ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 28, 2024 -Sabtu

 
  RHEA DILANCARKAN DENGAN PANEL PENASIHAT KANAN, PEMEROLEHAN PERTUMBUHAN DAN KERJASAMA STRATEGIK UNTUK MEMAJUKAN PERJALANAN KESUBURAN KELUARGA MODEN

Friday 31/05/2024



Pelancaran dijalankan seiring dengan pusingan pendanaan susulan yang diketuai oleh Thiel Capital untuk mengembangkan jejak global

SINGAPURA, 31 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Rhea, sebuah syarikat perkhidmatan kesihatan pembiakan global yang fokus pada usaha meningkatkan perjalanan kesuburan keluarga moden, telah mengumumkan pelancarannya pada hari ini. Rhea merupakan ekosistem kesihatan pembiakan hujung ke hujung pertama yang menghubungkan keluarga yang berpotensi di Asia dengan operasi komplementari di Amerika Utara dan Eropah untuk menyediakan standard penjagaan menyeluruh yang tinggi merentas geografi.

Ekosistem perkhidmatan Rhea berteraskan rangkaian klinik global yang milik mereka sendiri dan rakan kongsi mereka. Ekosistem ini dikuasakan oleh Rhea Labs, sebuah platform teknologi tersepadu yang mengoptimumkan data, masa ke pasaran yang dipercepat dan gelung maklum balas produk berkualiti bagi menambah baik hasil kesihatan pesakit. Perkhidmatan kesuburan syarikat ini disediakan oleh alat pengurusan perjalanan pesakit dan rangkaian klinik Rhea, iaitu Generation Prime, yang telah dijenamakan semula secara rasmi sebagai GenPrime.

Syarikat ini mengumumkan pusingan susulan yang diketuai oleh pelabur pulangan, Thiel Capital, dengan penyertaan daripada dana termasuk LifeX Ventures, Blue Lion Global, dan FJ Labs. Dana tambahan akan digunakan untuk mengembangkan jejak dan tawaran perkhidmatan Rhea dalam pasaran baharu.

Seiringan dengan dana baharu, Rhea mengumumkan pemerolehan Embryonics oleh mereka, iaitu sebuah syarikat yang menggunakan set teknologi AI yang baharu bagi menambah baik proses dan hasil rawatan kesuburan. Pasukan Embryonics dan alat diagnostik mereka, yang telah disepadukan dalam Rhea Labs, menggunakan sains terdorong data untuk meningkatkan peta jalan pembangunan produk Rhea. Rhea Labs juga sedang membina RheaX, iaitu pertukaran gamet global syarikat tersebut, yang menyediakan penyelesaian terbaharu bagi menambah baik proses pemadanan dan pemindahan gamet. Pertukaran tersebut akan dibangunkan sebagai sebahagian daripada usaha sama Rhea dengan Kolej Perubatan Baylor, sebuah universiti sains kesihatan yang terletak di dalam kawasan Pusat Perubatan Texas, iaitu pusat perubatan yang terbesar di dunia. Rhea juga bekerjasama rapat dengan Baylor untuk melancarkan anugerah bersama bagi bidang penyelidikan kesihatan pembiakan pada musim luruh ini.

Untuk menyokong pertumbuhannya, Rhea telah memperkenalkan panel penasihat kanannya, termasuk:

