ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 29, 2024 -Ahad

 
  INTELSAT MELANJUTKAN PERKONGSIAN DENGAN SONY PICTURES NETWORKS INDIA UNTUK MENYAMPAIKAN KANDUNGAN DI SELURUH ASIA PASIFIK

Thursday 30/05/2024



SINGAPURA, 30 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Intelsat, pengendali satu daripada satelit berintegrasi dan rangkaian daratan terbesar di dunia, telah membaharui perkongsian syarikat dengan Sony Pictures Networks India dalam menyampaikan kandungan hiburan premium kepada jutaan penonton di seluruh Asia Pasifik termasuk Asia Tenggara, bahagian yang terdapat diaspora masyarakat India yang besar.

Pembaharuan perkongsian itu menegaskan kedudukan Intelsat sebagai penyedia penyelesaian satelit pilihan Sony Pictures Networks India, memudahkan pemancaran kandungan dari India yang menawan hati kepada lebih satu bilion penonton setiap hari di India dan di tempat lain. Dengan memanfaatkan infrastruktur satelit Intelsat yang teguh, Sony Pictures Networks India telah mencapai jangkauan dan keandalan yang tiada bandingannya, menyediakan masa beroperasi yang tinggi.

Selama lebih dua dekad, Sony Pictures Networks India telah bergantung pada infrastruktur satelit Intelsat yang berdaya tahan untuk mengedarkan 26 saluran, menjangkau lebih 700 juta penonton. Teknologi satelit canggih Intelsat menawarkan beberapa kelebihan utama untuk penyiar:

·  Jangkauan yang Tiada Tandingannya: Rangkaian satelit Intelsat yang luas menyediakan penghantaran isyarat yang konsisten dan andal, meskipun ke kawasan terpencil, menjadikan rangkaian tersebut ideal untuk menjangkau penonton di seluruh rantau Asia Pasifik yang luas.
·  Masa Beroperasi dan Keandalan yang Tinggi: Penyiar seperti Sony Pictures Networks India memerlukan penyelesaian yang boleh mengendalikan pemprograman secara langsung. Rangkaian Intelsat menawarkan masa beroperasi luar biasa dan kualiti isyarat yang unggul, oleh yang demikian penonton menerima rancangan hiburan tanpa gangguan.
·  Ciri Perlindungan yang Canggih: Satelit Intelsat dilengkapi dengan ciri canggih yang melindungi daripada gangguan isyarat, supaya kandungan berjaya menjangkau khalayak yang dimaksudkan. Selain itu, penyelesaian sandaran dalam orbit menyediakan lewahan selanjutnya, meminimumkan masa henti sekiranya berlaku keadaan yang tidak dijangkakan.

Penyelesaian Media Intelsat juga memperkasa Sony Pictures Networks India untuk menavigasi landskap penyiaran dinamik dengan yakin, memberikan daya tahan yang tiada tandingannya dan perlindungan dalam orbit terhadap gangguan.

"Sony Pictures Networks India melanjutkan perkongsian dengan Intelsat, menunjukkan bukti keteguhan dan keandalan sistem komunikasi satelit berintegrasi kami dalam dunia yang sentiasa berubah-ubah," kata Gaurav Kharod, naib presiden serantau, Intelsat. "Pembaharuan kontrak ini mencerminkan visi bersama kami dalam memanfaatkan teknologi satelit canggih untuk memacu inovasi dan meningkatkan pengalaman ketersambungan bagi pengguna di seluruh Asia Pasifik dan Asia Tenggara."

Maklumat Tentang Intelsat

Pasukan profesional global Intelsat memberikan tumpuan kepada menyediakan komunikasi berasaskan satelit yang lancar dan selamat kepada kerajaan, NGO dan pelanggan komersial melalui rangkaian dan perkhidmatan terurus seluruh dunia generasi akan datang syarikat. Merapatkan jurang digital dengan mengendalikan satu daripada kumpulan satelit dan infrastruktur ketersambungan terbesar, serta paling canggih di dunia, Intelsat membolehkan orang ramai dan alatan mereka bercakap di lautan, melihat merentasi benua dan mendengar melalui langit untuk berkomunikasi, bekerjasama dan wujud bersama. Sejak diasaskan enam dekad yang lalu, syarikat tersebut telah menjadi sinonim dengan “antara yang pertama” dalam industri satelit yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dan planet ini. Melalui sandaran pada legasi inovasi dan tumpuan kepada menangani cabaran generasi baharu, kini ahli pasukan Intelsat menetapkan sasaran mereka kepada “antara yang pertama seterusnya” di angkasa lepas kerana mereka mengganggu bidang itu dan menerajui dalam transformasi digital industri.

Ikuti Kami di Media Sosial:
X | LinkedIn | Instagram | YouTube

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi
Melissa Longo - melissa.longo@intelsat.com; +1 240-308-1881 

Sumber: Intelsat

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.