ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 29, 2024 -Ahad

 
  PCG MENCATATKAN PAT LEBIH TINGGI SEBANYAK RM703 JUTA PADA 1Q 2024

Wednesday 29/05/2024



Table

Mazuin Ismail, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif, PETRONAS Chemicals Group.


• EBITDA sebanyak RM1.2 bilion
• Margin EBITDA sebanyak 16% 
 
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) mencatatkan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) sebanyak RM703 juta bagi suku pertama Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2024 berikutan peningkatan jumlah jualan dan margin produk. 

Peningkatan dalam purata harga produk tertentu pada 1Q 2024 berbanding 4Q 2023 telah dilihat dalam sektor kimia berikutan pemulihan permintaan bermusim di samping kemerosotan industri semasa. Kumpulan mengaitkan peningkatan keuntungan kepada kos operasi yang lebih rendah, penyebaran etilena dan aromatik yang lebih tinggi, serta prestasi yang lebih baik daripada segmen kimia khususnya. 

Sorotan utama 1Q 2024 vs 4Q 2023 
 
• Pendapatan meningkat sebanyak 4% kepada RM7.5 bilion (4Q 2023: RM7.2 bilion) dengan sokongan daripada mata wang USD yang lebih kukuh berbanding MYR dan jumlah yang lebih tinggi daripada Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC).

• Perolehan Sebelum Faedah, Percukaian, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) melonjak sebanyak 77% kepada RM1.2 bilion (4Q 2023: RM655 juta) disebabkan oleh kos bahan api, tenaga, utiliti dan penyelenggaraan yang lebih rendah, penyebaran produk yang lebih tinggi, sumbangan yang lebih tinggi daripada Kumpulan Perstorp, serta kesan pertukaran asing yang positif. Margin EBITDA pada suku tersebut berkembang kepada 16% (4Q 2023: 9%). 

• Keuntungan Selepas Cukai (PAT) telah meningkat lebih daripada empat kali ganda kepada RM703 juta (4Q 2023: RM142 juta) selaras dengan EBITDA yang lebih tinggi dan keuntungan pertukaran asing yang tidak direalisasi.

• Kadar penggunaan loji dicatatkan pada 87% (4Q 2023: 84%) pada suku tersebut telah menyumbang kepada peningkatan marginal dalam jumlah pengeluaran. 
 

Mengulas mengenai keputusan tersebut, Mazuin Ismail, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG berkata, "Kami teruja dengan perkembangan dari suku lepas setelah menstabilkan kadar penggunaan loji dan jumlah pengeluaran. Kepelbagaian portfolio produk kami menjadi penyumbang utama melalui peningkatan dalam segmen Olefin & Derivatif (O&D) yang membantu mengatasi penurunan purata harga produk dalam segmen Baja & Metanol (F&M). Segmen kimia khusus turut meningkat dengan pesat berikutan jumlah jualan dan margin produk yang lebih tinggi. 
 
"Kami akan memberi tumpuan segera dalam memastikan kapasiti pengeluaran kami untuk semua segmen beroperasi pada kadar optimum dan berjalan lancar. Lima daripada loji kami dalam segmen O&D dan F&M dijadualkan menjalani penyelenggaraan berkanun pada tahun ini. Pada 1Q 2024, kami telah melengkapkan aktiviti pemulihan atau turnaround di PC Fertiliser Kedah di samping aktiviti penyelenggaraan di beberapa loji lain."

Mengenai prospek pasaran, beliau menambah, "Kami menjangkakan pergerakan harga produk akan bercampur menjelang suku kedua dengan beberapa produk O&D seperti etilena dan aromatik yang menunjukkan peningkatan dalam had bekalan manakala tiada perubahan dijangka bagi yang lain. Permintaan urea telah menyederhana disebabkan penangguhan musim penanaman serantau lantaran cuaca yang panas, manakala metanol kekal rendah berikutan permintaan hiliran yang berkurangan. "Di samping itu, kami juga menjangkakan prospek berbeza bagi segmen kimia khusus selaras dengan sektor pembinaan yang terus bergelut dengan pertumbuhan infrastruktur yang perlahan dan kadar faedah yang tinggi, namun demikian produk yang menjurus ke arah sektor automotif mungkin akan melihat permintaan yang lebih baik."
 
"Kami kekal berhati-hati terhadap ketegangan geopolitik berterusan yang menyumbang kepada ketidaktentuan harga tenaga dan bahan mentah serta persekitaran makroekonomi yang tidak menentu. Sehubungan dengan itu, kami juga menyedari potensi impak daripada kapasiti baru yang menembus pasaran, dan ini akan menyumbang kepada lebihan bekalan yang dijangka berterusan dalam memberi tekanan kepada harga dan margin produk," katanya.
 
 
Dikeluarkan oleh 
PETRONAS Chemicals Group
 
Mengenai PETRONAS Chemicals Group Berhad
 
PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) merupakan pengeluar bahan kimia bersepadu terulung di Malaysia dan antara yang terbesar di Asia Tenggara. Ia mengendalikan 19 tapak pengeluaran bertaraf dunia di Malaysia, Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara. Dengan jumlah kapasiti pengeluaran gabungan sebanyak 15.4 juta tan metrik setahun (mtpa), aktiviti perniagaan utama PCG melibatkan pengeluaran, pemasaran dan penjualan beraneka produk kimia, termasuk olefin, polimer, baja, metanol serta bahan kimia dan produk derivatif asas yang lain.
 
Disenaraikan di Bursa Malaysia dengan lebih daripada tiga dekad pengalaman dalam industri bahan kimia, PCG telah ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Kumpulan PETRONAS untuk memaksimumkan nilai daripada sumber gas asli Malaysia.  
 
PCG komited untuk memastikan amalan perniagaannya selaras dengan piawaian yang diiktiraf di peringkat global bagi amalan Ekonomi, Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus (EESG). PCG kini disenaraikan dalam Indeks FTSE4 Good Bursa Malaysia (F4GBM) dan Indeks Dunia Kelestarian™ Dow Jones. 
 
Maklumat lanjut berkenaan PCG boleh didapati di https://www.petronas.com/pcg/ 

Sumber: PETRONAS Chemicals Group

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Yogeswari Thangavelu 
Tel: (+60) 17 2000919 
E-mel: yogeswari.thangavel@petronas.com  
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.