ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 28, 2024 -Sabtu

 
  PEMBERITAHUAN: PERUNDINGAN AWAM RANGKA KERJA KELENGKAPAN KOMUNIKASI BAHARU

Thursday 23/05/2024



CYBERJAYA, 23 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin memaklumkan bahawa dokumen Perundingan Awam berkenaan Rangka Kerja Kelengkapan Komunikasi Baharu akan diterbitkan di laman sesawang MCMC (https://www.mcmc.gov.my) pada 20 Mei 2024.

Sehubungan itu, MCMC ingin mempelawa pakar industri, pihak yang berminat dan orang ramai untuk memberi komen secara bertulis mengenai Rangka Kerja Kelengkapan Komunikasi Baharu di dalam dokumen perundingan awam ini.
 
Sila hantar komen secara bertulis dalam bentuk salinan digital ke alamat dan e-mel seperti di bawah, pada atau sebelum 12:00 tengah hari, 21 Jun 2024 (Jumaat):
 
Pengerusi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC Tower 1, Jalan Impact, Cyber 6, 63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan, Malaysia
(Untuk perhatian: Bahagian Teknologi dan Standard)
 
Tel: +603 8688 8341 Fax: +603 8318 8181
E-mel: stpd@mcmc.gov.my
 
SUMBER: Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Markus Lim
(DEPARTMENT CORPORATE COMMUNICATIONS, MCMC)
Tel: +603 8688 8000

E-mel: markus.lim@mcmc.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.