  • Dr. Milton Leong, perintis IVF di Hong Kong dan Presiden Pengasas Persatuan Perubatan Pembiakan Hong Kong. Dr Leong merupakan pakar yang bertanggungjawab untuk bayi IVF pertama di Hong Kong pada tahun 1985. Beliau merupakan pakar perubatan pembiakan selama lebih 30 tahun dan merupakan pengasas bersama IVF Worldwide;
  • Cynthia Hudson, Naib Pengerusi bahagian Strategi Klinikal di TMRW Life Sciences. Hudson merupakan pengasas bersama Kindbody, sebuah penyedia peneraju dalam rangkaian klinik kesuburan dan manfaat pembinaan keluarga di Amerika Syarikat dan memiliki lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang teknologi pembiakan;
  • Dr. Javaid I. Sheikh, Dekan Weill Cornell Medicine - Qatar. Dekan Sheikh merupakan eksekutif perubatan yang terkenal dan bekas Pengerusi Lembaga untuk Institut Penyelidikan dan Pendidikan Palo Alto di Fakulti Perubatan Universiti Stanford dan Sistem Penjagaan Kesihatan Palo Alto Hal Ehwal Veteran di California;
  • Dr. Michael Coburn, Profesor dan Pengerusi Bahagian Urologi di Kolej Perubatan Baylor. Profesor Coburn menjawat sebagai Ketua bahagian Urologi di Hospital Ben Taub dari tahun 1990 hingga 2012 dan merupakan ahli Lembaga Pemantau untuk American College of Surgeons. Beliau merupakan penerima Anugerah Pendidik Presidensial Robertson untuk pencapaian sepanjang hayat dalam kepimpinan pendidikan di Kolej Perubatan Baylor;
  • Bea Camacho, Pengarah Asia Tenggara untuk IDEO. Camacho mempunyai pengalaman yang luas dalam mereka bentuk perkhidmatan dan produk digital yang berpusatkan manusia, membangunkan usaha sama perniagaan yang baharu dan membina keupayaan inovasi. Klien beliau merangkumi bidang penjagaan kesihatan, pendidikan, hospitaliti, perkhidmatan kewangan dan barangan pengguna, dan termasuk Merck, Medtronic, Roche, IKEA, Nike, dan Marriott.
  • Weylin Liew, Pengurus Portfolio Kemapanan Global dan Ketua bahagian Penglibatan Aktif di dana kekayaan asing Singapura, GIC. Weylin juga merupakan pengasas bersama Fertility Support SG, sebuah badan amal berdaftar yang fokus pada sumber dan sokongan kesihatan kesuburan di Singapura.
Margaret Wang, Rakan Urusan di Recharge Capital dan bekas Ketua Rakan Sekutu Bridgewater Singapura telah dilantik sebagai CEO Rhea selepas beliau menyertai syarikat tersebut pada tahun 2023. Rhea pernah dibimbing oleh Recharge Capital, sebuah firma pelaburan persendirian bertema yang pertama yang mendorong inovasi dalam penyelesaian penjagaan kesihatan wanita. Recharge Capital kekal menjadi pelabur utama dalam Rhea.

"Pasaran perkhidmatan kesuburan semasa adalah terasing dan terpisah, yang menyebabkan halangan yang tidak perlu untuk bakal ibu bapa menghadapi cabaran untuk merealisasikan impian pembinaan keluarga mereka," kata Margaret Wang, CEO Rhea. "Dengan rangkaian klinik kami yang semakin berkembang, penyelesaian Rhea Labs yang berkuasa dan bimbingan penasihat berkelas dunia, kami akan menyampaikan ekosistem perkhidmatan, teknologi dan kerjasama yang moden dan tersepadu untuk meningkatkan perjalanan kesihatan pembiakan di seluruh dunia."

Dengan ibu pejabat di Singapura dan New York, A.S., syarikat ini berancang untuk meneruskan strategi pemerolehan strategiknya pada tahun 2024 dan mengembangkan jejak geografi mereka untuk pesakit di rantau baharu.

Perihal Rhea

Rhea merupakan syarikat perkhidmatan kesihatan pembiakan global moden yang meningkatkan perjalanan kesuburan untuk keluarga moden. Perkhidmatan klinikal syarikat ini disampaikan melalui rangkaian klinik GenPrime dan klinik rakan kongsi Rhea yang semakin bertambah. Rangkaian klinik syarikat ini dikuasakan oleh Rhea Labs, sebuah platform teknologi tersepadu yang mengoptimumkan kelebihan masa ke pasaran yang dipercepat dan gelung maklum balas produk yang singkat bagi menambah baik hasil kesihatan pesakit. Dengan bimbingan dan pembangunan daripada Recharge Capital, iaitu sebuah firma pelaburan peneraju bertema yang pertama, Rhea ialah entiti Cayman yang beribu pejabat di Singapura dan New York, A.S., yang memberikan perkhidmatan merentas Asia dengan operasi tambahan di Amerika Utara dan Eropah.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Perhubungan

Media
Abdullah Alkudsi
Bevel
recharge@bevelpr.com

Sumber: Rhea

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.