, IAAPA menyatukan komuniti daya tarikan, menghubungkan orang ramai untuk belajar dan berkembang bersama, dan berusaha untuk menggalakkan standard profesional yang paling tinggi bagi kecemerlangan dan keselamatan di seluruh dunia.

Ditubuhkan pada tahun 1918, IAAPA mewakili syarikat daya tarikan industri dan syarikat pembekal terkemuka, perunding, dan ahli perseorangan dari lebih 100 buah negara. Ahli termasuk kalangan profesional dari taman hiburan, taman tema, daya tarikan, taman air, pusat peranginan, pusat hiburan keluarga, zoo, akuarium, pusat sains, muzium, syarikat yang mengendalikan kapal persiaran, pengilang dan pembekal.

Ibu pejabat global persatuan itu dan pejabat Amerika Utara adalah di Orlando, Florida, Amerika Syarikat. IAAPA juga mengekalkan pejabat di Brussels, Belgium; Dubai, Emiriah Arab Bersatu; Hong Kong SAR, China; Shanghai, China; dan, Bandar Raya Mexico, Mexico.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.